Thursday, December 11, 2008

RECENT PURCHASE...

Buku ni belum kena keluarkan dari bungkusannya maka secara automatik ianya belum aku baca hehehehe takde masa nak baca. Nanti kalau aku dah baca insyallah aku akan review dengan lebih lanjut pasal buku ni.

Ni plak DVD boxset kartun Cooking Master Boy. Citer ni adalah salah satu kartun kegemaranku. Ianya mengisahkan tentang seorang budak yang genius dalam bidang masakan di mana kebolehanan itu telah diwarisi daripada ibunya yang digelar sebagai Dewi Masakan China "Fairy Fay". Dlm boxset ini mengandungi kisah advanture Mao (budak tu ler) yang serba mencabar di dalam perjalanannya menuju untuk mendapat gelaran tertinggi di dunia masakan China. Memang best ler citer ni... Aku suka sangat citer mungkin kerana ianya ada berkait rapat ngan salah satu minat aku iaitu memasak.

Next purchase, Guitar Player Magazine, actually isu ni adalah isu khas untuk pembaca Guitar Player. Kalau nak diikutkan naskah ni berharga 6.50 USD satu tapi oleh kerana aku ni pelanggan majalah ni dorang bagi percuma sempena hari Krismas yang bakal tiba... isk tak sangka aku yang tak sambut krismas ni pun boleh dapat hadiah.. so , secara teknikalnya buku ini aku beli (kena langgan dulu baru dapat free...).

Dalam isu khas ini, Guitar Player membuat satu imbasan kembali mengenai artist - artist yang pernah keluar kat dalam keluaran mereka. Antara kandungan isu kali ni ialah tentang review pertandingan Guitar Superstar 2008 anjuran Majalah Guitar Player yang diadil oleh Steve Vai, Joe Satriani, dan beberapa orang kuat Guitar Player. Tidak ketinggalan section tetap majalah Guitar Player iaitu section belajar skill daripada hero gitar pelbagai genre muzik. Paling best kat dalam tu kita boleh baca tentang 15 buah "Guitar Rigs" yang hebat.

Dalam bahagian guitar rigs ni, ada dua artis yang aku suka iaitu Iron Maiden dan Slipknot... Isk isk mmg cun la equipment dorang... ntah bilakah akan dapat aku memiliki gadjet yang seperti itu...

No comments: