Wednesday, April 15, 2009

OPERA IX: LONG LOST ITALIAN PALS OR ANOTHER GREAT ITALIAN BAND?

Sekitar tahun 1994 dulu aku ada kontek sorang ngan mamat dari Italy namanya Alberto Gaggiotti masa tu aku masih lagi bergiat aktif di dalam pembuatan fanzine underground Skull aku. Masa tu si Alberto ni promote kat aku bandnya yang masa tu baru release ep The Triumph of the Death yang mengandungi 2 lagu... lagu the red death ngan born in the grave kalau tak silap aku... (EP tu rilis tahun 1993 sebenarnya)

Aku dengar demo dorang mmg aku tertarik ngan music drg hehe masa tu dia ckp drg main music atmospheric death metal (masa era tu byk term2 pelik music yang kuar). Secara dasarnya mereka main doom/death metal la... memandangkan ada selingan2 melancholy dalam lagu drg... aku masa tu kebetulan sedang mencari bahan untuk dimuatkan ke dalam isu kedua Skull Zine terus mengambil keputusan utk menemurah mereka. Dari situ la mula hubungan aku ngan Band OPERA IX ni berkembang di mana dari mereka juga aku mendapat byk pen pals dari belah2 negara Italy...

Tapi bila aku p futher study.. proses pembikinan zine aku terputus danb akhir terhenti secara rasmi pada tahun 1997 dan aku hanya mampu utk konsentrate ngan band... terus dari sana aku pun terlost kontek ngan drg ni... yang spesel masa tu band ni vokalis dia awek tau nama cavaderia ala2 Arch Enemy... tapi sekarang dia tak join band ni.. dia buat solo dah band Cavaderia dia sendirik... aku hanya sempat follow band ni hingga album The Call Of The Wood (1994) pastu lost.. kali aku usha drg kat tenet fuh dah jadik big band plak drg ni.. heheh ntah drg masih ingat ke tidak ngan aku.. rasa tidak la pasal byk lagi org yang kontek drg ni hehehehe... Kira posting ni tribute utk drg la hehehehe kalau nak info pasal drg p lawat drg kat SINI.

NI VIDEO CLIPS LAGU THE RED DEATH (FAV. AKU NI)

NI PLAK BAND SI CAVADERIA... ERRMM STAIL TAK TUKAR LA STILL SAMA

NI MASA OPERA IX COVER LAGU RIME OF THE ANCIENT MARINER (IRON MAIDEN)

Tuesday, April 14, 2009

BALZAC'S SHOCK & HORROR SET: BLACK SUNDAY + CD

Kelmarin Joad call aku nak pass tshirt yang kita org order sama... hehehehe dah sampai dah... kami kira2 tempoh perjalanan utk sampai ke tangan kitaorang adalah lebih kurang 10 hari dari tarikh ianya diorder. Untuk pengetahuan korang Shock & Horror Set ni ada 12 set ke semuanya dan yang aku order ni adalah yang pertama hehehe so, ada 11 lagi nak kumpul... Kalau korang ada ke semua set ni korang akan dapat lagi hadiah mystery dari Balzac. Ntah lah apa hadiahnya aku pun tak tau.. jgn si Hirosuke kasi Boxer second hand dia sudah la... aku tak cukup fetish utk semua tu.

Sebenarnya aku nak amik gambar t shirt tu tapi kamera plak takder hehehe tapi takper mr. Joad dah tolong snapkan aku (KLIK SINI KALAU NAK TENGOK).. korang p usha la di blog dia kalau nak tengok yang real.. gambar ni aku tablah dari site balzac japan version... pasal kat shocker worldwide gambar ni dah takder... kalau korang nak beli errmm kena beli kat japan site kot tapi harganya mungkin dlm 30% lebih mahal... 

Design dia mmg cun.. silk screen yang halus dan teliti... tak menyesal aku order.. puas hati dan yang bestnya aku bersetuju ngan pendapat en. Joad tentang kualiti kain utk t shirt ni.. mmg lebih baik berbanding ngan t shirt Balzac / Laiya yang aku order sebelum ni. Puas hati... extreme satisfaction hahahahaha kalau ada ongkos pasti nak lagi dong.. ahhh!!!

selain selain t - shirt, monthly set ni (aku lebih suka memanggilnya sebagai monthly set) di datangkan ngan sekeping CD... cuma ada satu lagu dalam CD ni iaitu lagu Black Sunday (rasanya lagu ni pernah di rilis sebagai single drg)... tapi mixing dlm cd ni spesel sikit la... kalau kira drg kasi free la cd ni.. tulah di berikan dlm bentuk CDR tapi covernya pro print. Lagu ni aku suka.. dan sememangnya aku lebih mengemari stuff Balzac yang lama.. yang baru ni errrmm bukan tak suka tapi agak kurang la bagi aku cuma ada beberapa lagu jer.. tak macam album CAME OUT THE GRAVE.. 1 cd lagu dia aku suka!!!! Mungkin En. Joad juga bersetuju ngan kenyataan aku ni... but fun fact is kitaorang masih minat ngan band ni.. isk adakah kami sudah menjadi fanatik? ntahlah biarlah korang yang memutuskan....

so, tunggu la bulan depan kalau2 ada org yang nak beli monthly set ni... hehehehe bagi awek2 yang baru nak berminat ngan Balzac ni hehehe drg ada juga riliskan Hello Kitty versi Balzac drg hehehehe mcm berminat? Hehehehe korang boleh check kat Shockerworldwide utk keterangan lanjut mengenai Hell.O Kitty ni...

