Tuesday, January 13, 2009

HUJAN DI JANUARI INI...

Hari ni dah hari ketiga hujan turun kat tempat aku, tadi pagi aku pi kerja tengok paras sungai sudah mula naik... nasib la jalan raya dah di naik taraf kalau tak kompem banjir dan aku terpaksa ponteng keja (yeeehaa). Namun aku jangkakan kalau berterusan dalam dua hari lagi aku tak dapat gerenti sungai tu boleh bertahan... mungkin boleh banjir kot...

Teringat aku masa kecik2 dulu, kalau musim hujan kompem banjir punyer dan masa tu aku tinggal di rumah nenek aku yang terletak dekat ngan sungai. Masa tu excited kalau hari nak hujan.. melilau la aku mencari tiub pelampung aku, hahaha org sediakan payung sebelum hujan manakala aku sediakan pelampung sebelum hujan. Baru aku sedar minat memancing aku ni terpupuk sejak masa kecil lagi. Masa tu arwah nenek masih ada lagi (sob... sob.. al - Fatihah) mesti ikut sibuk oleh aku pasal aku minta dia kasi buat aku joran pancing. Masa tu korang tau ikan apa yang paling banyak kat sungai... hahahahah tak lain tak bukan iaitu ikan puyu.. (kalau kami panggil ikan karuk) hahahaha. Masa tu aku akan ke sana dan ke mari untuk mencari port yang dapat dikesan sebarang kelibat ikan puyu.

Namun, memancing tu sebenarnya adalah decoy aku dan kengkawan aku utk menjalankan agenda yang lebih menarik iaitu hahahahahah main air... mmg best la sehari suntuk main air... untuk pengetahuan korang masa tu air sungai kat tempat aku bukan macam sekarang ni... airnya mmg jernih la sampai peringkat korang boleh tengok ikan kat dalam air. Sumpah tak tipu.. tapi sedihnya sekarang ni air sungai tu dah makin tercemar... Sekarang ni, jangan kan ikan puyu... mungkin pirana pun boleh kiok. kalau korang terjun kat sungai tu gerenti terus berkudis hahahahah.

Gambar: Pemandangan Sungai Kat Tempat Aku Selalu Bermain Air Disuatu Masa Dulu

Bila aku kenang - kenang masa dulu tu memang best la... masa skrang ni baru kau sedar napa mak aku selalu marah kalau aku main kat sungai masa air banjir. Rupa - rupanya mmg bahayalah.. arusnya yang deras boleh menghanyutkan sesiapa jak biar pun org tu handal berenang. So, skrang ni aku plak yang bising kalau nampak budak - budak main tepi sungai masa air banjir. Tapi aku tak nak la menjadi kill joy kepada budak - budak tu... Aku bising2 pun tapi aku suruh dorang main jauh sikit dengan sungai supaya kalau jatuh taklah hanyut oleh arus... main dekat2 tangga jak la dorang. Walaupun tak berapa best tapi masih ok.. lagi baik daripada tak kena main terus kan?

So, korang pun kena la berhati - hati terutamanya memandu semasa musim hujan ni yek... malapetaka bukan saja berlaku di sungai tetapi juga di jalanraya...

p/s: baru jak bapa aku kasitau yang dia terima panggilan daripada keluarga dan kenalan dari Sarawak yang menyatakan tempat mereka sudah di tenggelami oleh air...

Monday, January 12, 2009

SEPETANG BERSAMA BAND MANGGAS

Gambar: Raem tersengih ketika mengambil aku kat rumah

Petang sabtu yang lalu telefon bimbit aku berbunyi menandakan sms masuk.. aku check inbox rupa - rupanya text dari Raem yang berbunyi "aku sdh book studio jam 7...", uiks aku terkejut juga kalau ikut dalam jadual aku takde plak tertulis aktiviti jamming hari tu, malahan aku sangat pasti yang patut aku buat adalah membuta memandangkan cuaca mendung yang sangat sporting. Aku terus call raem utk comfirmation dan panggilan aku di sambut dgn gelak ketawa riang beliau.. hahahah aku on the way dah dari Kota Kinabalu... ic... dia ni dalam hati aku main ambush jak memandangkan aku takde aktiviti yang lebih berfaedah daripada tidur aku setuju jak dengan syarat dia kena ambik aku kat rumah...

Pas panggilan tu, aku terus mandi dan mengemas.. packing alat - alat effect yang di perlukan untuk ke studio... sambil mengimbas kembali lagu - lagu baru yang di praktiskan beberapa minggu yang lalu... adei... Sebenarnya aku dah serahkan notis perletakkan jawatan aku kepada band ni tapi macam dorang tak layan jak namun tugas aku di tukar daripada pemain gitar kini aku menggalas tugas sebagai pemain bass mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh mr. Jalth kerana terpaksa bertugas di Negeri Sembilan. Selain tu, aku juga bertugas secara tidak langsung sebagai penyanyi latar yang tak bertauliah hahahaha... adei...

