Sejak akhir - akhir ini area Kota Kinabalu dilanda demam BUSKING.... Tiba - tiba sales ukelele meningkat naik. Sebenarnya ini adalah satu perkembangan yang sihat. Kalau dulu pemusik jalanan di pandang serong namun kini ramai yang nak jadi busker...
Tapi setakat mana, attitude seorang pemusik jalanan itu hadir dalam jiwa seseorang busker... kalau dulu setahu aku busker ini adalah pemusik underground yang menentang arus mainstream dimana kreativiti musician dikawal oleh syarikat rakaman. Namun sekarang ni artis AF pun busking... adakah industri musik kita sudah semakin terbuka?? ataupun hanya sekadar mengikut trend semasa???
Sekarang aku ingin fokus kepada konteks di Kota Kinabalu plak, setahu aku di Kota Kinabalu hanya ada seorang yang benar2 seorang busker ataupun pemusik jalanan.... aku tau/nampak (tapi tak kenal) uncle ni sejak aku kecil lagi era tahun 80'an. dari dulu hingga kini dia masih berada ditempat yang sama bermain alatan kegemarannya iaitu sebuah biola.
Uncle ni korang boleh jumpa dia di kaki lima berdekatan dengan klinik Dr. Suzain menuju ke arah Bangunan Wisma Merdeka, Kota Kinabalu.
Tujuan aku menulis ni bukan nak memperlekehkan para busker2 kat Kota Kinabalu, ada di antara mereka juga terdiri daripada rakan2 aku. Ada diantara mereka juga pernah aku join sekaki berbusking di salah sebuah shopping mall di Kota Kinabalu.
Persoalannya... setakat mana keinginan korang nak berbusking.. adakah setakat nak ikut trend? nak tackle ciki? nak cari duit? minat(bullshit)? apa kata sekali sekala kita busking join uncle biola tu amacam?? Kalau korang tanya aku? hehe aku tak suka busking2 ni aku lebih prefer stage performance hahahaha baru la glamer
bukan nak meninggi diri tapi terus terang la aku cakap kalau nak berbusking ni korang kena mempunyai vocab or music library dlm otak yang luas... penguasaan alat musik yang baik, suara tak payah adjust kat mixer pun sedap.... malangnya aku takder semua tu hehehehehehe tulah aku tak suka busking2... menempel kat tepi2 orang busking main kastenet boleh la hehehehehehe.
Sebelum aku ingin mengakhiri entri kali ni aku nak share ngan korang video2 bebudak kat negara jiran kita busking... boleh tahan juga drg ni.. true talent!!!!!!
---
------
cubalah anak2 kecil peminta sedekah di bandar kota kinabalu sama macam drg ni maka hidup mereka mungkin akan lebih baik.
yang ni plak versi orang dewasa....
3 comments:
i like ur entri bro.uncle tulah founder kepada busker sekitar KK ni kan.insyallah,satu hari akan ada pemuzik yg approch dia tuk satu stage tuk perfom dan do someting...
insyallah...
trend
perkembangan yang bagus..
baru semalam terjumpa sorang ni, abang din. katanya dia kecewa dengan hidup di malaysia, dia tarvel di luar negara dengan kawan2 berbusking..
Post a Comment