Friday, May 1, 2009

SELAMAT HARI BURUH

Hahahahahah cuti plak hari ni.. So, aku malas nak memnyemakkan fikiran korang dgn entri2 aku yang mengarut.. apa2 pun manfaatkan la cuti ini dgn aktiviti - aktivi yang berfaedah or luangkan bersama dgn keluarga anda... cheers... hujung minggu ni aku nak jumpa awek la hahahahahahah pastu nak p jamming ngan band aku Mi Scusi.

Selain tu aku nak dedicatekan lagu SEX PISTOL yang bertajuk HOLIDAY IN THE SUN utk korang... hehehe sempena musim cuti rasanya ngam la lagu ni utk korang... utk en. wanwarlock.. hahaha aku belum dapat kasi postkan lagu die.. die my darling utk kau.. hahaha takut org ckp kita ada hubungan sulit plak.. apa2 hal pun cheers mate...!!!!

Thursday, April 30, 2009

TOP TEN SONGS LIST YANG KITA ORANG COVER MASA JAMMING...

Dimasa permulaan munculnya band aku di sekitar tahun 1996, aku ngan kawan2 masa tu selalu jamming dihujung minggu... benda ni melarat sehingga tahun 1997 yang mana aku masuk kat ITM Sabah... masa tu la jejak permulaan penubuhan band Mi Scusi aku ni. Dulu sebelum guna nama Mi Scusi kita orang pakai nama Hysteria... Aku nak share ngan korang top ten song list yang kita orang wajib cover kalau perform or jamming... carta ni dari nombor sepuluh hinggalah yang pertama... rasanya lagu2 ni masih di cover (kalau berkesempatan) dalam mana2 sessi latihan or performance Mi Scusi... adakah antara lagu tu yang korang sukai?
10. Tajuk: Have Your Ever Seen The Rain
Artist: CCR (tapi kita orang selalu cover versi Ramones)
09. Tajuk:Liza & Louise
Artist: NOFX
(lagu ni best tapi tak jadi top 5 pasal aku tak berapa suka nyanyi lagu ni aku rasa mcm susah heheheh... suka dgr jak)
08. Tajuk: Listed M.I.A
Artist: Rancid
(lagu ni selalu aku jer yang buat silap.. heheh semput aku nak nyanyi.. plus english aku yang tunggang langgang.. bantai la bukannya aku nak ikut akademi pantatsia)
07. Tajuk: Runaway
Artist: Del Shanon
(ntah napa cover lagu ni.. sebelum The Pilgrims kuar lagu cover ni aku dah minat lagu ni... mmg cita rasa aku lagu2 oldies kot heheheh)
(live version)
(video clips version)
06. Tajuk: Ruby Soho
Artist: Ruby Soho
(hahahaha mmg taraf lagu wajib ni... sampai dua tiga kali main masa jamming.. all time fav)
05. Tajuk: Roots Radical
artist: Rancid
(ni jgn ckp la... cuma ngan genarasi kedua line mi scusi ni tak pernah cover walaupun semua line up dia sukakan lagu ni.. errmm tak tau la napa tak cover... mungkin pasal kami dah byk lagu sendiri kot...)
04. Tajuk: Journey to the End of the East Bay
Artist: Rancid
03. Tajuk: Angelfuck
Artist: The Misfits
(lagu ni sampai sekarang masih kita orang cover since 1996 till now... tak kira la masa jamming ker masa live.. kira mmg ada di cover punyer)
02. Tajuk: Some Kinda Hate
Artist: The Misfits
(lagu ni lagu wajib kita orang kalau buat warm up masa jamming ataupun masa sound check kat stage... juga di cover since 1996 & kami tak pernah bosan ngan lagu ni)
01. Tajuk: Astro Zombies
Artist: The Misfits
(all time favorite... sebelum tido pun dgr lagu ni hahahahahaha... lagu misfits yang pertama kita orang cover di sepanjang hayat band ni ditubuhkan.. jugakbermakna lagu misfits yang paling lama berada dalam playlist kita orang... sehingga kini juga jadi lagu kegilaan kami di pentas... begitu juga dgn crowd yang tengok show kami!!!!)
Baiklah sekian, terima kasih... itu saja utk hari ini...
p/s: video kat bawah ni.. Astro Zombies versi My Chemical Romance... Dedicated utk kawan mat emo aku Faust, Latios, Bijak Sinner, Lutfie, & En. Catas... korang layan la lagu ni sambil kelar lengan...
------------------------------------------------------
manakala lagu yang aku suka secara personal tapi tak gemar nak di cover oleh band member yang lain.... tak tau kenapa... lagu ni tak best kot?
lagu ni tajuknya SILLY THING dinyanyikan oleh kumpulan SEX PISTOL... kali terakhir cover lagu ni dalam tahun 2003 kot.. tak ingat dah lama tak main.. isk isk isk tapi aku masih ingat lagu ni sampai sekarang.