Mengikut Raem, bukan dorang tak nak lepaskan aku tapi dorang rasa susah nak cari pengganti aku yang mana chemistry aku ngan band ni mmg dah cukup sebati (apa tidak sebati kalau dah main ngan band ni dekat 10 tahun lamanya...), ic terharu aku dengar, menurutnya lagi nak cari pemuzik yang handal bukan susah tapi nak cari satu kepala mmg susah.. (cis rupanya aku ni tak lah sehandal mana hehehehehe takpe janji happy). Statement tu mmg aku akui, sebelum aku jumpa line Mi Scusi pada hari ni, huh mmg banyak dah org aku bawa masuk.. mmg payah la nak cari chemistry di antara semua line up... mmg susah... dekat 3 tahun aku mencari barulah jumpa ngan petualang - petualang Mi Scusi. Memandangkan dorang semua ni (band member Manggas) adalah rakan baik aku sejak kecil, adalah sangat berat mulut aku untuk menolak pelawaan mereka.. So, layan jak la... yeaarrrrggghhh... kami meneruskan perjalanan ke rumah Joad (dia pun minta ambik hehehehe jimat minyak kalau berkongsi keta hheheheheheh). Sesampai kat rumah Joad hahahah kami dengar anak dia dah nangis sebab nak ikut bapak dia p studio wakakakakakaka nasiblah heheheh nasib la isteri beliau bijak memujuk kalau tak parak lah si Joad nak memujuk anak kesayangannya tu... hehehehe nanti besar sikit baru ikut bapa p studio k... hahahahahah sorry Joad... gurau jak...

Gambar: Joad menunjukkan tanda peace setelah selesai menjalankan misi memujuk anaknya sebelum pergi ke studio hahahahaha

Gambar: Aku pulak seperti biasa memang sentiasa kontrol macho punyer

walaupun kadang - kadang orang tak panggil aku macho.. cume drng panggil kiut jak isk isk isk apalah nasibku yang malang... Aku hanya mampu berserah...

Gambar: BOSS GT8 kepunyaan Waimi

Masa sampai kat studio kami masing - masing setup gadjet yang mahu digunakan untuk sesi latihan pada hari tu. Waimi yang datang serentak beriringan dengan kami terus cucuk wayar kat effect boss dia manakala aku tolong Joad setupkan Zoom G9 aku. Oleh kerana aku main bass pada hari tu, setup aku simple jak... on bass amp setting eq dan setting bass overdrive then settle heheheheheheh.... Sementara tunggu Raem pasangkan double paddle iron cobranya kami sempat refresh balik hasil latihan yang lepas - lepas hehehehehe.... Masa tulah Waimi mengumumkan tentang beberapa rombakan yang dilakukan ke atas beberapa riff yang sudah dibuat pada minggu lalu... kami pasrah kepada kapten kami heheheheh yes tuan..

Gambar: ZOOM G9.2tt (berat betul menatang ni...)

Gambar: Joad sekali lagi buat peace tribute to mangsa keganasan di semenanjung Gaza

Gambar: Waimi test sound dia... aku memang dengki la tengok gitar fender dia yang cun ni... hehehehe nasib la aku ni kaki humbucker

Gambar: Si raem yang paksa aku amik wakakakakaka

Gambar: Posing yang paling aku menyampah... Dia menunjuk baju CARCASS yang baru dibelinya cizzz... aku dapat tu aku koyak2 tu...

Gambar: Tetap cool ngan fender beliau...

Cuma petang tu, sound kami agak terganggu dengan amp gitar Waimi yang mengalami humming yang berterusan isk isk isk mungkin pasal jack or amp tu mmg dah blow.. dunno.. tapi dia tukar jack cable masalah tu berkurangan sikit... check punya check alah setting BOSS GT8 dia tak serasi ngan amp kat studio ni (maklumlah member kita ni pasal stack hehehehe).

Gambar: Joad semakin kebosanan akibat berdiri selama 1 jam lebih.. akhirnya beliau terduduk wakakakak no more peace sign ka bro?

Gambar: No More Humming...

Gambar: Ni betul - betul punya kandid.. takde paksa - paksa hahahahaha

Gambar: Walaupun lapar aku tetap kontrol macho... (gastrik aku dah sampai tengkuk dah...)

