Monday, January 19, 2009

DUA PETANG BERSAMA KUMPULAN MANGGAS

Gambar: aku kontrol macho sebelum masuk kat dalam studio

Hari Jumaat yang lalu, aku terima text message dari Raem (drummer band Manggas). Dlm msgnya berbunyi "esok mau berkarya ka?" hahahaha aku ketawa sendiri. Kalau minggu yang sebelumnya dia main redah jak minggu ni dia bersopan santun plak.. hahaha nampaknya sesi kaunseling yang aku berikan kepada beliau sungguh berkesan. Aku bagi respon positif kepada text msg beliau itu dan meminta dia menanyakan kepada ahli yang lain... tak lama kemudian dia antar satu lagi msg yang menandakan lampu hijau daripada semua... Msgnya cukup utk buat bulu roma aku berdiri tegak... "dear all, jam 3 ok ka?" hahahaha saja jer aku ckp bulu roma tegak supaya korang excited hehehehe... then aku "balas la can bah if u...." 

Hari Sabtunya, Joad plak yang ambil aku kat rumah.. Joad kata minggu ni pakai keta dia plak heheheheh (that mean minggu depan pakai keta plak? hahahahah aku minggu depan takde la p out station wakakakakak)... Kali ni kami bincang2 pasal arrangement lagu2 yang sudah dipraktiskan minggu lalu beserta Joad dengan proposal liriknya hehehehehe check la p myspace manggas utk selanjutnya pasal lirik ni. 

Gambar: Ni owner Studio Beaufort Rock City yang sempoi... Mr. Blair

Kami sampai kat studio dalam jam 3 ptg.. hehehe takde org jamming... mungkin pasal Raem dah booking masa tu hehehehe... K la aku nak buat promosi sikit mengenai studio Beaufort Rock City ni... Studio ni terletak di Wisma Arjuna Tingkat satu Pekan Beaufort, Sabah. Ada dua buah bilik studio kat dalamnya dan korang boleh jamming dan buat digital recording kat sini... Harga errrmmm mmg berpatutan dengan kadar yang berpatutan iaitu 23 per hour dan special rate utk ambik 2 jam dan ke atas RM40 per 2 hour & RM 60 per 3 hour. Manakala utk recording plak ratenya RM70 per hour . Alatannya utk ditahap yang memuaskan dan sentiasa di maintain oleh tuan punya studio. Dengan drum with double bass, amp gitar Peavey, gitar Ibanez... Overall mmg cukup puas hati. Aku pernah jamming di dalam beberapa buah studio kat area Kota Kinabalu dan aku berani kata studio Beaufort Rock City adalah yang terbaik dari segi harga, customer services dan facilities yanbg disediakan. So, jammers kat luar sana apa lagi? Korang p la serbu studio ni...

Gambar: Zoom GFX8

Hari tu kami tak guna effect Zoom G9 aku, tapi guna Zoom GFX8 kepunyaan Mr. Joad yang kononnya sudah di setting ikut selera beliau hahahahah ok la tu bos..

Gambar: BOSS MT - 1 yang di sediakan oleh Beaufort Rock City

Berikutan masalah setting Boss GT8 Waimi pada minggu lalu, dia tak pakai plak pada minggu ni. Pakai MT - 1 lagi senang katanya... yalah tu.. mmg best juga sound gitar dia hari tu.. ehems maklum la pakai Pick YJM hehehehe. Kalau minggu lalu Raem menayang - nayang T shirt Carcassnya, kali ni beliau tunjuk plak koleksi Cymbalnya hehehehe. Walaupun meluat tapi aku tetap kagum ngan baby baru dia ni...

Gambar: MIENL HCS 10" Splash Cymbal 

Gambar: Ream kata cymbal ni ngam dengan selera dia selaku seorang pemain drum death metal hehehe pirraaahhh

Gambar: ni plak Solar China Cymbal... Aku suka bunyi cymbal ni

Gambar: Seorang pemain Bass sambilan yang berwibawa

Gambar: Raem tengah setting2kan cymbal barunya uwweeekkkk

Gambar: Big Boss Waimi tetap kool seperti biasa hehehehe

Gambar: Kali ni Joad agak bersemangat jika dibandingkan dengan minggu lalu

Gambar: Gedabak gedebuk gedabak gedebuk bunyi double paddle dia...

Gambar: Setelah sedar gambarnya diambil beliau terus berposing manja...

Gambar: Blast... jgn tak blast...

Gambar: Layan lagu cover So... Lonely from Band Loudness

Gambar: Tengah feel tu...

