Monday, April 13, 2009

THE FAST AND THE FURIOUS 4: SIMPLE YANG SEMPOI

Hujung minggu baru2 ni barulah aku ada keluangan untuk p ke panggung wayang. Kali ni aku hanya sempat tengok satu movie jer... citer jackie Chan tu kira nak tengok but sayang tak sempat.. hehehe so ..tutup citer Jackie Chan. Nw kita citer pasal wayang PANTAS & GARANG 4 (ikut terjemaahan kat panggung). Part ke empat wayang ni menampilkan semula pelakon utama part pertama di mana iannya watak DOM, BRIAN, dan MIA...

Kisah berkisar semasa DOM yang di dalam pelarian beliau daripada ditangkap polis. Semasa dalam pelariannya DOM masih melakukan kerjanya merompak lori.. berbeza ngan di US dia yang melarikan diri ke Mexico merompak lori Minyak plak. Dia kata kat situ minyak tu macam emas isk mahal sgt la minyak kat sana... ntah aku tak pernah p sana. kat sini ada watak HAN (THE FAST & FURIOUS: TOKYO DRIFT) keluar. Rupa2nya HAN adalah partner si DOM sebelum HAN membawa haluannya sendiri ke Jepun untuk jadi kaki drift kat sana.

Job terakhir DOM & Teamnya ialah kat mana proses rompakkan tu agak messy hingga menarik perhatian polis dan pihak penguasa tempatan... Untuk mengelakkan dirinya ditangkap DOM mengambil keputusan utk membubarkan geng rompaknya kerana bimbang atas sebab dirinya yang wanted rakan2 yang lain akan turut di timpa musibah. Beliau bercadang utk meninggalkan mereka termasuklah girlfriendnya LETTY (aweknya ini juga termasuk dlm teamnya). Mmg la si Letty ni sedih sangat... isk apa nak buat kan DOM ni mmg keras kepala.. sedang satu2nya adik pompuannya pun di tinggalkan nikan plak aweknya isk isk isk... beliau melarikan di ke Panama!!!

Semasa kat Panama Dom menerima satu panggilan yang mengatakan bahawa LETTY telah mati dibunuh. Atas sebab ni la kenapa si DOM kembali p US untuk menjejaki pembunuh aweknya itu. Masa ni la dia terjumpa balik ngan si BRIAN FBI menyamar yang juga ex Boifren adiknya MIA. Si DOM telha dikenal pasti telah kembali ke US sehingga menyebabkan FBI menahan MIA untuk membuat siasatan. Hehehe nasib ada si BRIAN ni terus dia lepaskan MIA hehehe maklumlah awek lama la katakan... Tindakan BRIAN ni telah menyebabkan kemarahan rakan FBInya yang mengendalikan kes tersebut dan kemarahan itu berakhir dgn si rakan tu cedera di hidung dan muka akibat dihempaskan oleh BRIAN yang sedang panas hati...

Dipendekkan cerita dlm citer ni BRIAN & DOM berganding bahu lagi walaupun pada mulanya si DOM rasa tidak senang hati dengan perkara ni. Aku taknak la cerita secara detail tentang ceritanya korang p la panggung tengok.. nanti cerita semua tak syok plak korang nak tengokkan? Tak suprise plak jadinya. 

Walaubagaimanapun, secara peribadi aku suka cerita PANTAS & GARANG 4 ni walaupun durasinya hanya 1 jam 50 minit wayang ni jalan ceritanya agak sempoi walaupun ianya dibuat dengan simple. Simple2 dia pun jgn juga korang pikir tak baik.. fuh action packnya cukup utk buat korang kagum (hehehe sekurang2nya aku kagum la) penggunaan teknologi juga tidak ketinggalan di dalam penghasilan wayang ni.. heheheh kali ni drg pandu la sambil tengok gps plak hehehehehe... Cun la cerita ni... Cuma aku kecewa ngan kualiti panggung yang aku p.. aku p panggung wayang kat Center point Sabah.. panggung Growball p masuk cinema 6... panas la macam takde air con.. kenapa ntah.. air con drg rosak kot.. then ada satu mamat yang layan tidor nyenyak berdengkur kat sebelah aku sambil sikunya yang masuk kawasan.. potong stim betul la... mamat tu pun kalau nak tidor p la balik rumah... jgn la p tengok wayang.. cis bedebah!!! hahaha jgn risau cerita wayang tak terjejas!!! Aku masih puas hati.. Cheers!!!

Thursday, April 9, 2009

PORTAL HIBURAN YANG PENCILOK

Baru2 ni kawan kawan cyber aku merungut akan hasil kerja mereka dicilok oleh website hiburan ternama tanahair. Kengkawan aku ni kira geng photographer yang bergiat aktif disekitar negeri Sabah... mereka yang aku maksudkan ada en. Gidong & En. Benny Liew. Aku selalu masuk ke dalam blog mereka untuk menikmati hasil kerja mereka... mungkin en. gidong ni org baru tapi potensinya mmg tampak sejak dia memilik senjata nikonnya hahaha tahniah bro... En. Benny ni plak sapa yang tak tau.. hehehehe mmg fames juga di kalangan photobloggers dgn hasil kerjanya superb!!! 

