Wednesday, April 15, 2009

OPERA IX: LONG LOST ITALIAN PALS OR ANOTHER GREAT ITALIAN BAND?

Sekitar tahun 1994 dulu aku ada kontek sorang ngan mamat dari Italy namanya Alberto Gaggiotti masa tu aku masih lagi bergiat aktif di dalam pembuatan fanzine underground Skull aku. Masa tu si Alberto ni promote kat aku bandnya yang masa tu baru release ep The Triumph of the Death yang mengandungi 2 lagu... lagu the red death ngan born in the grave kalau tak silap aku... (EP tu rilis tahun 1993 sebenarnya)

Aku dengar demo dorang mmg aku tertarik ngan music drg hehe masa tu dia ckp drg main music atmospheric death metal (masa era tu byk term2 pelik music yang kuar). Secara dasarnya mereka main doom/death metal la... memandangkan ada selingan2 melancholy dalam lagu drg... aku masa tu kebetulan sedang mencari bahan untuk dimuatkan ke dalam isu kedua Skull Zine terus mengambil keputusan utk menemurah mereka. Dari situ la mula hubungan aku ngan Band OPERA IX ni berkembang di mana dari mereka juga aku mendapat byk pen pals dari belah2 negara Italy...

Tapi bila aku p futher study.. proses pembikinan zine aku terputus danb akhir terhenti secara rasmi pada tahun 1997 dan aku hanya mampu utk konsentrate ngan band... terus dari sana aku pun terlost kontek ngan drg ni... yang spesel masa tu band ni vokalis dia awek tau nama cavaderia ala2 Arch Enemy... tapi sekarang dia tak join band ni.. dia buat solo dah band Cavaderia dia sendirik... aku hanya sempat follow band ni hingga album The Call Of The Wood (1994) pastu lost.. kali aku usha drg kat tenet fuh dah jadik big band plak drg ni.. heheh ntah drg masih ingat ke tidak ngan aku.. rasa tidak la pasal byk lagi org yang kontek drg ni hehehehe... Kira posting ni tribute utk drg la hehehehe kalau nak info pasal drg p lawat drg kat SINI.

NI VIDEO CLIPS LAGU THE RED DEATH (FAV. AKU NI)

NI PLAK BAND SI CAVADERIA... ERRMM STAIL TAK TUKAR LA STILL SAMA

NI MASA OPERA IX COVER LAGU RIME OF THE ANCIENT MARINER (IRON MAIDEN)

10 comments:

MAWAR BERDURI said...

salam?

ui nah geng! mcm seram tau blog mu ni. tapi sudah d situ la jiwa mu oh. apa yang penting? sokong BN he he uh uh

Jairo said...

mawar hehehehe thanx for coming yeah.. sokong BN... say no to PR or wateva it is....

Abang Ben said...

pehhh... rosak habis lagu IRON MAIDEN ni. Solo sumbang!!!

Death to OPERA IX!!!

Jairo said...

Hahahaha jgn marah abg. ben... mmg ori maiden rulz ...

Takilala said...

Skull fanzine #2? huhuhu. Cover huduh yg pernah aku lukis. huhuhu. Lagu The Red Death tatap rules bah.

Jairo said...

takilala: baru aku ingat ko plak tukang lukis cover tu...

deaf_angel said...

aku sangat suka dengar cover version rime of the ancient mariner dorang..ni aku dengar kat cd calls to irons dwell records dari situ aku tahu ni opera ix.

siap 'that we must love all things that satan made' lagik hehe

Jairo said...

deaf: cover maiden to walaupun tak perfect agak menarik juga kat utube mereka rata yang memuji walaupun pada zahir aku tak berapa suka cover version iron maiden dari mana2 band.... hehhehe but open mind sikit kan? pasal 'that we must love all things that satan made' tu rasa mereka buat utk lirik mereka jer hehehe supaya nampak ganas. dlm interview aku ngan drg aku tanya drg sama drg adakah mereka satanist? jawapannya adalah tidak... but sekarang tak tau lah hehehe dah tak follow ngna drg ni

deaf_angel said...

biasa ler buat gempak sikit rock2 ni smua..
tapi tu ler, pasal tu satu lagu tinggalkan kesan positif kat aku hehe

Jairo said...

hahaha yeah they rock!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT