Showing posts with label My Hobbies. Show all posts
Showing posts with label My Hobbies. Show all posts

Tuesday, December 16, 2008

SELAMAT TINGGAL DSLR...

Hari ini adalah hari terakhir dslr pinjam berada di tangan ku... esok tuannya akan minta balik setelah berbaik hati untuk meminjamkan aku dalam tempoh masa yang agak lama... ucapan ribuan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberi... kalau ada kesempatan lain hari boleh la kasi pinjam lagi.. aku akan dengan senang hati dapat menerimanya.. sekian terima kasih....

Thursday, December 11, 2008

RECENT PURCHASE...

Buku ni belum kena keluarkan dari bungkusannya maka secara automatik ianya belum aku baca hehehehe takde masa nak baca. Nanti kalau aku dah baca insyallah aku akan review dengan lebih lanjut pasal buku ni.

Ni plak DVD boxset kartun Cooking Master Boy. Citer ni adalah salah satu kartun kegemaranku. Ianya mengisahkan tentang seorang budak yang genius dalam bidang masakan di mana kebolehanan itu telah diwarisi daripada ibunya yang digelar sebagai Dewi Masakan China "Fairy Fay". Dlm boxset ini mengandungi kisah advanture Mao (budak tu ler) yang serba mencabar di dalam perjalanannya menuju untuk mendapat gelaran tertinggi di dunia masakan China. Memang best ler citer ni... Aku suka sangat citer mungkin kerana ianya ada berkait rapat ngan salah satu minat aku iaitu memasak.

Next purchase, Guitar Player Magazine, actually isu ni adalah isu khas untuk pembaca Guitar Player. Kalau nak diikutkan naskah ni berharga 6.50 USD satu tapi oleh kerana aku ni pelanggan majalah ni dorang bagi percuma sempena hari Krismas yang bakal tiba... isk tak sangka aku yang tak sambut krismas ni pun boleh dapat hadiah.. so , secara teknikalnya buku ini aku beli (kena langgan dulu baru dapat free...).

Dalam isu khas ini, Guitar Player membuat satu imbasan kembali mengenai artist - artist yang pernah keluar kat dalam keluaran mereka. Antara kandungan isu kali ni ialah tentang review pertandingan Guitar Superstar 2008 anjuran Majalah Guitar Player yang diadil oleh Steve Vai, Joe Satriani, dan beberapa orang kuat Guitar Player. Tidak ketinggalan section tetap majalah Guitar Player iaitu section belajar skill daripada hero gitar pelbagai genre muzik. Paling best kat dalam tu kita boleh baca tentang 15 buah "Guitar Rigs" yang hebat.

Dalam bahagian guitar rigs ni, ada dua artis yang aku suka iaitu Iron Maiden dan Slipknot... Isk isk mmg cun la equipment dorang... ntah bilakah akan dapat aku memiliki gadjet yang seperti itu...

Monday, December 1, 2008

WAR ALL THE TIME - GIG REVIEW

Baru - baru ini, band aku Mi Scusi telah dijemput untuk beraksi bersama War All The Time (WATT) sebuah band crustcore dari Leeds, United Kingdom yang dalam rangka tour jelajah asia tenggara mereka. Untuk siri tour mereka di Malaysia mereka telah memilih 2 buah tempat untuk beraksi iaitu Beaufort, Sabah dan ibu negara malaysia Kuala Lumpur sebagai destinasi untuk menyebarkan manifesto musick mereka. Untuk venue di daerah Beaufort, Studio Beaufort Rock City telah dipilih untuk menjadi tempat persembahan WATT.

Dalam perjalanan kami dari Kota Kinabalu menuju ke Pekan Beaufort, kami berhadapan dengan cuaca Mendung dan menandakan hari hendak hujan. Sesampai di kawasan Kimanis, kami terserempak pula dengan satu kemalangan di mana sebuah lori Petronas terbalik di tepi jalan menuju ke Beaufort. Walaubagaimanapun, dari pemerhatian kami rasanya tiada orang yang tercedera di dalam insiden tersebut. Kami tiba di Daerah Membakut lebih kurang jam 5.30 petang dan singgah kat rumah aku jap untuk bersalin pakaian serta mandi manda ceeehhhwwaah...

Persembahan malam tu boleh la dikategorikan sebagai sebuah mini gigs dengan tahap sound sistem yang sederhana tetapi seimbang dengan ruang kawasan studio Beaufort Rock City. Persembahan dimulakan oleh band Chronicle Suicide dari Beaufort (thanx a lot utk Saudara Azmi utk fre copy CD demo Chronicle Suicide). Walaubagaimanapun, mohon maaf semasa persembahan Chronicle Suicide jurufoto kami pergi cari makan kat restoran yang berdekatan akibat kelaparan yang ditanggung beliau telah mengatasi rasa malu hehehehe. Namun anda boleh tengok aksi mereka live dgn video yang di ambil pada malam tersebut.

Chronicle Suicide membawa lagu - lagu yang dipetik daripada demo mereka. Musick bawaan mereka sememangnya pure dirty fast crustcore yang memangnya boleh buat kita banging sampai tercabut kepala. Walaubagaimanapun, persembahan mereka pada malam tu agak singkat mungkin ianya disebabkan playlist yang disediakan oleh mereka agak sedikit memandangkan pada mulanya ada 6 buah band yang sepatutnya beraksi tetapi pada saat - saat akhir 3 buah band menarik diri atas sebab - sebab yang tidak diketahui (ada beberapa pendapat mengatakan bahawa mungkin faktor banjir di sesetengah tempat di daerah beaufort menjadi sebab kenapa band ini menarik diri ntah la... ).

Malam tu, Mi Scusi beraksi hanya bertiga tanpa kehadiran Zul di posisi bass dan tempat beliau di gantikan oleh Cho yang sepatutnya bermain gitar. So, malam tu kami kembali ke style three piece band kami semasa di awal kemunculan Mi Scusi pada tahun 2005. Malam tu kami membawa lagu - lagu terbaru kami yang belum pernah di rakam iaitu I Never Cast A Spell On You, Sememangnya Kamu Amerika!!!, Alice, dan Sundal Bolong. Selain itu, lagu - lagu lama kami seperti Sometimes I Feel Like a  Vampire, Extreme Satisfaction, dan Mutilated By Psycho Me juga turut dipersembahkan. Nampaknya sambutan yang kami terima agak diluar jangkaan memandangkan pada malam itu Mi Scusi adalah band yang paling slow pembawaan musicknya jika dibandingkan dengan band - band yang beraksi pada malam tersebut.

Aksi paling cool pada malam tu ialah apabila kami mendendangkan 2 buah lagu cover dari kumpulan idola kami The Misfits iaitu lagu Astro Zombies dan lagu Angelfuck. Tiba - tiba jak gitaris WATT (kalau tak silap nama di Ash.. ntah aku dah lupa hehehe) tumpang nyanyi bersama. hahahaha apa lagi tambah kecoh la suasana aku yang kebetulan haus terus memberi ruang kepada beliau untuk terus menyanyi (bolehlah rehatkan kejap tekak aku).

video kat atas ni adalah Mi Scusi semasa main lagu Sundal Bolong. Suasana yang hangat dan berpeluh sangat mengujakan sehingga aku tersilap dalam memainkan beberapa bahagian note lagu ni hehehehehe takpe janji layan... Siap aa waterboy lagi yang kasi air mineral hehehehe mungkin dia perasan kot kami kepanasan hehehe thanx!!!!

Selepas Mi Scusi beraksi maka tibalah giliran band yang dinanti - nantikan... WATT dengan jentera pemusnah mereka.. juga bermain sebagai 3 piece band, mereka membawakan musick crust yang padat dan laju. Lagu - lagu yang dipetik dari released mereka (boleh check kat SINI) para crowd berbanging dam slam tanpa henti sehinggakan menyebabkan aku keluar dari ruang studio tu kerana tak tahan bahang panasnya hehehehehehehe kat bawah ni juga aku share ngan korang beberapa video shot mereka pada malam tu.

Acara wajib di akhir show ialah bergambar beramai - ramai.. hehehe kat gambar ini adalah ketiga - tiga band yang beraksi pada malam tersebut iaitu Chronicle Suicide, Mi Scusi, dan War All The Time. Akhir sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput kami pada mini gig tersebut. Thanx a lot.. kalau sudi jemputlah kami lagi hehehehehehe... 

p/s: semua video telah dirakam oleh pihak Beaufort Rock City... Thanx to Mr. Blair... Keep on rockin'!!!

Saturday, September 13, 2008

KISAH TEMAN SIPEMANCING PART 2

Hari ini 13/09/08 utk menunggu waktu berbuka puasa, aku ngan member aku AZA, Chin Chong (kazen aku), & Tompel (bukan ar tompel) gi memancing... dari pagi hingga la ke petang tah satu ekor ikan sembilang (lupa ambik gambar) jak kami berjaya pancing tak tau udang galah hari ni p mana kot - kot dorang sedang berpuasa.. hanya tuhan yang tahu....

Dalam jam tiga ptg kami dkt2 nak balik dah dah dgn nada putus asa AZA bersiap nak packing balik dia ternampak sekor anak ular sawa... pa lagi kami trip la jadi animal planet punya org p tangkap.. dgn keamaturan kami akhirnya kami berjaya tangkap anak ular sawa tu.... hehehehehe tak dapat ikan dapat ular pun jadik la.. (dgr2 org ckp daging dia rasa cam daging ayam) tapi tak la kami tangkap plan nak makan jz nak pelihara...  anak ular tu aku bawa p rumah si capci (teman sipemancing) kebetulan di rumah dia ada satu aquarium kosong heheheheh terus la aku dan AZA dgn kerjasama anak si Capci yang kami panggil si Ah Chai bersatu padu memasukkan anak ular tu dalam aquarium.. malam ni kami udah plan nak p cari tikus or katak utk santapan si anak sawa hehehehe video proses penangkapan anak ular ni akan aku upload di youtube very soon... check it out at : www.youtube.com/sexxtion514




Friday, September 12, 2008

MY GEARS II - Kronologi pertemuan dengan Laney

Sebelum korang baca post ni pastikan korang baca MY GEAR yg mula2 pasal ini adalah sambungannya.... hari tu aku tak sempat nak tulis... gambarajah di atas adalah amplifier yg sedang aku gunakan sekarang ni... nak biodata dia? errrmm tengok kat bawah ni:

NAMA PENUH: LANEY EXTREME LX35D

Power RMS 30 Watts
Inputs 1x Jack
Channels 2 (Clean and Distortion)
Equalisation Global Bass, Mid and Treble
Reverb DSP
Line Out No
Footswitch FS2 (Not Included)
Speaker connections No
FX Loop(s) No
Drivers 1x10" Custom Driver
Cabinet Design Black metal corners, gloss metal grille and rubber feet
Master Effects Level Controls Yes
Effects DSP
Headphone Socket Yes
CD Input Yes (Phono)
Kick Proof Metal Grill Yes
Weight 12.25 Kg
Dimensions (mm) Width 403 x Height 368 x Depth 278

Seperti Ironbird, Laney jugak bukannya apa yang aku mau pada mulanya.... Sebelum tu aku mmg benar2 suka dengan Crate Amp. Sebelum aku meneruskan cerita ingin aku perkenalkan dulu sapa Crate ni....

NAMA PENUH: CRATE FLEXWAVE (FW) 65

The envy of all weaker amps, the Crate FlexWave65 is a mid-sized combo amp utilizing our now-legendary FlexWave™ Evolution 5 preamp and patented Sequential Cascading Gain™ technology to pump 65 watts of mind-boggling rich, articulate tone through a single 12" speaker. Variable 3-channel operation lets you switch between clean, dirty and saturated channels with the included remote footswitch. Don’t pass out yet, because it includes a whopping 18 DSP effects to add separate delay, modulation and reverb to your sound. Crate’s legendary Channel Tracking™ technology automatically stores your effects settings for each channel and recalls the settings as you switch between channels using the footswitch we include—it’s a dance that can only be described as "beautiful." Dial in the perfect tone by tweaking the overtly musical onboard 3-band EQ, and for even more punishing leads, the Solo channel features our proprietary Shape Control circuit, which, if we told you how it worked, we’d have to kill you. 
65 watts RMS
1 x 12" speaker
3 channel operation
DSP with separate controls for effects, including delay, reverb
CD/MP3 input
Built-in tuner


Kalau korang nak tau macam mana aku boleh suka dengan Crate.. ok lepas aku beli aku punyer B.C Rich N.J Series Ironbird (pokai aku di buatnya) aku terpikir plak nak dapat kan sebijik amp yg boleh di pasangkan ngan Ironbird ni. Aku ni selain daripada meminati irama Horror Punk aku layan gak muzik Death Metal terutamanya band Cannibal Corpse (minat sgt ngan band ni hingga lirik lagu Mi Scusi - Extreme Satisfaction adalah sambungan tajuk2 lagu mrk) dan juga band2 yg sewaktu dengannya. Aku minat ngan sound dorang yang berat dan bertenaga, terus terang aku katakan aku mau sound camtu la yg di adaptasikan kepada sound Horror Punk Mi Scusi (berat sangat yek? hehehehe tapi unik kan bagi band punk?). Kebetulan gitaris drg ni menggunakan gitar B.C rich but lain model la sama jenama ngan gitar aku hehehehe aku check plak amp yang di gunakan oleh mereka.. huhuhu masa tu apa yang aku dapat tau mereka guna amp CRATE (tak tau la kalau skrng drg tak guna crate lagi). Then aku wondering di mana aku nak cari Crate ni then aku p la surf Crate Official website utk mendapatkan info product mereka. Then aku tersuka la Model FlexWave 65 (masa ni harga dia aku lum tau lagi). Dengan pengalaman semasa aku menagih cinta daripada Kelly aku gunakan sepenuhnya pada masa ini... Duit dah ada dlm tangan then aku mulakan pencarian... Mula - mula aku p tempat aku beli Ironbird pasal masa tu 2 - 3 sebelumnya aku ternampak kat kedai tu ada amp Crate. Tapi malang lagi aku sekali apabila taukehnya memberitahu aku bahawa mereka no longer menjual jenama Crate berikutan harganya meningkat 2 kali ganda (taukeh tu pun tak tau kenapa ia berlaku) dengan kesimpulan amp tu terlalu mahal utk di jual berdasarkan market yang wujud kat tempat aku ni... kira dorang taknak ambil risiko utk rugi... Harganya masa tu mmg di luar kemampuan aku.... kali ni aku benar2 hampa.... walaupun pada hakikatnya aku tak tau pun performance sebenar Crate yang baru aku kenali ini... kalau takat Peavey & Marshall biasa la saja bagi aku...

Bimbang fund utk amp aku ni terpakai dengan aktiviti yang tak berfaedah aku terus kan usaha mencari gantinya... 