Hehehe mcmana korang tergoda? Kalau tak .. kita orang ok jer hehehehe... Aku ada terdengar2lah orang nak beli Monthly Set yang kedua ni.. tapi errmmm jualan hanya dibuka pada setiap 13 haribulan... hehehe nanti kita tunggu dan lihat.. design dia dah kuar .. seperti kat bawah ni.. errrr memang cun la design dia!!! Sebenarnya kalau ada sen aku pun berminat juga nak angkat... err harganya? USD25 tak termasuk shipping.... tengok la.. errrmm juga kabar2 separuh sahih yang aku dgr recruitment for the next FIENDISH INTERNATIONAL CLUB hanya akan di buka pada bulan JUNE ni? errr betul ker? hehehe ada sesapa boleh tolong verify?

Ok lah rasa takat ni saja dulu karutan aku tentang Balzac ni hehehe nanti kalau ada stuff Balzac aku akan review lagi.. cheers!!!!

Monday, April 13, 2009

THE FAST AND THE FURIOUS 4: SIMPLE YANG SEMPOI

Hujung minggu baru2 ni barulah aku ada keluangan untuk p ke panggung wayang. Kali ni aku hanya sempat tengok satu movie jer... citer jackie Chan tu kira nak tengok but sayang tak sempat.. hehehe so ..tutup citer Jackie Chan. Nw kita citer pasal wayang PANTAS & GARANG 4 (ikut terjemaahan kat panggung). Part ke empat wayang ni menampilkan semula pelakon utama part pertama di mana iannya watak DOM, BRIAN, dan MIA...

Kisah berkisar semasa DOM yang di dalam pelarian beliau daripada ditangkap polis. Semasa dalam pelariannya DOM masih melakukan kerjanya merompak lori.. berbeza ngan di US dia yang melarikan diri ke Mexico merompak lori Minyak plak. Dia kata kat situ minyak tu macam emas isk mahal sgt la minyak kat sana... ntah aku tak pernah p sana. kat sini ada watak HAN (THE FAST & FURIOUS: TOKYO DRIFT) keluar. Rupa2nya HAN adalah partner si DOM sebelum HAN membawa haluannya sendiri ke Jepun untuk jadi kaki drift kat sana.

Job terakhir DOM & Teamnya ialah kat mana proses rompakkan tu agak messy hingga menarik perhatian polis dan pihak penguasa tempatan... Untuk mengelakkan dirinya ditangkap DOM mengambil keputusan utk membubarkan geng rompaknya kerana bimbang atas sebab dirinya yang wanted rakan2 yang lain akan turut di timpa musibah. Beliau bercadang utk meninggalkan mereka termasuklah girlfriendnya LETTY (aweknya ini juga termasuk dlm teamnya). Mmg la si Letty ni sedih sangat... isk apa nak buat kan DOM ni mmg keras kepala.. sedang satu2nya adik pompuannya pun di tinggalkan nikan plak aweknya isk isk isk... beliau melarikan di ke Panama!!!

Semasa kat Panama Dom menerima satu panggilan yang mengatakan bahawa LETTY telah mati dibunuh. Atas sebab ni la kenapa si DOM kembali p US untuk menjejaki pembunuh aweknya itu. Masa ni la dia terjumpa balik ngan si BRIAN FBI menyamar yang juga ex Boifren adiknya MIA. Si DOM telha dikenal pasti telah kembali ke US sehingga menyebabkan FBI menahan MIA untuk membuat siasatan. Hehehe nasib ada si BRIAN ni terus dia lepaskan MIA hehehe maklumlah awek lama la katakan... Tindakan BRIAN ni telah menyebabkan kemarahan rakan FBInya yang mengendalikan kes tersebut dan kemarahan itu berakhir dgn si rakan tu cedera di hidung dan muka akibat dihempaskan oleh BRIAN yang sedang panas hati...

Dipendekkan cerita dlm citer ni BRIAN & DOM berganding bahu lagi walaupun pada mulanya si DOM rasa tidak senang hati dengan perkara ni. Aku taknak la cerita secara detail tentang ceritanya korang p la panggung tengok.. nanti cerita semua tak syok plak korang nak tengokkan? Tak suprise plak jadinya. 

Walaubagaimanapun, secara peribadi aku suka cerita PANTAS & GARANG 4 ni walaupun durasinya hanya 1 jam 50 minit wayang ni jalan ceritanya agak sempoi walaupun ianya dibuat dengan simple. Simple2 dia pun jgn juga korang pikir tak baik.. fuh action packnya cukup utk buat korang kagum (hehehe sekurang2nya aku kagum la) penggunaan teknologi juga tidak ketinggalan di dalam penghasilan wayang ni.. heheheh kali ni drg pandu la sambil tengok gps plak hehehehehe... Cun la cerita ni... Cuma aku kecewa ngan kualiti panggung yang aku p.. aku p panggung wayang kat Center point Sabah.. panggung Growball p masuk cinema 6... panas la macam takde air con.. kenapa ntah.. air con drg rosak kot.. then ada satu mamat yang layan tidor nyenyak berdengkur kat sebelah aku sambil sikunya yang masuk kawasan.. potong stim betul la... mamat tu pun kalau nak tidor p la balik rumah... jgn la p tengok wayang.. cis bedebah!!! hahaha jgn risau cerita wayang tak terjejas!!! Aku masih puas hati.. Cheers!!!