Friday, October 10, 2008

AKTA HUBUNGAN KAUM

Hubungan kaum tidak pernah menjadi isu di Sabah dan Sarawak 
23rd September, 2008 

KUALA LUMPUR: Apabila seorang menteri Kabinet Sarawak berkata bahawa negeri itu tidak perlu kepada sebarang undang-undang berhubung hubungan kaum, rakyat Malaysia yang berasal dari negeri-negeri di Semenanjung mungkin berpendapat bahawa menteri itu hanya bergurau.

Tetapi bagi mereka yang tahu mengenai Sarawak dan juga Sabah, sama ada pernah bekerja dan tinggal di sana untuk tempoh tertentu boleh menjamin bahawa Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan memberi penilaian yang jujur mengenai hubungan kaum di kedua-dua negeri itu.

“Ini kerana wujud sikap tolak ansur antara kaum di kalangan penduduk sejak sekian lama.

“Selain orang Melayu, Cina dan India, Sara-wak mempunyai 33 kumpulan etnik dan mereka telah tinggal bersama dalam suasana aman malah sebelum merdeka. Saya berpendapat tidak ada gunanya mempunyai undang-undang sedemikian dan kita tidak memerlukannya,” kata Awang Tengah pada Jumaat... Klik di sini----->NEW SABAH TIMES untuk meneruskan pembacaan.

-------------------------------------------------------------------------

Apa yang dikatakan di dalam berita ini adalah benar.. tidak perlu ada akta hubungan kaum di Sabah dan Sarawak. Keadaan di Sabah & Sarawak adalah sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan di Semenanjung Malaysia.... Hubungan antara kaum, bangsa, dan agama sangatlah baik tanpa sebarang sikap prejudis. Perbandingan ini aku katakan atas dasar pengalaman aku tinggal di semananjung (walaupun tak lama) yang mana telah memperlihatkan situasi di sana adalah tidak sama dengan apa yang berlaku di Sabah & Sarawak.

Aku tak tau sangat mengenai keadaan yang berlaku di negeri Sarawak namun menurut daripada rakan - rakan dari sana cara hidup dan pergaulannya tidak banyak berbeza. Di Sabah terdapat pelbagai etnik bangsa dan kaum di mana ianya boleh dibahagikan kepada 5 kategori iaitu Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam, Cina, India, dan Lain - lain. Setiap kategori yang aku sebutkan tadi ingin aku beritahu bahawa terdapat pelbagai bangsa dan kaum  telah tersenarai di dalamnya. Sebagai contoh, di mana saya hanya menyatakan beberapa suku kaum bagi setiap kategori iaitu seperti yang berikut:

  • Bumiputera Islam - Melayu, Brunei, Kedayan, Bajau, Bisaya, dan Dusun (hanya sekadar menyatakan beberapa suku kaum).
  • Bumiputera Bukan Islam - Kadazan, Murut, & Sino Kadazan (hanya sekadar menyatakan beberapa suku kaum).
  •    Cina & India - ni tak perlulah aku terangkan
  • Lain - lain - bangsa yang tersenarai di dalam kategori ini selalu terdiri daripada bangsa & suku kaum yang bilangannya agak kecil di sesebuah kawasan. Sebenarnya bahagian ni aku tak berapa pasti bagaimana nak menerangkan. Selalunya ia terdiri daripada campuran dari 2 atau lebih suku kaum dan bangsa. ntah la.. so sesapa yang dapat explain please do it so...

Walaubagaimanapun, masyarakat di Sabah dapat bergaul antara satu sama lain tanpa banyak karenah biarpun berlainan agama & bangsa apatah lagi fahaman politik masing - masing.  Namun tidak dapat aku nafikan bahawa golongan yang pilih bulu masih ada wujud di Sabah. Pilih bulu di sini dirujuk sebagai golongan yang sensitif dalam pergaulan dari sudut bangsa, agama & fahaman politik akan tetapi bilangannya tidak banyak.

Bagi pendapat peribadi aku, hubungan antara kaum kita yang harmoni ini telah dipolitikkan oleh pihak - pihak yang tertentu. Sebenarnya sebelum ini, aku rasa di Semenanjung Malaysia juga tiada pernah ada kes serius yang melibatkan hubungan kaum... mungkin rakyat Malaysia telah mengambil iktibar daripada kejadian 13 Mei. Cuma ada beberapa pihak yang sanggup mengadaikan keamanan dan kesejahteraan ini atas sebab kepentingan peribadi yang ingin dicapai. Bagi aku, golongan ini adalah PETUALANG!!! Petualang durjana yang maha ZALIM dan di laknat!!! Pada aku, golongan ini bukannya tempat di dunia ini akan tetapi patut berada di sudut NERAKA JAHANAM yang paling hina. Pesanan aku kepada mereka pigi mampuslah!!! Aku teringin nak berak di atas kubur mereka... (ada sesapa nak join?).

Aduh... teremosi sudah aku... apa - apa hal, aku ingin menyeru kepada anda semua yang membaca post ini supaya sama - sama kita membenteras atau menyangkal sebarang propaganda yang boleh menjurus kepada ketegangan dan pepecahan kaum. Tidakkah anda ingin tinggal di sebuah tempat yang aman dan harmoni tanpa sebarang prejudis dan diskriminasi? errmmm tepuk dada tanya selera... (btw aku lapar la..). Sekianlah dulu takat ni.. nanti kalau ada idea aku akan tulis lagi... Sila betulkan jika ada sebarang kesilapan di dalam penulisan ini. Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datanglah Lagi... Cheers....

