Wednesday, September 9, 2009

KECEWA TIADA BONUS?

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan hari ini.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, ketika dihubungi.



Beliau berharap, kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.

Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan akhir tahun ini.

Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. - Bernama


Sumber dari BERNAMA....

Huhuhuhu rupanya indah kabar dari rupa heheheheheh tak jadi la aku beraya sakan tahun ni.. kena hold p tahun depan plak...


6 comments:

Ijau D. Koceng said...

itu utk kumpulan sokongan... kumpulan pengurusan/profesional? dpt ke x?

alhamdulillah kurg2 ada jugak wlupun sdkt

Portdy said...

rakyat didahulukan pencapaian diutamakan

berteromber said...

untung dapat walau sikit yg keje gomen ni..macam gua yg keje swasta ni..hampeh..tak pernah ada pun bonus nak raya..

apa nak buat..keje swasta bukan rakyat kot..sebab tu tidak didahulukan...

Anonymous said...

Alhamdulillah....lepas ler buat duit minyak, servis kereta & tol untuk beraya tahun nie.....Bulan Disember pulak lepas ler duit belanja untuk anak nak masuk sekolah pulak....

SkiD said...

Kerja gomen dapat le juga sikit. Aku kerja swasta ni..puas gaduh dgn bos, last2 nak bagi sorang RM50 je...duit raya.. Kedekut punya bos.

deaf_angel said...

fren
aku nak ucap kat ko dan sekeluarga, selamat hari raya puasa.
stay heavy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT