Hujung minggu baru - baru ni aku sekali lagi di ajak oleh geng band Manggas untuk meneruskan sessi latihan lagu baru kami di studio kegemaran ramai iaitu studio Beaufort Rock City kepunyaan encik Blair yang rock n roll... Sessi latihan kami hari dijadualkan bermula pada jam 5 petang kerana menanti ketibaan Yang Berhormat En. Raem selaku drummer daripada Kota Kinabalu kerana menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.. hahahahah... mudahan la Raem... Amin... pada mulanya kami merancang untuk berlatih selama 2 jam namun hasrat tersebut terpaksa dibatalkan kerana kat area Beaufort pada masa tu sedang dilanda banjir sehinggakan beberapa jalan utama dan premis di tutup(nanti terkandas plak kami kat situ).. kat bawah ni adalah beberapa snap gambar yang diambil oleh photographer yang terkenal iaitu En. Raem (ic... dia lagi) dari dalam kereta En. Joad selaku pemandu berhemah pada hari itu. Sementara itu aku hanya terpegun kerana melihat air sungai yang melimpah... (ceh.. mcm tak pernah nampak banjir hahahah)...
Nasib baiklah jalan ke Studio en. Blair tidak ditenggelami air... hahahaha gambar dibawah ada permandangan dari belakang studio Beaufort Rock City... Sambil ambik gambar.. En. Blair sempat bercerita dgn kami tentang satu kes bunuh yang berlaku di bawah studionya yang mana telah mengorbankan seorang rakyat tempat. Yang paling gore.. dia bukan takat bercerita malah cukup dengan tayangan video 3GPnya yang mana merakamkan mayat mangsa sedang terbaring dengan aliran darah yang fuuuh ngeri jugak aku tengok... Mengikut cerita mangsa mati serta merta ditempat kejadian... Isk isk kenapalah orang di dunia ini semakin kejam...
Gambar kat bawah ni plak sengaja aku ambik kerana menurut en. Blair kat sini la kejadian bunuh tersebut berlaku.. aku tak pasti lot kedai yang mana satu tapi kalau tak silap aku ianya berlaku dekat ngan van kuning tu... Di harap pihak polis Daerah Beaufort dapat buka mata dan jangan asyik tido jak.. kalau tak silap aku ni kes yang ketiga telah berlaku dan belum dengar perkara ini sudah selasai... cis cis dan cis... sememangnya mereka cis!!!!
Ok lah tutup cerita Jenayah Membawa Padah... Kita berbalik kepada sessi latihan kami hehehehe hari tu Waimi agak lewat sikit datang tapi still ok la.. kami dapat tunggu sambil chill2 layan MTV kat kuanter studio.. sambil mengumpat haahahahahah.. Sampai jak Waimi kami terus masuk ke dalam studio...
Kali ni Waimi bawa plak GT8nya hahaha hari tu dia tak nak pakai pasal dia belum setting lagi hahaha mungkin suda setting kot... manakala Joad plak tak nak pakai Zoom GFX nya... hahahaha mungkin dia belum setting la juga tu aparraaa...
Hehehe Raem pun minggu ni tak cakap banyak masuk studio terus pasang double pedalnya dan pasang cymbal2nya hahaha nasib dia punya snare belum sampai hehehehehe tapi siap jak dia pasang memasang ni kami teruskan praktiskan lagu TURUS PUTIH yang mana telah menjalani perubahan besar di dalam kompisi dan chord progressionnya... heheheh korang tau mau 45 minit ulang2 lagu ni tapi macam masih weak lagi dan rasa next session lagu ni perlu diberi tumpuan yang lebih.
setelah 45 minit mengerjakan lagu TURUS PUTIH tu ... kita orang hentam plak ngan lagu baru yang lain macam lagu Deathrobe, satu lagu belum bertajuk.. hehehehe last2 masa pun dah nak tamat.. diakhir sesi tu kami main lagu cover la pulak. Cover song lagu dari kumpulan rock tersohor dari Malaysia iaitu kumpulan Search.. dengan membawa lagu Langit Dan Bumi aku menjadi vocalist jemputan pada hari itu hahahahaha.. Merdu ka suara aku ni? Tapi lepas jamming aku tengok langit semakin mendung.. isk isk isk isk...
Kenapa dressing aku minggu ni lain semacam? Hahahahaha sebenarnya sebelum aku pi jamming aku ngan geng2 Rakan Muda Rekreasi aku sedang asyik memancing udang galah kat sungai.. hahahah sekarang ni musim udah galah fuhh besar2 wah cakap lu tak caya tengok salah seekor hasil tangkapan aku dihari yang sebelumnya. pada gambar di bawah hheheheheheh... Sememang aku bassist yang menjadi teman kepada sipemancing...
1 comment:
haus harbatus bah..
Post a Comment