Ok ni adalah sambungan entri aku yang sebelumnya berkenaan dgn wayang Dragonballs Evolution. Aku dah tengok dah movie ni kat GSC 1Borneo Kota Kinabalu. Aku tak tahu di mana aku nak mulakan review aku ni. Ini adalah akibat daripada perasaan dan pendapat aku yang bercampur baur.
Oklah aku nak mulakan daripada kekecewaan aku terhadap movie ni... Seperti entri yang sebelumnya aku mmg sudah awal2 lagi merasa kecewa dan terus terang masa kat dlm panggung tu aku lebih teruja dgn trailer wayang Transformers: Revenge. Ok watak2 yang penting seperti Krilin, Oolong, & Puer takder dlm wayang ni!!! Mungkin pembuat movie lupa kot ttg kewujudan watak ni ataupun dia sendiri tak pernah baca manga or tengok anime Dragonballs ni. Memang ceritanya tidak sama!!! Kalau dalam anime (season pertama) Goku adalah seorang budak kampung yang naive dan tak tahu apa2 melainkan seni mempertahankan diri disamping mempertahankan Dragonballs yang diwarisi daripada datuknya Gohan!!! Akan tetapi berbeza ngan dalam wayang, Goku adalah seorang remaja High School yang pemalu dan nervous kalau berckp dgn perampuan (cis ... setahu aku Goku ni bukannya seorang pemalu... kalau dalam manga or anime dia ni sorang yang happy go lucky!!! 0.0). Selain daripada tu dia juga seorang yang selalu dibuli semasa berada di sekolah. Memang lari dah ceritanya.. Goku setahu aku tak pernah pigi sekolah la. Pastu ekornya tiada dan yang ganjil ekor takde dia masih boleh menjelma jadi Raksasa King Kong hahahahah. Kalau Bezita tau Goku boleh menjelma tanpa ekornya mesti dia akan rasa cemburu!!!
Selain daripada tu, watak orang tua kat Dragonballs ni sepatutnya gatal2 belaka... tapi berbeza ngan wayang ni... watak org tua tak cukup gatal utk diperkatakan.. kalau setakat jumpa buku adult kat dalam peti tu rasanya belum layak dipanggil gatal. Seperti Muten Roshi... org tua ni kalau kat dalam komik dia punya gatal mmg kaw kaw... pantang ada peluang mesti tak dilepaskan. Tapi ianya berbeza ngan dalm movie ni... kegatalan Muten Roshi hanya ala kadar sahaja. Mungkin Chow Yun Fatt malu kot nak lakon watak sebagai orang tua gatal... Apa yang paling aku kecewa takde kulit kura - kura kat belakangnya!!!
Walaubagaimanapun, aku masih mengambil langkah positif utk memuji wayang ni... Korang pernah tengok cerita Romeo & Juliet lakonan Leonardo DiCaprio? Hahahahah peminat karya Romeo & Juliet pasti agak konpius sikit pasal kalau dalam pementasan Dramanya ceritanya pakai pedang tapi kali kena buat movie pakai pistol la plak. Patutla tajuk wayang Dragonballs ni Dragonballs Evolution!!! Rasanya inilah klue yang diberikan oleh Stephen Chow kepada para penonton semasa menonton wayang terbitannya.. Yeah mmg ceritanya sudah berevolusi.
Jamie Chung yang membawa watak Chi Chi, hahaha mmg lawa la awek ni heheheh dalam Dragonballs Evolution Chi Chi dan Goku adalah rakan sekelas (Goku tangkap cintan ngan dia ni!!!) padahal kalau dalam Manga ataupun Anime Chi Chi la yang tangkap cintan ngan Goku... Apabila diajak kawin Goku selamber jak setuju kerana masa tu Goku ingat kawin ini adalah sesuatu yang boleh di makan.. hahahaha kan dia ni pelahap kalau makan (org saiya mmg kuat makan)... Adegan kuat makan ni juga takde melainkan scene masa Goku makan ayam sebelum bertemu dengan cikgu Roshi!!!
Watak penjahat Picolo fuh.. mmg cun la dalam wayang ni... selain daripada tu kapal yang di guna kan picolo mmg di design mcm dalam anime punya (kapal yang digunakan oleh Raja Pilaf kalau tak silap aku....) Memang kaw - kaw dia punya ganas!!! kena ngan watak kat dalam manga dan anime!!! Cuma pakaian dia jak aku tak berapa berkenan... Kalau kat dalam manga dan anime si picolo ni kalau putus badan ker tangan ker dia boleh tumbuh balik tapi kat movie ni takder plak camtu... Dan awek cun yang jadi pembantu picolo dalam movie ni ntah dari mana datangnya... Setau aku takder plak watak ni dalam manga or anime!!! (betul ker?) isk watak ada di tiadakan dan watak tiada diadakan. Juga aku tak puas scene goku dan picolo berlawan.. tak puas la!!! macam sekejap jak goku kasi tewas si picolo... Kan masa tu Picolo ni adalah musuh Goku yang paling kuat.. tapi dalam wayang macam ibarat part Goku lawan Raditz seblum menentang si Berzita pada cerita asalnya...
Walaubagaimanapun, aku rasa wayang Dragonballs Evolution ni adalah satu evolusi yang baik.. sebenarnya berbeza daripada pendapat aku pada entri yang sebelumnya!!! Aku enjoy juga tengok movie ini biarpun ada kekecewaan yang timbul!!! It still a good movie... Saranan aku kepada sesapa yang belum tengok movie ni sila abaikan pengetahuan anda pasal Dragonballs. Jgn kaitkan apa yang anda telah baca pada manga dan apa yang anda telah tonton pada anime dgn movie ni... Dah evolusi la katakan sememangnya ia akan berbeza daripada versi yang asal... kepada para pembaca.. pilihan di tangan anda!!! Ianya masih berbaloi untuk dilihat kat pawagam tapi bagi aku wayang ni hanya layak untuk di tonton sekali jak... kalau dua kali jadi boring la!!! Cheers.. Selamat ber KAME HAME HA (huh ...)