Masa ni aku terlibat secara langsung dengan proses rakaman album ketiga Kumpulan Black Metal tersohor kepulauan Borneo iaitu Mantak. Owner studio tpt kami merakam adalah Mr. Roger Wang yang juga sorang artis yg aku suka + artist yg endorse product gitar Yamaha...  aku round kat studio ni terdapat satu section barangan utk di jual.. kat sinilah aku terjumpa ngan Laney tetapi masa tu LXD belum ada lagi still MXD hardcore series. Aku test power dulu amp ni masa tu aku guna Mx65D puh kencang jugak amp ni dalam hati aku... walaubagaimana pun aku belum tergerak utk membelinya... aku nak round dulu cari tempat lain sehingga aku puas hati...

Sebulan sudah berlalu, pencarian tetap hampa.. dari survey yang aku collect rakan2 terdekat aku termasuklah anggota band Mantak.. memberi feedback yang baik kepada brand Laney ni. Then aku tekad kali ni nak dapatkan Laney la untuk bergandingan dengan Ironbird aku... Aku kembali ke Studio Rakaman utk angkat MXD yang sku test tu.. tup tap tup tap.. sampai sana rupa2nya stock sudah habis kena pajak oleh someone.. adei melepas aku... walaubagaimanapun aku sampai tepat pada masanya yang mana ketika itu LXD model selepas MXD menyerang pasaran. Tapi masa tu baru kuar of course harganya mahal.. pasal aru kan jadi aku kena la aku tambah sikit lagi duit utk mendapatkannya.. (pandai juga drg buat marketing)

oleh itu, hingga sekaranglah aku masih guna LXD series ni performance dia boleh tahan dan menepati apa yang aku mau... boleh main direct amp pun mmg sedap bunyinya.. dan yg paling best ianya tahan pukul punya amp.. aku pernah test main kat org kawin volume level dalam 6 aku main more than 3 hour performancenya masih maintain....  buat masa ni aku rasa aku masih akan menggunakan amp Laney ni kecuali la ada org nak sponsor aku amp Randall KH2 stack hehehe then i'll switch to Randall....

Nama Penuh: Randall KH120RHS
Introducing the new KH120RHS stack and the smaller but mighty KH15 practice amp. Kirk made it very clear from the start that he wanted to develop a full line of amplifiers that would provide fans his signature tone at any price point. Built using the same tone circuit as Kirk’s MTS head, the new KH120RHS half stack includes the 120 watt KH120RH head and KH412 cabinet with Celestion 50 watt speakers. A perfect stack for the serious up and comer, the KH120RH head has dual Gain stages for added versatility and has enough power to cut thru any mix. 

KH120RHS
INCLUDES KH120RH & KH412
PREAMP CHANNELS
2 Channel/3 Mode
Mode 1: Hammett Clean
Mode 2: Vintage/Hammett Overdrive
Mode 3: Modern Hammett Overdrive
EQ CONTROLS
Bass • Middle • Treble • Contour
MASTER CONTROLS
Volume
POWER AMP
Solid State
POWER OUTPUT
120 Watts
FEATURES
Spring Reverb
Series EFX Loop
Tape/CD Input
Footswitch Included

KH412
SPEAKERS
4 x 12” Celestion Rocket 50’s
POWER HANDLING
200 Watts RMS

Banner kat : RandallAmp.com



Wednesday, September 10, 2008

IRONBIRD LIMITED EDITIONS!!!

Specifications:
Construction: bolt on 
Body wood: nato 
Top style: bevel top 
Tuners: B.C. Rich® die-cast

Fretboard: ebony 
Frets: 24 jumbo 
Scale: 24 5/8”

Special Features: Pearl White body and headstock, silver metallic bevels and special lightning white pearl fretboard inlay
Bridge: Floyd Rose original tremolo
Pickups: Two black Rockfield® Mafia humbuckers
Controls: 1 volume, 1 three-way toggle and 1 tone 
Click to see control diagram 