Kami jam selama 2 jam pada hari tu... setelah selama satu jam kira praktis dan record rehearsal Waimi bawa kitaorang chill2 layan lagu rock kangkang. Apa lagi kami terus belasah lagu dari band loudness ngan beberapa cover song dari kumpulan Search. Setelah membelasah lagu2 rock kangkang dalam 1/2 jam kita balik praktis lagu baru. Senarai tajuk lagu baru pada hari tu ialah deathrobe, Turus Putih, dan satu belum ada tajuk lagi hehehehe. Nampaknya latihan hari tu semakin menampakkan tanda positif yang menandakan Band Manggas akan release stuff tak lama lagi hehehehe Bila? Ntah hanya drng yang tau... aku hanya stand by utk menerima arahan...

Gambar: LOL ... dah abis jamming ka? wakakakakaka

Sesi jamming kami pada hari tu seperti biasa diakhiri dengan majlis lepak pekena roti canai dan ais lemon teh sambil mengumpat heheeheheheh walaubagaimanapun, terima kasih kepada raem kerana belanja aku makan dan jamming pada hari tu.. kalau ada masa belanja la lagi hehehehe...Cheers...

Saturday, January 17, 2009

IKAN TALAPIA MASAK MERAH ROCK N ROLL


Gambar di atas hanya sekadar hiasan....

Ni adalah kenangan lunch aku yang disponsor oleh bos aku yang baik hati

Ok, baru la kita p kisah sebenar... Hari khamis yang lalu aku ngan bapa aku round2 kampung cari ikan... Musim tengkujuh ni harga ikan mahal dan yng paling menyakitkan hati ikannya tak fresh... So, kami cari alternative lain iaitu ikan air tawar. hahaha di sini la cerita ikan talapia akan bertukar menjadi makanan....






Hahahahaha ikan ni aku goreng asam jawa... ala simple jak... taruk garam, ajinomoto, asam jawa tunggu 10 minit then panas minyak dalam kuali pas tu campak ikan.. jadi la cam gambar ni hehehehehe
Yang ni masak merah, bahan2 aku guna bawang putih, bawang merah, halia sikit, cili kering, sos tomato, lada besar (utk hiasan), sikit garam dan ajinomoto, dan bawang besar. Ikan tu aku goreng kosong jak... pastu baru la buat kuahnya... but kuah nya? ala tumis bahan2 yang aku tulis tu tuang semua kacau then hambur bawang dan lada besar. Ha pastu baru la baling ikan kat dalam kuali kacau hingga rata.. then ini ikan di laut asam di darat. daam kuali akhirnya bertemu juga hahahahaha siapla ikan talapia masak merah aku hehehe

Thursday, January 15, 2009

JUARA - JUARA KEMBAR - JILID KEDUA

Semasa sekitar pertengahan tahun 1990 -an aku telah terjebak ke kancah perkomikkan. Masa tu aku masih sekolah lagi... Aku dgn beberapa orang kawan rapat dan di antaranya salah seorang band member aku yang enggan namanya disiarkan membuat satu persatuan di mana ahlinya di mestikan melanggan sekurang - kurangnya 2 tajuk komik Hong Kong yang terbit setiap dua minggu. Dengan bilangan ahlinya yang boleh dihitung dengan jari maka kami dapat mengumpulkan beberapa koleksi tajuk komik Hong Kong yang memang meletup macam Mawi pada masa tu. Di antara tajuk kesukaan aku ialah komik Juara - juara Kembar karya Ho Zhi Wen. Fuh masa tu kitaorg memang fanatik ngan pelukis komik Hong Kong yang bernama Tony Wong. Kira dia top abis la masa tu.. kebanyak komiknya mmg laris di pasaran. Juara - juara Kembar ni bagi yang tak pernah baca komik adalah mengisah ttg adik beradik kembar yang dipisahkan dari kecil dan di asuh supaya menjadi musuh apabila mereka besar kelak. Mengapa mereka diasuh macam tu? Hahahaha ini semuanya gara2 dua orang minah cantik yang kecewa kerana cinta mereka ditolak oleh bapa sikembar ni.. hahahahahah punya busuk hati... So, Overall, kisah komik ni adalah berkisarkan ttg kembar ni...




4 gambar di atas adalah di antara watak utama komik ini...

Kalau korang nak baca komik ni... klik pada image utk paparan yang lebih jelas...















Ok, Salah satu sebab mengapa aku buat entri ni adalah, ada suatu masa tu kalau tak silap aku di penhujung tahun 1999 or 2000 kat RTM 2 ada siarkan drama mandarin kalau tak silap aku ttg cerita dlm komik ni. Kira komik ni di terbitkan ke tv la cam citer X men... Tapi aku dah lupa tajuknya... So, aku minta la jasa baik para pembaca sekalian sapa - sapa yang ingat tajuknya tolonglah kasi tau aku pasal aku nak beli/copy or donlod drama ini... hahahahah so, jgn la segan2 kasitau k... Cayunk Korunk.... XoXoxOxOxO