Baru - baru ini, band aku Mi Scusi telah dijemput untuk beraksi bersama War All The Time (WATT) sebuah band crustcore dari Leeds, United Kingdom yang dalam rangka tour jelajah asia tenggara mereka. Untuk siri tour mereka di Malaysia mereka telah memilih 2 buah tempat untuk beraksi iaitu Beaufort, Sabah dan ibu negara malaysia Kuala Lumpur sebagai destinasi untuk menyebarkan manifesto musick mereka. Untuk venue di daerah Beaufort, Studio Beaufort Rock City telah dipilih untuk menjadi tempat persembahan WATT.
Dalam perjalanan kami dari Kota Kinabalu menuju ke Pekan Beaufort, kami berhadapan dengan cuaca Mendung dan menandakan hari hendak hujan. Sesampai di kawasan Kimanis, kami terserempak pula dengan satu kemalangan di mana sebuah lori Petronas terbalik di tepi jalan menuju ke Beaufort. Walaubagaimanapun, dari pemerhatian kami rasanya tiada orang yang tercedera di dalam insiden tersebut. Kami tiba di Daerah Membakut lebih kurang jam 5.30 petang dan singgah kat rumah aku jap untuk bersalin pakaian serta mandi manda ceeehhhwwaah...
Persembahan malam tu boleh la dikategorikan sebagai sebuah mini gigs dengan tahap sound sistem yang sederhana tetapi seimbang dengan ruang kawasan studio Beaufort Rock City. Persembahan dimulakan oleh band Chronicle Suicide dari Beaufort (thanx a lot utk Saudara Azmi utk fre copy CD demo Chronicle Suicide). Walaubagaimanapun, mohon maaf semasa persembahan Chronicle Suicide jurufoto kami pergi cari makan kat restoran yang berdekatan akibat kelaparan yang ditanggung beliau telah mengatasi rasa malu hehehehe. Namun anda boleh tengok aksi mereka live dgn video yang di ambil pada malam tersebut.
Chronicle Suicide membawa lagu - lagu yang dipetik daripada demo mereka. Musick bawaan mereka sememangnya pure dirty fast crustcore yang memangnya boleh buat kita banging sampai tercabut kepala. Walaubagaimanapun, persembahan mereka pada malam tu agak singkat mungkin ianya disebabkan playlist yang disediakan oleh mereka agak sedikit memandangkan pada mulanya ada 6 buah band yang sepatutnya beraksi tetapi pada saat - saat akhir 3 buah band menarik diri atas sebab - sebab yang tidak diketahui (ada beberapa pendapat mengatakan bahawa mungkin faktor banjir di sesetengah tempat di daerah beaufort menjadi sebab kenapa band ini menarik diri ntah la... ).
Malam tu, Mi Scusi beraksi hanya bertiga tanpa kehadiran Zul di posisi bass dan tempat beliau di gantikan oleh Cho yang sepatutnya bermain gitar. So, malam tu kami kembali ke style three piece band kami semasa di awal kemunculan Mi Scusi pada tahun 2005. Malam tu kami membawa lagu - lagu terbaru kami yang belum pernah di rakam iaitu I Never Cast A Spell On You, Sememangnya Kamu Amerika!!!, Alice, dan Sundal Bolong. Selain itu, lagu - lagu lama kami seperti Sometimes I Feel Like a Vampire, Extreme Satisfaction, dan Mutilated By Psycho Me juga turut dipersembahkan. Nampaknya sambutan yang kami terima agak diluar jangkaan memandangkan pada malam itu Mi Scusi adalah band yang paling slow pembawaan musicknya jika dibandingkan dengan band - band yang beraksi pada malam tersebut.
Aksi paling cool pada malam tu ialah apabila kami mendendangkan 2 buah lagu cover dari kumpulan idola kami The Misfits iaitu lagu Astro Zombies dan lagu Angelfuck. Tiba - tiba jak gitaris WATT (kalau tak silap nama di Ash.. ntah aku dah lupa hehehe) tumpang nyanyi bersama. hahahaha apa lagi tambah kecoh la suasana aku yang kebetulan haus terus memberi ruang kepada beliau untuk terus menyanyi (bolehlah rehatkan kejap tekak aku).
video kat atas ni adalah Mi Scusi semasa main lagu Sundal Bolong. Suasana yang hangat dan berpeluh sangat mengujakan sehingga aku tersilap dalam memainkan beberapa bahagian note lagu ni hehehehehe takpe janji layan... Siap aa waterboy lagi yang kasi air mineral hehehehe mungkin dia perasan kot kami kepanasan hehehe thanx!!!!
Selepas Mi Scusi beraksi maka tibalah giliran band yang dinanti - nantikan... WATT dengan jentera pemusnah mereka.. juga bermain sebagai 3 piece band, mereka membawakan musick crust yang padat dan laju. Lagu - lagu yang dipetik dari released mereka (boleh check kat SINI) para crowd berbanging dam slam tanpa henti sehinggakan menyebabkan aku keluar dari ruang studio tu kerana tak tahan bahang panasnya hehehehehehehe kat bawah ni juga aku share ngan korang beberapa video shot mereka pada malam tu.
Acara wajib di akhir show ialah bergambar beramai - ramai.. hehehe kat gambar ini adalah ketiga - tiga band yang beraksi pada malam tersebut iaitu Chronicle Suicide, Mi Scusi, dan War All The Time. Akhir sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput kami pada mini gig tersebut. Thanx a lot.. kalau sudi jemputlah kami lagi hehehehehehe...
p/s: semua video telah dirakam oleh pihak Beaufort Rock City... Thanx to Mr. Blair... Keep on rockin'!!!
No comments:
Post a Comment