Overall, kami berjaya berlatih tiga buah lagu baru yang hendak dimuatkan di dalam rilisan Manggas yang akan datang... Dari segi konsep musick aku tengok direction Manggas masih sama ngan stail era EP Haus Sarbatus dulu cuma adalah sedikit pertambahan dari sudut teknikaliti di dalam komposisi setiap lagu... Manggas berharap agar dapat meriliskan lagu baru ini dalam tempoh terdekat dan pastinya sesi jamming tak dirancang ini akan terus berlaku... (raem kalau ko nak bawa jam tu info awal la... ). Kami akhiri sesi latihan hari tu dengan memainkan lagu cover dari kumpulan Search lagu Langit dan Bumi hahahaha rock abis la aku nyanyi hehehehe rock on baby!!! pas jamming kami terus melepakkan diri di kedai mamak yang berdekatan untuk melepaskan lapar dan dahaga.. hehehehehehehe

Gambar: Kucing ni aku snap semasa berjalan menuju ke keta selepas menjamu selera di kedai mamak... moral gambar ini adalah, jgn buang sampah merata - rata

Bagi sesiapa yang hendak menghubungi band manggas ni boleh p lawat official myspace mereka untuk berkenalan ka, nak panggil main kat org kawin ka or apa2 la hehehe sila klik kat ------> sini

LICENSED TO GRILL : CIKINWING BERSILA featuring TAUGEH UDANG KERING SARAWAK

Gambar: Layakkah ini dipanggil sebagai pencuci mulut?

Selepas menikmati juadah tengahari, aku teruskan ngan menonton movie Hitch kat cenel movie sambil pekena satu bar kecik coklat sebagai pencuci mulut.. heheheh boleh ker? pas movie Hitch abis, aku nak teruskan misi memasak secukup rasa Maggi aku. Selepas undian dijalankan, akhirnya dorang semua memilih untuk makan ayam panggang untuk makan malam walaupun pada mulanya aku bercadang nak buat ayam goreng embak.... so, mungkin belum sampai masanya lagi untuk aku share resepi ayam goreng embak ngan korang.. sabar2la yek.

Sebelum aku teruskan ngan bahan2nya aku nak kasitau korang tajuk entri ni Licensed to grill adalah cadangan adik aku.. heheheheh aku pikir cam ngam juga so.. teruskanlah...

Gambar: Aku perap ayam tu selama 45 minit sebelum di panggang

Untuk bahan2 perap ni aku guna limau kasturi, minyak masak, serbuk kari, serbuk kunyit, madu lebah asli, air (semuanya secukup rasa) dan last but not least iaitu Serbuk Perencah Secukup Rasa Maggi hehehehehe... lepas perap aku sambung p layan tv.. huh hujan semakin lebat... siaran tv sedikit terganggu...

Gambar: Sebelum masuk oven (sedang kasi panas)

korang dapat teka ngapa tak aku namakan resepi aku ni ayam panggang bersila? Errrmm kalau korang nak tau hehehe korang tengok posisi ayam tu sebelum kena panggang hehehehe penuh dgn sopan santun kan? k layan jak la.

Gambar: Sedang di bakar (half simpan dlm oven, half p bakar ngan arang

Gambar: Dengan tenang dorang stay kat dalam oven...

Gambar: ni plak bahan - bahan untuk sos cicah.. heheheh rasanya korang kenal sangat ngan bahan2 tu kan?

Gambar: Inilah hasilnya selepas bahan2 tadi aku campurkan dengan kicap masin adabi sos tomato or kalau org putih panggil ketchup, dan gula. (semuanya juga Secukup Rasa)

Gambar: Ini hasil dari dalam oven punya? ok ka?

Gambar: Ni plak hasil yang dibakar ngan arang.. heheheh hangus sikit tapi adik aku ckp rasa masih ok lagi

Gambar: Taugeh Udang Kering Sarawak

Untuk sayur makan malam plak aku masak sayur taugeh yang ditumis ngan campuran udang kering sarawak. heheheh udang kering sarawak ni lain sikit ngan udang kering yang biasa dijumpa kan pasar. kalau tak silap aku, dorang bikin udang kering ni ngan menggunakan udang galah ... aku tak pasti tapi itulah yang aku dengar orang cakap... betulkan kalau salah k... Sebelum dimasak aku remdamkan udang kering ni dalam air panas... bahan tumisannya ? ala korang ni pura2 tak tau lagi .. heheheh aku guna bawang putih dan merah dengan k sebut betul2 Serbuk Perencah Secukup Rasa Maggi hehehehehehe.. Dan sebagai hiasan yang tak seberapa aku taburan hirisan lada besar....

Sebenarnya, misi memasak aku di sambung oleh mak aku pasal ada spesel request punya menu... aku belum belajar lagi menu spesel request ni dari mak aku. So, utk langkah berjaga - jaga aku serahkanlah dapur kat mak aku utk memasak Rendang Itik Nila Spesel... Korang suka makan daging itik nila? hahahah sedap wooooo nantilah kalau aku dah pandai masak rendang itik nila.. aku akan share ngan korang .. hheheheh selamat mencuba...