Monday, September 8, 2008

KISAH TEMAN SIPEMANCING

Perhatian aku tak terlibat di dalam operasi penangkapan ikan haruan ini, ianya di simpan di sini hanya atas tujuan ilustrasi sahaja. wakakakakakakakakakaka.

Sejak kebelakangan ni, aku sering ketandusan idea untuk menulis ataupun mencipta lagu untuk stuff band kesayangan aku Mi Scusi . Di sini aku mula terjebak ke dalam satu kancah ketagihan yang terbaru iaitu memancing. Ini semuanya gara - gara perasaan bengang dan boring aku yang tak dapat di bendung sehinggakan aku join lepak ngan kengkawan aku sekampung (selalunya aku berkurung di rumah lepak ngan gitar dan komputer aku). Untuk pengetahuan ngkorang kengkawan aku ni mmg kaki pancing ikan air tawar. Pantang ada masa lapang gerenti dorang pi memancing punyer... Spot kegemaran dorang untuk aktiviti ini ialah kat kawasan tanah perkuburan orang Islam kat kampung aku.... (kat sana ada satu batang sungai yang banyak udang).  
Gambar kat atas tu adalah first catch aku guna pancing sendiri... Pancing Sendiri? Camna aku boleh ada pancing sendiri? heheheheheheh ceritanya begini.... Semua berpunca dari rakan aku yang bernama SADAM (bukan Saddam Hussien tau). Masa tu hari mmg best, tangkapan mereka mencecah hingga ke 80 ekor udang yang berjaya di pancing (jumlah pemancing = 4 org iaitu SADAM, ONDONG, JACKIE, CAPCI). Dorang mmg tak cukup tangan nak melayan udang galah yang menyentap umpan di pancing. So, oleh kerana aku hanya jadi penonton dan pemakan udang yang sudah dimasak (udang yang di tangkap terus dimasak di tempat kejadian) pada masa tu dan tidak membuat apa - apa kerja melainkan hanya duduk kekenyangan sambil mencungkil gigi. Kawan aku si Sadam ni minta tolong aku pegang pancing di sementara dia mengendalikan salah satu pancingnya yang lain. Tidak semena - mena pancing tu di sentap... punyalah aku panik tak tau apa nak buat... So, Sadam suruh aku gulung jak kili joran tu.. then aku gulung la.. tup tap naik menantang kat gambar dibawah ni (1st catch aku guna pancing pinjam). Punyalah aku excited... yang pasti ianya memberi aku satu inspirasi baru... apa inspirasinya hehehehe tak lain tak bukan malam tu aku balik rumah ambik gitar aku buka tali polish badan lap kasi kilat dan spray wd-40 kat volume & tone knobnya. pastu kasi masuk dalam softcase bag aku.... hahahaha gantung gitar... mulai esoknya aku ambil mc daripada bermain music mulalah bergelar sebagai pemancing amatur.....


Keesokan harinya aku pigi cari kengkawan aku (Sadam, Jackie, Ondong, & Capci) di tempat biasa dorang iaitu di tanah perkuburan orang Islam Kg. Pimping, Membakut (ni la nama kampung aku). Sampai ke sana aku terus sound si Jackie then bawa dia pi pekan untuk beli pancing heheheheheheh untuk pengetahuan korang sumer pancing pertama aku hanyalah berharga RM25.00 (lepas si jackie dengan muka garangnya tawar menawar ngan taukeh kedai). complete satu set. Apa lagi pancing dah ada terus la p sungai hehehehehehe tak sabar dah.... Walaubagaimanapun, aku terpaksa tunggu lebih kurang setengah jam barulah pancing aku mengena... tapi malang aku tak pandai lagi ndak handle akibatnya pancing aku tersangkut.. petang itu aku hampa dengan pancing ku yang baru.... Untuk menghilangkan rasa kecewa aku tu, aku bawah dorang stay sampai malam sikit akhir baru la aku berjaya hehehehe kengkawan aku pun menarik nafas lega kerana dorang dapat balik rumah ehehehehe aku cakap ngan dorang selagi aku tak dapat selagi tu aku tak nak balik heheheheh terpaksa la dorang tunggu pasal dorang tumpang keta aku hehehehehehehe



Yang baju biru ni la SADAM... hehehehehe
Oh yah.. untuk pengetahuan korang sekarang ni aku masih gila memancing hehehehe dan pancing aku sekarang ni dah ada 2 btg hehehehehehe nanti aku plan nak beli satu lagi... satu lagik aku dah kembali pegang gitar aku dan sekarang banyak plak idea nak buat lagu.. kalau bukan pasal aku p memancing tu tak mungkin lagu I NEVER CAST A SPEEL ON YOU & lagu SUNDAL BOLONG dapat di siapkan hehehehehe 

Mi Scusi - Mobster Fest #5 Ranau, Sabah



Siri gig Mi Scusi telah pun berlangsung dengan jayanya di Dewan Kg. Rapak , Ranau, Sabah pada 30/08/08. Acara hari tu di buat dengan tahap yang sederhana namun tetap tampak meriah dengan jumlah kehadiran yang begitu memuaskan. Pihak Mi Scusi mengucapkan setinggi - tinggi terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput kami datang untuk beraksi di sana.Di harapkan pada masa yang akan datang dapat lagi menjemput kami untuk bermain di sana.
Pada gig kali ini, Mi Scusi sempat mengumumkan akan kemasukkan penyanyi baru mereka iaitu Mr. Wan yang juga penyanyi kepada kumpulan Jeseltonez dari Kota Kinabalu Sabah. Selain daripada itu, sebuah lagu baru yang diciptakan khas untuk gig hari itu turut di persembahkan dengan jodol yang di beri secara spontan "Sundal Bolong". Antara lagu lain yang tersenarai sebagai playlist Mi Scusi pada hari itu ialah (dgn ikut urutan) I Never Cast A Spell On You, Sememangnya Kamu Amerika!, Extreme Satisfaction, Sometimes I Feel Like A Vampire, Sundal Bolong, What a Wonderful World (oldies cover song), & Mutilated By Psycho Me.
Kejayaan gig hari tersebut adalah satu kenangan manis buat Mi Scusi & Rakan - rakan... buat Crowds Ranau & Keningau, semua yang hadir, dan tidak lupa kepada band yang berkongsi pentas dengan Mi Scusi di harap kita akan ketemu lagi... Cheers....

Ayam Asam Pedas

Sempena Bulan Ramadhan ini, aku nak kongsi kemahiran memasak aku ngan korang... hehehehehe selain daripada bermain music aku juga sebenarnya minat memasak. aku pernah bercita - cita nak jadi tukang masak tapi tak kesampaian....
So, Sebagai permulaan aku share resepi ayam masak asam pedas ngan korang. enjoy!!! :) Jgn jadik ayam kurang asam sudah la....


Bahan-Bahan:
½ ekor ayam dibersihkan dan dipotong-potong

2 keping asam gelugur
1 cawan minyak masak
1 ikat daun kesum
Gula dan garam secukupnya
2 cawan air 10 tangkai cili kering, digiling
6 biji bawang merah,

1 sm halia,
digiling Sedikit belacan,
digiling 4 tangkai cili merah,
digiling 2 ulas bawang putih,
digiling 1 sm kunyit basah, digiling


cara - cara memasaknya:

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan giling hingga garing. Masukkan ayam dan air. Masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat.

so, apa lagi ngkorang tunggu p la tangkap ayam kat reban tu.....