Wednesday, October 8, 2008

BERHALA DSAI?


28 September 08, Ahad - Program perasmian poster gergasi Dato' Seri Anwar Ibrahim

Batu caves 28sept: satu poster gergasi pertama dimalaysia telah berjaya dirasmikan dengan jayanya oleh Y.B Amiruddin saari (ADUN batu caves), Y.B manikavasagam (MP KAPAR), Y.B Sivarasah (MP SUBANG) dan Y.B William Leong (M.P SELAYANG)selaku tetamu kehormat majlis ini.

poster gergasi yang setinggi hampir 40 kaki itu menelan kos perbelanjaan hampir RM 5000.00 dengan Bantuan para aktivis dan reformis serta penduduk dun batu caves yang mahukan semangat Y.B Datuk Seri Anwar Ibrahim akan untuk membina malaysia baru akan terus berkekalan dan ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di dun batu caves ini. Skuad dun batu caves juga merupakan penganjur bersama program ini amat berbesar hati dengan kehadiran dan sokongan diluar jangkaan dari pada pendokong dan pencinta reformasi khasnya warga dun batu caves...


dipetik dari: http://skuaddunbatucaves.blogspot.com/2008/09/sejarah-tercipta-ref-malaysiakini.html

Sebenarnya pembinaan lukisan ni telah menimbulkan satu pertikaian di mana ada beberapa pihak yang mendakwa lukisan ni ada patung berhala... tidak kurang dgn yg membela bahawa itu bukanlah patung tetapi just lukisan...

bagi aku ianya just a big drawing... cantik pandai org tu lukis... cuma bagi aku relevan ka lukisan tu? for me yes... napa ? pasal kan drg tu peminat fanatik DSAI so, apa lagi tak cukup poster then up lagi ngan giant poster, tak cukup giant poster up lagi pi super huge giant poster ala2 billboard.. dah minat nak kata apa kan?

kalau cam aku, aku ni mmg minat berabis ngan Band The Misfits... rasa2nya para peminat DSAI kasi tak aku bina Poster Besar replika JERRY ONLY kat sebelah replika DSAI untuk memperingati semangat Jerry Only di dalam memperjuangkan music beliau.... best kan? pasti orang - orang kat Batu Caves happy coz replika pujaan dorang ada teman heheheheh taklah sunyi Replika si Jerry Only ni hahahahahahahahah asal jgn dia sondol bontot si Jerry Only sudah.. nanti luka plak burung replika si DSAI akibat terkena spike si Jerry Only....

Walaubagaimanapun, aku tak la terpikir nak benda tu... pasal kekadang dari gambar tu jak org boleh taksub apatah lagi ngan skala yg besar taknak la aku... nanti masuk neraka aku hahahahah dah la sembahyang selalu kantoi ... daripada kasi tambah dosa baik aku mencuba utk mengurangkannya supaya berat la lagi timbangan yg belah kanan. Dan jika aku ada duit RM5000 dan dikehendaki supaya aku membuat poster besar cam replika aku akan publishkan dua poster seperti di bawah ni.... Aku sangat berharap ia akan dapat membantu kepada pihak yang berkenaan....

Tuesday, October 7, 2008

KAMI - THE MOVIE


Teenage movie “KAMI” follows a group of five friends as they squeeze in as much fun and reckless abandonment on their road to self-discovery before entering a new stage in their lives – higher education.

Lynn is a form five student who juggles her studies while helping her mother at their food stall and hangs out with Ali,AbuSofie, and Adii. Although they have made her part of their circle, Lynn is holding back a dark past from her buddies. Unknown to them Lynn and her mother had moved from their small town home to start afresh in the city away from a persistent small-time drug dealer, Boy, whom Lynn used to run errands for to gain extra pocket money.

To complicate matters, Lynn writes under the pseudonym Teka Teki for her own, well known fanzine called KAMI and has recently contributed a scathing write-up on Ali’s band in a local music magazine.

As she struggles to keep her secrets under wraps, Lynn soon learns that they are all hiding something from each other.


MORE STORY? KLIK-----> KAMI


------------------------------------------------------

Aku dah tengok cerita ni.. but terus terang aku kata.. korang kena tengok series dia dulu baru boleh faham cerita movie ni!!! Secara peribadi... oleh kerana aku telah mengikuti siri citer KAMI ni.. aku berpendapat movie lebih baik dari tv series dia!!! Walaupun ada beberapa plot dia yg kita boleh teka (kita standard citer filem melayu) but i think pembuat cerita dan pengarah movie berjaya membuat aku stay kat dalam panggung sampai abis cerita!!! Kenapa aku tengok sampai abis cerita? Hahahaha itu korang kena find out sendiri kat panggung!!! Untuk pengetahuan korang aku sgt cerewet di dalam menilai sesebuah kualiti sesuatu wayang gambar... Walaupun KAMI -The Movie belum mencapai ke tahap yang terbaik tapi aku rasa ia telah berjaya membawa satu kelainan di dalam industri filem kita (Malaysia). Usaha penerbit filem ini seharusnya dicontohi oleh penerbit filem yang lain dari sudut keunikkan dan kreativiti... aku ni sebenarnya bukanlah sesiapa di dalam industri filem ni.. it's just my personal opinion... maybe aku salah atau bias.. lantak la korang... aku cuma nak express apa yang aku rasa.. korang tak suka? korang boleh blah!!! Apa2 pun.. aku kasi dorng 2.5 / 5 bintang!!!