Hari minggu baru - baru ni aku balik dari merambu dengan geng Rakan Muda Rekreasi aku .. fuhh perut aku lapar la pasal aku tak ambik lunch pada masa tu.. balik jak kat rumah haiya... belum siap masak lagi... Atas desakan wolverine kat dalam perut aku yang mencakar kerana lapar aku terdorong untuk membantu komrad yang bertugas didapur pada malam tu.. Aku survey2 apa ada kat peti sejuk nah terjumpa udang segar yang baru dibeli kat dalam plastik... hahahah tanpan menjalankan pengundian seperti yang selalu aku buat aku teruskan menggunakan kuasa veto aku untuk memutuskan bahawa aku akan masak udang Goreng Tepung ala Wolverine Blues kerana perut aku yang suda berkeroncong wakakakakaka. Nampaknya keputusan aku tak dibantah melainkan mak aku suruh asingkan sikit udang tu untuk direbus hahahaha ok la aku pilih yang besar2 untuk di rebus then aku teruskan misi aku memasak udang ni hehehehehe....
Udang tu kena beli dengan harga yang agak mahal... iaitu RM18 sekilo.. (biasa boleh dapat dalam RM16 or 15 per kilo) so, takla kitaorang beli bebanyak... cukup untuk sekali makan jak... Bahan - bahannya biasala udang yang di kupas kulitnya (tapi kulit kepala aku tak kupas)... pastu aku bilas ngan air... Then aku guna tepung kek untuk digoreng ngan udang ni.. tepung kek naik sendiri jenama Blue Key jadi pilihan aku pada hari tu... Bubuh tepung secukup rasa, then tabur garam dan lada putih then simpan air Reverse Osmosis hahahaha secukup rasa.. ingat simpan air tu sikit2 jangan terlebih air nanti jadi cair plak bancuhan tepung tu... biar dia pekat supaya tepung tu senang melekat kat badan udang tu. Then, jangan korang pura2 tak tau apa nak buat lagi.. hahaha panaskan minyak kat kuali then gaulkan bancuhan tepung tadi ngan udang hingga rata.. kalau taknak gaulkan korang boleh celup sekor sekor... bergantung dengan tahap kerajinan korang. Macam aku perut dah berbunyi malas nak main celup2 hambur terus sekali hahahaha.. sama juga rasanya tapi tak cantik la hahahah hasilnya seperti macam gambar di atas.
Sudah siap mengoreng udang... aku buat plak sos cicahnya.. hahahah sos cicah ni ikut citarasa korang la.. korang nak cicah ngan air sabun sekalipun aku tak kisah hahahahah.. tapi untuk makan malam tu aku buat cicah mayo aku yang paling kult yang mana aku ambik 2 sudu mayo + 1 sudu jus oren sunquick yang pekat, Sos Cili secukup rasa + Sos Tomato secukup rasa... then gaulkan hingga rata. Pastu apa lagi... p la cari pinggan then selamat menikmati udang goreng bertepung ala2 wolverine blues aku ... yeaaarrrgghhh!!!!
No comments:
Post a Comment