Wednesday, April 29, 2009

ADIK CAMELIA? HUH!!!!

Sebenarnya aku dapat gambar2 ni dari email seorang rakan yang suka memfoward email yang penuh dgn attachement yang ntah hapa2 ntah... gambar org putus tangan la, budak lahir cacat la.. org kena ragut la dan macam2 lagi la... kekadang tension juga aku ngan email yang di fowardkan tu kerana buat semak mail bok aku jer... tapi aku tak spam la kat dia.. pasal kekadang ada juga msg yang dia fowardkan tu berguna... heheheh salah satunya hehehe gambar2 ni.. ntah dari manalah dia dapat... mungkin dari laman web social networking kot hahahaha mmg hidup kita skrng sudah tiada privacy!!!! Kepada tuan punya gambar jangan lah meracau macam kena santau bila nampak gambar anda di siarkan... hahah berani buat berani tanggung... jgn la ngko nak meroyan nak saman sana saman sini hahahaha jaga dulu diri tu... dah tau sendiri tu ada kena mengena ngan org2 yang berprofile tinggi so, jaga2 lah heheheh org semua peratikan kita... itulah hakikatnya.

Bagi aku gambar2 kat attachment tu tak der la gempak sangat... ala gambar g party jer.. macam kata KAHUNA dalam entrinya yang bertajuk "Wah Paris Hilton La Ko Niii" yang menceritakan sorang minah yang bangga menyiarkan gambar2 party tunggang langgang dia kat profile di laman web social networking ni bagi memperlihatkan bertapa indahnya hidup kita seharian. Hahahaha aku bukannya alim sangat.. mungkin sesapa yang kenal rapat ngan aku mungkin akan tergelak besar bila aku menyatakan diri aku ni seorang yang alim... (walhal aku pun ikut tertawa di dalam hati). Dengan itu, kita kena terima hakikat.. yang yang kita rasa cantik tak semestinya cantik pada pandangan orang lain. Itu kita patut boleh pikir sendiri.

Ala gambar takder apa2 kita orang duduk saja pun nak kecoh.. hehehe aku sokong statement tu.. statement sapa? hahaha itu aku pun tak tau. Tak sapa nak larang.. itu hal kita la nak buat apa. Tapi benda ni akan jadi sesuatu yang BOOM kalau kita ni sorang yang mempunyai reputasi. Betul tak kata aku?

Lepas mandi2 kat pantai kita orang tangkap gambar jer utk kenang - kenangan... aku mmg faham situasi ini.. takder hal.. tapi tahukah anda.. satu gambar boleh buat seribu satu cerita tau... apa lagi kalau cerita tu dibuat oleh wartawan majalah gosip murahan yang nak kasi laku majalah lucah mereka!!! Cis.. aku mmg anti dgn golongan tu!!!

Cantik apa gambar kitaorang...  Seksi? isk mana ader seksi...

errr...

Minuman tu kawan I yang punya.. I tolong pegang pasal dia tolong snapkan gambar kita orang tengah party... hehehe tidakkah anda rasa jawapan tu tipikal ntah berapa orang celebreti yang dah guna... so, sila sediakan jawapan yang lebih bernas dan relevan.. jangan nak jawab no komen hahahah nanti orang buat spekulasi plak... tak pun ikut stail memey suhaiza selepas merampas Norman dari tangan Abby abadi dan terus gol terus sembunyi kat rumah.... hahahahaha

Ni pun kawan I punya.. I cuma tolong tonggang jak.. ala nak main2 pun tak leh ker... Hehehe sebenarnya botol carlsberg tu botol hiasan utk tujuan promosi yang di letakkan di bar mana disko yang korang lawati. takder isi... tapi tak semua orang tau perkara ni. So, ko sediakan la jawapan yang bakal diajukan oleh wartawan (terutamanya wartawan melodi) hahahahahahahahahahahahah.... Krew Melodi apa lagi.. start ur engine... vroooooooooooooommmmmmmmmmmm korang pasti suka benda2 macam ni kan? Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi!!!! layan... zassss!!!!

p/s:

1. betulkah gambar ni gambar adik Camelia?

2. Tujuan entri ni adalah utk peringatan kepada korang semua .. jgn la upload gambar2 tak senonoh korang kat internet... nanti menyesal kemudia takder gunanya beb....

fbadcode-Q_GkBQFjNa-zY4t5NHJpj9WOth9XMXpnOiZWJrrZwWqgn4N_IDvmiJ_xJLL35BeEQ_M