Color: Pearl White

_________________________________________________________________________________

jeng... jeng... jeng... chentaku sudah kembali setelah lama menghilang dari senarai laman rasmi B.C RICH ... mmg udah lama aku menantikan come back ini.. dulu aku tertanya - tanya adakah model ini tidak akan dikeluarkan lagi... spec nya lebih kurang ngan ironbird aku kecuali warna, control (aku punya 1 volume, 1 selector, & 2 tone)  dan fretbord inlaynya (aku punya diamond shape inlay) jak berbeza.. yang lain sama.. hehehehehehehehe utk melihat model yang lain sila la klik di -----> sini

Tuesday, September 9, 2008

MY GEARS - Kisah Cintaku Ngan Kelly

Ni adalah battleaxes yang aku selalu guna dlm setiap siri gig band aku or session mana2 band... kat gambar di atas tu korang leh nampak my B.C. Rich N.J Series Ironbird, amp Vantage, amp Laney LX35D Extreme Series, and last but not least Jackson Dinky... Sebenarnya Jackson Dinky tu adalah gitar angkat aku... tuan punya ialah Mr. Joad dan oleh kerana aku sessionist guitarist (kekadang bassist) untuk band death metal dia MANGGAS so, kekadang aku guna Jackson untuk beraksi... Untuk pengetahuan korang, pada mulanya aku ni mmg fanatik ngan gitar jenama Jackson. Aku punya angan2 untuk memiliki gitar Jenama Jackson ni sejak dari bangku sekolah lagi. Kebetulan aku minat ngan Marty Friedman (ex- guitarist Megadeth) dan masa tu masih pakai lagi gitar Jackson Kelly dia.. fuhhh mmg time tu masa nak masuk tidur pikir Jackson Kelly jak awek pun aku tak pikir dah hehehehehehe (mungkin juga inilah sebabnya kenapa awek aku blah tinggalkan aku). Takpe aku tak kisah yang penting Jackson Kelly.... kelly... kelly ... kelly.. makan tidur mandi segalanya kelly. Tapi apa kan daya masa tu aku tak mampu untuk memilikinya atas faktor kewangan aku yang mmg di bawah paras negative (takder keja kan mana la ada duit.. sekolah lagi). 

Sampailah satu masa, aku sudah mempunyai pekerjaan dan pendapatan sendiri.. situlah aku tekadkan azam aku utk mengumpul dana Kelly aku.... kumpul punya kumpul akhirnya amaunnya mmg cukup utk mendapat Jackson Kelly ni... punya la aku excited.. then aku p la ke kedai menjual peralatan music kegemaran aku. kat situ aku tanya la taukeh kedai tu ada jual gitar jackson ker? malang menimpa aku Gitar Jackson sememangnya amat sukar untuk di dapati di negeri Sabah... kira kat Sabah ni org yang pakai gitar Jackson ni boleh di hitung ngan jari... pa lagi aku minta la taukeh tu order Jackson Kelly untuk aku. fuh punya la bertanduk aku tunggu .. mau dekat tiga bulan order tu belum dapat di tunaikan... aku semakin gelisah kerana dana kelly aku mungkin akan terpakai untuk perbelanjaan yang lain. aku cari merata kedai2 kat sabah ni mmg takder la yg jual gitar Jackson. isk isk isk isk ...


Pro Series KE3 Kelly™

Sampai la satu ketika aku putus asa ngan menunggu Kelly ni di ibaratkan pungguk rindukan bulan... kat sini la aku bertemu ngan sorang otai di dalam arena underground Malaysia (aku taknak sebut nama dia) dan aku citer kat dia la akan kisah aku ngan si Kelly ni... korang tau apa dia punyer komen heheheh mmg sungguh menyakitkan hati hehehehehe adakah dia ckp "Bro, aku rase la kan ngko ni tak sesuai la pakai Kelly. Tak padan langsung pasal Kelly ni ngam untuk guitarist yg macho + handsome jak." "adus tak hansome ka aku? tak macho ka aku? yalah mmg la badan aku berbentuk bulat.. tapi takkan satu pun tak sangkut?" aku jawab kat dia. dia menerangkan lagi kat aku,"bukan gitu maksud aku... untuk ngko ni i mean dari segi image kau ni , ko lebih sesuai guna gitar B.C. Rich terutama model explorer" (explorer ni nama lain utk Ironbird). Time ni aku tak berapa ambik pusing tentang perkara ni....