Aku mmg berbulu ngan pencilok - pencilok yang tak tau malu.. dah la ambik hasil kerja org lain pastu dgn konfiden drg kasi tukar itu watermark p nama drg.. kunun drg punya photographer yang bikin... cis!!! pigi birak la!!!! dah pencuri.. penipu.. dari pengamatan aku rakan aku yang terbabit bukanlah demand nak minta bayar ke apa ker walaupun website or portal hiburan tu menjana duit dari penghasilan website rompakan yang tak bermaruah... 

sebenarnya, sebelum ni bukan member 2 org ni yang terkena ada lagi member yang kena seperti en Awang. Hahahaha tu lagi teruk hasil kerjanya jadi cover cd hahahaha. 

So, kepada org2 yang suka mencilok tu sila hentikan kegiatan anda yang tidak bermoral itu.. org dapat tau malu weiii..... sebaiknya korang minta la kebenaran dari tuan empunya gambar.. kalau takde reply kasi link ker or watermark tu jgn remove... ni selamber jer korang kasi remove... aku tau kalau si pemilik tu tak tau mesti korang tak kelam kabut minta maaf dan dgn selamba taik jak korang mengaku tu hasil kerja korang... korang tak tau ker proses editting gambar2 tu bikin berpeluh ketiak tuan empunya gambar? bagi portal2 hiburan yang besar2 tu... jgn la lokek.. kasi la duit sikit hasil daripada kerja mereka2 ni.. mana tau ada gambar best lagi tak mustahil drg lagi yang kontek korang nak share.. sapa tau kan? setiap titik peluh itu pasti ada harganya... pelacur pun kena bayar mahal inkan pula... 

Di sini aku nak list kan senarai web dan portal yang suka mencilok:

BEAUTIFULNARA - SINI

MY TALENTO.COM - SINI

OHBULAN - SINI & DI SINI

di fahamkan mereka dah minta maaf aku tak tau la ikhlas ker tidak... hentikanlah tabiat pencilok anda!!! namun masih ada bajingan yang menyokong sipencilok durjana ni seperti komen yang aku  petik dari portal pencilok:

+Jairo
  8 April, 2009, 14:06
  hahahahaha korang ni tau rembat hasil kerja orang lain jer!!!! fvck!@!!

-Ahli Mesyuarat Tingkap Reply:
 April 8th, 2009 at 2:19 pm
 Ape yg ko x puas hati lg ni….kang M dh xplen. & ngaku salah……Buat blog sndri la  wei……….siput sedut btul la….  <--- WOOOII ANAK ANJING AKU DAH ADA BLOG LA... DASAR PENYAMUN TARBUS!!!!

+Inspector Conan Reply:
  April 8th, 2009 at 2:27 pm
  Dah la tu woi..sian M..dia tak sengaja ar…

p/s: aku biasa juga cilok gambar org dari google tapi takla sampai aku padam watermark drg then tukar ngan aku punya malu aku eeehhhh...

Wednesday, April 8, 2009

DRAGONBALLS: 3 BOX SETS DVD COLLECTION + LIMITED EDITION ACTION FIGURE

Hahahaha akhirnya benda yang aku order sudah selamat sampai ke tangan aku... Thanx to Crystal taukeh kedai yang comel tapi bermuka serius. Aku order lama dah 1st order aku kena rembat org gara - gara tak letak deposit... isk then selepas tu aku tanpa segan silu kasi deposit kat kat kedai tu.. hehehe lantas diorderkan sekali lagi. Walaubagaimanapun ada 1 berita baik dan satu berita buruk dtg ngan order aku ni. Berita baiknya harga box set lebih murah.. dekat RM 100 bezanya ngan boxset yang aku order sebelumnya. Tapi berita buruknya itu packaging tarak cantik la... tak macam package box set yang memula aku order... kalau tak caya cuba korang tengok tengok gambar kat atas isk isk isk... kalau box set asal box set dia mmg cun!!! Tapi itu Crystal hah pandai pujuk sama aku... "Tapi bos u jgn risau la itu action figure limited punya still included" ceh kena ayat plak aku ... oleh kerana harga jauh lebih murah then aku rembat jer lah.

Korang tengok cun tak action figurenya? heheheheh walaupun aku ni bukan pengumpul action2 figure tapi aku bangga juga la ada benda ni hehehehe kalau nak kumpul ada 12 action figure semuanya tapi aku hanya dapat 4 (mmg setiap boxset ada free 4 biji limited edition action figure) Aku punya ni action figure yang ke 9 hingga ke 11. Kualiti movie dalam box set dlm tahap puas hati... tak super saiya punya level tapi kisah cukup utk memuaskan hati anda... sama kualiti ngan box set Master Cooking Boy aku hehehehe... cun dan layan!!!!

Aku belek - belek kotak action figurenya semua tulisan jepun... Ada sikit la perkataan English.. salah satunya ialah Action figure ini hanya utk japan market sahaja... isk... biar betul? kalau japan market sahaja napa boleh sampai sini... Seludup ker cetak rompak? isk aku tak tau.. ada sesapa master dlm bidang ni? please info aku.

SON GOKU

FRIEZA

PICOLLO

TRUNKS

Ni set masa Goku kecil

Ni masa goku dewasa dan part ni la yang paling aku suka!!!!

Ni kira drg punya overtime drama hahahah Goku jadi kecil gara2 Raja Pilaf.. then dia dalam misinya nak kembalikan badannya yang dewasa... hehehehehe aku tak berapa suka Dragonball GT.

aku belum layan abis boxset... Dragonballs Z baru jer di DVD yang pertama heheheh banyak lagi nak abis hehehehe .... chow... sekian dulu kisah dragonnballs dari aku... Cheers!!!