Monday, February 9, 2009

MANGGAS JAMMING SESSION - VERSI BANJIR featuring TEMAN SIPEMANCING

Hujung minggu baru - baru ni aku sekali lagi di ajak oleh geng band Manggas untuk meneruskan sessi latihan lagu baru kami di studio kegemaran ramai iaitu studio Beaufort Rock City kepunyaan encik Blair yang rock n roll... Sessi latihan kami hari dijadualkan bermula pada jam 5 petang kerana menanti ketibaan Yang Berhormat En. Raem selaku drummer daripada Kota Kinabalu kerana menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.. hahahahah... mudahan la Raem... Amin... pada mulanya kami merancang untuk berlatih selama 2 jam namun hasrat tersebut terpaksa dibatalkan kerana kat area Beaufort pada masa tu sedang dilanda banjir sehinggakan beberapa jalan utama dan premis di tutup(nanti terkandas plak kami kat situ).. kat bawah ni adalah beberapa snap gambar yang diambil oleh photographer yang terkenal iaitu En. Raem (ic... dia lagi) dari dalam kereta En. Joad selaku pemandu berhemah pada hari itu. Sementara itu aku hanya terpegun kerana melihat air sungai yang melimpah... (ceh.. mcm tak pernah nampak banjir hahahah)...





Nasib baiklah jalan ke Studio en. Blair tidak ditenggelami air... hahahaha gambar dibawah ada permandangan dari belakang studio Beaufort Rock City... Sambil ambik gambar.. En. Blair sempat bercerita dgn kami tentang satu kes bunuh yang berlaku di bawah studionya yang mana telah mengorbankan seorang rakyat tempat. Yang paling gore.. dia bukan takat bercerita malah cukup dengan tayangan video 3GPnya yang mana merakamkan mayat mangsa sedang terbaring dengan aliran darah yang fuuuh ngeri jugak aku tengok... Mengikut cerita mangsa mati serta merta ditempat kejadian... Isk isk kenapalah orang di dunia ini semakin kejam...

Gambar kat bawah ni plak sengaja aku ambik kerana menurut en. Blair kat sini la kejadian bunuh tersebut berlaku.. aku tak pasti lot kedai yang mana satu tapi kalau tak silap aku ianya berlaku dekat ngan van kuning tu... Di harap pihak polis Daerah Beaufort dapat buka mata dan jangan asyik tido jak.. kalau tak silap aku ni kes yang ketiga telah berlaku dan belum dengar perkara ini sudah selasai... cis cis dan cis... sememangnya mereka cis!!!!

Ok lah tutup cerita Jenayah Membawa Padah... Kita berbalik kepada sessi latihan kami hehehehe hari tu Waimi agak lewat sikit datang tapi still ok la.. kami dapat tunggu sambil chill2 layan MTV kat kuanter studio.. sambil mengumpat haahahahahah.. Sampai jak Waimi kami terus masuk ke dalam studio... 

Kali ni Waimi bawa plak GT8nya hahaha hari tu dia tak nak pakai pasal dia belum setting lagi hahaha mungkin suda setting kot... manakala Joad plak tak nak pakai Zoom GFX nya... hahahaha mungkin dia belum setting la juga tu aparraaa...


Hehehe Raem pun minggu ni tak cakap banyak masuk studio terus pasang double pedalnya dan pasang cymbal2nya hahaha nasib dia punya snare belum sampai hehehehehe tapi siap jak dia pasang memasang ni kami teruskan praktiskan lagu TURUS PUTIH yang mana telah menjalani perubahan besar di dalam kompisi dan chord progressionnya... heheheh korang tau mau 45 minit ulang2 lagu ni tapi macam masih weak lagi dan rasa next session lagu ni perlu diberi tumpuan yang lebih. 

setelah 45 minit mengerjakan lagu TURUS PUTIH tu ... kita orang hentam plak ngan lagu baru yang lain macam lagu Deathrobe, satu lagu belum bertajuk.. hehehehe last2 masa pun dah nak tamat.. diakhir sesi tu kami main lagu cover la pulak. Cover song lagu dari kumpulan rock tersohor dari Malaysia iaitu kumpulan Search.. dengan membawa lagu Langit Dan Bumi aku menjadi vocalist jemputan pada hari itu hahahahaha.. Merdu ka suara aku ni? Tapi lepas jamming aku tengok langit semakin mendung.. isk isk isk isk...

Kenapa dressing aku minggu ni lain semacam? Hahahahaha sebenarnya sebelum aku pi jamming aku ngan geng2 Rakan Muda Rekreasi aku sedang asyik memancing udang galah kat sungai.. hahahah sekarang ni musim udah galah fuhh besar2 wah cakap lu tak caya tengok salah seekor hasil tangkapan aku dihari yang sebelumnya. pada gambar di bawah hheheheheheh... Sememang aku bassist yang menjadi teman kepada sipemancing...

Friday, February 6, 2009

MUTIARA YANG HILANG

Selama ini aku mati2 menyangka bahawa kedua kaset Megadeth aku yg terpapar kat gambar di atas telah hilang ataupun sudah selamat dirip off oleh teman - temanku. Namun agak terkejut apabila aku terjumpa masterpiece ini kat dalam almari lama di rumahku. Hahahaha memang suprise la hahahahah pasal band Megadeth ni adalah salah satu band kegemaranku. Sebenarnya kedua album ni bukanlan koleksi Megadeth terawalku... Ianya hanya dibeli serentak selepas aku beli dan dengar album Rust In Peace di sekitar hujung tahun 1993. Tak sangka kaset ni dibeli bersama, hilang bersama, dan akhirnya ditemui bersama. Sememangnya jikalau ada jodohianya takkan ke mana heheheheh.
Di antara dua kaset ni album So Far So Good So What adalahyang palibng special. Kenapa ianya special? Hahahahahah ia spesel pasal kaset ni ada manufacturing default... hahaha apa faulty dia? Hehehehe... tak tau la kalau anda juga mengalami nasib yang sama akan tetapi kat kaset ni time part lagu last di side B iaitu lagu Hook In Mouth hanya ada separuh... hahahaha... mula2 aku ingat kena sensor tapi dgr kaset lain album yang sama tak pula sekerat jalan..heheheh memang angin jugak la masa tu.. rasa macam kena tipu pasal kaset tu tak main abis lagu... Macam cetak rompak plak... hehehehe
Walaubagaimanapun, aku mengambil tindakan positif yang mana aku menganggap kaset aku ni limited edition hehehehe kira rare item la hehehehe.. bukan sumer org dapat kaset camni,lalu aku mengambil keputusan untuk terus menyimpan kaset ini sebagai koleksi peribadiku... Akhirnya seperti yang anda lihat kat dalam gambar di atas, kaset ni masih steady lagi dan soundnya masih tip top... so, apa lagi.. jom layan!!!

Thursday, February 5, 2009

BURGER KING MEMBAKUT

Gambar: Sekadar Hiasan (Riak SLRwi)

Salah satu sebab untuk datang ke tempat aku adalah kat sini ada jual burger besar pinggan yang best. Hahahaha rata2 org kat sini mmg familiar la ngan burger kult ni. Didatangkan dengan dua perisa iaitu perisa daging dan perisa ayam.. sesuai di makan semasa lapar ataupun sedang menonton sinetron kat astro prima. Jika anda seorang yang tidak kuat makan.. itu bukanlah halangan untuk anda memilikinya. Burger ni juga boleh di makan secara berkumpulan menandakan semangat setiakawan anda bersama rakan - rakan. Untuk menyenangkan anda untuk melahap burger tersebut.. En. Jas selaku tuan punya gerai sedia memotongkan burger anda kepada beberapa bahagian. Hehehehe yang paling best kita le request extra mayonis hhehehehehehe. Bagi mat - mat metal plak burger ni adalah sangat sesuai dimakan semasa menonton konsert band Dimmu Borgir... sambil minum air berkarbonat F&N berperisa strawberi.

Gambar: Nilah Burger Besar tu...

Korang pasti tertanya - tanya berapakah harga burger ni? Hehehehe harga semasa burger ini adalah dalam RM 4.50 sebijik dan sebenarnya jika anda jenis kera sumbang yang tiada kawan dan tidak mampu untuk menghabiskan burger besar ni.. hahaha anda boleh mencuba burger en. Jas yang berskala atau bersaiz biasa.. Rasanya sama cuma saiznya berbeza... Jadi anda tidak perlu risau kerana anda tidak akan membazirkan burger besar tersebut kerana anda hanya perlu mengorder burger bersaiza kecil yang standard dengan harga biasa bagi pasaran burger tempatan...

Gambar: Lokasi Gerai En. Jas Taukeh burger besar

Kalau korang nak tau kat mana letaknya gerai en. Jas ini... hahaha ianya terletak di pekan Baru Membakut. Korang nampak gerai atap uning tu? hahaha itulah gerai en. Jas.. errrmmm kenapa sunyi jak takde org? hahahaha masa gambar ni diambil.. gerai tu belum buka.. drg buka waktu petang dalam sekitar jam 4ptg hingga la ke lewat tengah malam.. hehehehe memang meriah gerai ni pada waktu malam... seat dia pun selalu full house.. makannya yang lain selain burger pun kira sempoi. Cukup untuk memberahikan nafsu anda yang lapar.... tak caya p la cuba. Bagi mat - mat metal yang lepas tengok konsert dimmu borgir sila tanggalkan spike dan make up anda sebelum berkunjung ke gerai tersebut.. di khuatiri penampilan anda akan mengejutkan dan sekaligus menakutkan pengunjung yang meminati irama rock balada dan irama Malaysia.