Monday, September 8, 2008

Mi Scusi - Mobster Fest #5 Ranau, Sabah



Siri gig Mi Scusi telah pun berlangsung dengan jayanya di Dewan Kg. Rapak , Ranau, Sabah pada 30/08/08. Acara hari tu di buat dengan tahap yang sederhana namun tetap tampak meriah dengan jumlah kehadiran yang begitu memuaskan. Pihak Mi Scusi mengucapkan setinggi - tinggi terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput kami datang untuk beraksi di sana.Di harapkan pada masa yang akan datang dapat lagi menjemput kami untuk bermain di sana.
Pada gig kali ini, Mi Scusi sempat mengumumkan akan kemasukkan penyanyi baru mereka iaitu Mr. Wan yang juga penyanyi kepada kumpulan Jeseltonez dari Kota Kinabalu Sabah. Selain daripada itu, sebuah lagu baru yang diciptakan khas untuk gig hari itu turut di persembahkan dengan jodol yang di beri secara spontan "Sundal Bolong". Antara lagu lain yang tersenarai sebagai playlist Mi Scusi pada hari itu ialah (dgn ikut urutan) I Never Cast A Spell On You, Sememangnya Kamu Amerika!, Extreme Satisfaction, Sometimes I Feel Like A Vampire, Sundal Bolong, What a Wonderful World (oldies cover song), & Mutilated By Psycho Me.
Kejayaan gig hari tersebut adalah satu kenangan manis buat Mi Scusi & Rakan - rakan... buat Crowds Ranau & Keningau, semua yang hadir, dan tidak lupa kepada band yang berkongsi pentas dengan Mi Scusi di harap kita akan ketemu lagi... Cheers....

No comments: