Friday, October 21, 2011

MAIN DRUM



Aku dulu pernah bercita - cita hendak jadi pemain drum. Setelah beberapa bulan struggle mencuba mencari feeling untuk bermain drum aku masih tak jumpa perasaan tu. Selepas itu barulah aku sedar bahawa tempat aku ialah di posisi gitar. Walaupun tak sehebat mana tapi I GOT THE FEELING... Macam mamat kat forum metal terus pernah kata "ikhlas cara permainannya" hehehehehehe (aku tak ingat sapa yang keluarkan statement ni hehehehehe).

Walaubagaimanapun, aku masih menyimpan hati untuk menjadi seorang drummer dan jikalau ada masa terluang sesekali aku akan berbincang mengenai anatomi sebuah drum, teknik & tips, ataupun gosip2 sensasi drummer tersohor tempatan mahupun antarabangsa. Namun, ianya tidak sekerap aku berbual mengenai gitar... mungkin diblog ni jarang jugak aku citer2 / review pasal gitar & effect.... (kalau nak baca review gitar dan berkaitan anda boleh lawat SINI & SINI  dorang banyak gitar) tapi kalau kat dunia nyata or org kampung kata face to face aku boleh cerita pasal gitar dan yang berkenaan sehari suntuk...

Berbalik kepada kisah bermain drum tadi, kebelakangan aku sering berbicara tentang drum bersama salah seorang rakan yang juga adalah pemain drum band metal tersohor dari Kota Kinabalu yang mana nama band tu tak payah aku nak mention kat sini. Aku kenal dia lama dah tapi baru2 ni jer agak sedikit rapat. Seawalnya aku kenal dia ni sebagai seorang gitaris yang mana pernah main satu band ngan bassist band aku Mi Scusi. Beliau ni memang mempunyai pengetahuan yang luas dalam hal ketuk mengetuk drum ni. dari aksesori drum hinggala ke teknik mengetuk. Aku rasa dia jer la yang boleh buat aku cerita pasal drum sepertimana keghairahan aku bercerita perihal bermain gitar.

Kat video bawah ni aku share sikit gaya permainan beliau....
amacam menarik tak???

Untuk pengetahuan korang beliau juga seorang guru muzik / drum yang bertauliah. Dia memang ada buat kelas belajar bemain drum. Kalau korang yang berada di sekitar area Kota Kinabalu dan ingin belajar bermain drum mungkin anda boleh cuba berguru dengan rakan ni. Korang kontek jer dia dari FB beli (klik SINI). Sedikit testimoni untuk meyakin korang aku sertakan satu lagik video yang memaparkan anak didik member aku ni beraksi dengan drum beliau.

Amacam? Meyakinkan? Masih Tak yakin lagi? Nak bukti lagi???? Ic korang ni jgn la demand sangat hehehehehehehe

Sebenarnya entri ini bulanlah entri iklan berbayar, akan tetapi sebagai entri tribute for him kerana banyak tips dan info dia share ngan aku. Apa yang aku dapat simpulkan ialah its all about Passion, Knowledge & Attitude. Untuk member yang aku maksudkan aku ucapkan Terima Kasih Banyak for Your Great Sharing... (mau juga engko layan aku punya soalan2 walaupun ngko dah tau aku ni bukannya seorang drummer hehehehehehe)

9 comments:

Ijau D. Koceng said...

"(kalau nak baca review gitar dan berkaitan anda boleh lawat SINI & SINI dorang banyak gitar)"

utk link kedua tu aku setuju, tp utk link pertama tu poser je tu

JAIRO said...

hahahahahahaha tapi masih byk terkandung review barang2 gitar kan? hehehe boleh la tu

Dr. Bentara said...

drum ni yang paling payah ialah nak beli set drum dan praktis. Gitar OK lagi.

JAIRO said...

doc: betul.... mahal woooohhh byk sgt aksesori dia hehehehehehe

Unknown said...

kenapa tak cuba main kastenet? tak minat ke bang?

JAIRO said...

hafiz: perrgggh kastenet terlalu advance utk aku

Korawk said...

beli drum digital sajalaaaa

deaf-angel said...

bila aku tengok drum elektric pad tu punye harga...
terpengsan haha.

jairo said...

deaf: tulah pasal mahal nak mampus.... better stick to guitar jer la hehehehehehehe