Satu hari yang indah si Joad ni call aku nak bawa jumpa... kalau dia call aku comfirm dia nak kasi playlist lagu nak di main dlm gig yg bakal kami sertai. Masa tu selain daripada lagu sensasi Manggas "Batin Keramat", Joad ada request supaya aku cari salah satu lagu band Immortal album Battle of the North utk di cover masa gig. Kat situ la aku ternampak gitar Ironbird ni.. cover dia menunjukkan bassist Immortal  guna gitar Ironbird cis cantik juga dlm hati aku... hehehehe mcm cinta pandang pertama la ni. tapi masa tu belum lagi berputik, bibit2 cinta mula timbul apabila aku tengok video konsert band J- Rock Judy and Mary.. huh bassist dia pakai Ironbird juga... cis cantik juga aku tengok. mcm kebetulan plak masa selalu ternampak Ironbird tengok video clip band Benediction huh gitaris dia pakai Ironbird pastu tengok Dimmu Borgir Ironbird lagi... adei.... masa ni lah bayangan Kelly mulai pudar daripada kotak fikiranku... tiap malam Ironbird plak yang datang menganggu mimpiku... sampai peringkat kritikal aku kembali ke kedai peralatan muzik yg aku minta order Jackson Kelly utk bertanyakan status tempahan ku... tup tap tup tap tengok tersadai dalam cermin huh B.C. RICH NJ SERIES IRONBIRD ... dapatkah anda bayangan reaksi aku masa tu? apa lagi... tanya taukeh tu harga brapa... tup tap ngam then terus aku p bank withdraw duit dan hari tu juga Ironbird menjadi milikku. Rupanya aku mmg takde jodoh ngan Kelly dan akhirnya aku bersama Ironbird.


B.C Rich Ironbird Limited

Masa mula2 pakai Ironbird aku terasa satu aura or chemistry antara kami... masa tu barula aku sedar akan maksud kata2 kawan aku tadi tu... mmg serasi ngam gaya permain aku gitar ni isk isk tak menyesal.. makin lama makin syok aku rasa bila berdampingan dgnnya. Ditakdirkan ada satu hari aku berpeluang bertemu dgn Kelly situ aku ada cuba main nah.. ia menguatkan lagi hujah kawan aku tu... Gitar Jackson dan B.C. Rich mmg sangat berbeza dari segi fizikal drg... Neck Jackson adalah sgt nipis bagi aku dan itu membuatkan aku tak berasa selesa terutamanya semasa aku menggunakan power chord semasa bermain. Dengan itu, ianya telah membuatkan aku sangat sayang ngan Ironbird... tamat bab pertama...  pasni babak pertemuan aku ngan Laney plak...  tunggu yek... cheers terima kasih kerana sudi membaca...

Monday, September 8, 2008

KISAH TEMAN SIPEMANCING

Perhatian aku tak terlibat di dalam operasi penangkapan ikan haruan ini, ianya di simpan di sini hanya atas tujuan ilustrasi sahaja. wakakakakakakakakakaka.

Sejak kebelakangan ni, aku sering ketandusan idea untuk menulis ataupun mencipta lagu untuk stuff band kesayangan aku Mi Scusi . Di sini aku mula terjebak ke dalam satu kancah ketagihan yang terbaru iaitu memancing. Ini semuanya gara - gara perasaan bengang dan boring aku yang tak dapat di bendung sehinggakan aku join lepak ngan kengkawan aku sekampung (selalunya aku berkurung di rumah lepak ngan gitar dan komputer aku). Untuk pengetahuan ngkorang kengkawan aku ni mmg kaki pancing ikan air tawar. Pantang ada masa lapang gerenti dorang pi memancing punyer... Spot kegemaran dorang untuk aktiviti ini ialah kat kawasan tanah perkuburan orang Islam kat kampung aku.... (kat sana ada satu batang sungai yang banyak udang).  
Gambar kat atas tu adalah first catch aku guna pancing sendiri... Pancing Sendiri? Camna aku boleh ada pancing sendiri? heheheheheheh ceritanya begini.... Semua berpunca dari rakan aku yang bernama SADAM (bukan Saddam Hussien tau). Masa tu hari mmg best, tangkapan mereka mencecah hingga ke 80 ekor udang yang berjaya di pancing (jumlah pemancing = 4 org iaitu SADAM, ONDONG, JACKIE, CAPCI). Dorang mmg tak cukup tangan nak melayan udang galah yang menyentap umpan di pancing. So, oleh kerana aku hanya jadi penonton dan pemakan udang yang sudah dimasak (udang yang di tangkap terus dimasak di tempat kejadian) pada masa tu dan tidak membuat apa - apa kerja melainkan hanya duduk kekenyangan sambil mencungkil gigi. Kawan aku si Sadam ni minta tolong aku pegang pancing di sementara dia mengendalikan salah satu pancingnya yang lain. Tidak semena - mena pancing tu di sentap... punyalah aku panik tak tau apa nak buat... So, Sadam suruh aku gulung jak kili joran tu.. then aku gulung la.. tup tap naik menantang kat gambar dibawah ni (1st catch aku guna pancing pinjam). Punyalah aku excited... yang pasti ianya memberi aku satu inspirasi baru... apa inspirasinya hehehehe tak lain tak bukan malam tu aku balik rumah ambik gitar aku buka tali polish badan lap kasi kilat dan spray wd-40 kat volume & tone knobnya. pastu kasi masuk dalam softcase bag aku.... hahahaha gantung gitar... mulai esoknya aku ambil mc daripada bermain music mulalah bergelar sebagai pemancing amatur.....


Keesokan harinya aku pigi cari kengkawan aku (Sadam, Jackie, Ondong, & Capci) di tempat biasa dorang iaitu di tanah perkuburan orang Islam Kg. Pimping, Membakut (ni la nama kampung aku). Sampai ke sana aku terus sound si Jackie then bawa dia pi pekan untuk beli pancing heheheheheheh untuk pengetahuan korang sumer pancing pertama aku hanyalah berharga RM25.00 (lepas si jackie dengan muka garangnya tawar menawar ngan taukeh kedai). complete satu set. Apa lagi pancing dah ada terus la p sungai hehehehehehe tak sabar dah.... Walaubagaimanapun, aku terpaksa tunggu lebih kurang setengah jam barulah pancing aku mengena... tapi malang aku tak pandai lagi ndak handle akibatnya pancing aku tersangkut.. petang itu aku hampa dengan pancing ku yang baru.... Untuk menghilangkan rasa kecewa aku tu, aku bawah dorang stay sampai malam sikit akhir baru la aku berjaya hehehehe kengkawan aku pun menarik nafas lega kerana dorang dapat balik rumah ehehehehe aku cakap ngan dorang selagi aku tak dapat selagi tu aku tak nak balik heheheheh terpaksa la dorang tunggu pasal dorang tumpang keta aku hehehehehehehe



Yang baju biru ni la SADAM... hehehehehe
Oh yah.. untuk pengetahuan korang sekarang ni aku masih gila memancing hehehehe dan pancing aku sekarang ni dah ada 2 btg hehehehehehe nanti aku plan nak beli satu lagi... satu lagik aku dah kembali pegang gitar aku dan sekarang banyak plak idea nak buat lagu.. kalau bukan pasal aku p memancing tu tak mungkin lagu I NEVER CAST A SPEEL ON YOU & lagu SUNDAL BOLONG dapat di siapkan hehehehehe