Monday, January 12, 2009

SEPETANG BERSAMA BAND MANGGAS

Gambar: Raem tersengih ketika mengambil aku kat rumah

Petang sabtu yang lalu telefon bimbit aku berbunyi menandakan sms masuk.. aku check inbox rupa - rupanya text dari Raem yang berbunyi "aku sdh book studio jam 7...", uiks aku terkejut juga kalau ikut dalam jadual aku takde plak tertulis aktiviti jamming hari tu, malahan aku sangat pasti yang patut aku buat adalah membuta memandangkan cuaca mendung yang sangat sporting. Aku terus call raem utk comfirmation dan panggilan aku di sambut dgn gelak ketawa riang beliau.. hahahah aku on the way dah dari Kota Kinabalu... ic... dia ni dalam hati aku main ambush jak memandangkan aku takde aktiviti yang lebih berfaedah daripada tidur aku setuju jak dengan syarat dia kena ambik aku kat rumah...

Pas panggilan tu, aku terus mandi dan mengemas.. packing alat - alat effect yang di perlukan untuk ke studio... sambil mengimbas kembali lagu - lagu baru yang di praktiskan beberapa minggu yang lalu... adei... Sebenarnya aku dah serahkan notis perletakkan jawatan aku kepada band ni tapi macam dorang tak layan jak namun tugas aku di tukar daripada pemain gitar kini aku menggalas tugas sebagai pemain bass mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh mr. Jalth kerana terpaksa bertugas di Negeri Sembilan. Selain tu, aku juga bertugas secara tidak langsung sebagai penyanyi latar yang tak bertauliah hahahaha... adei...

Mengikut Raem, bukan dorang tak nak lepaskan aku tapi dorang rasa susah nak cari pengganti aku yang mana chemistry aku ngan band ni mmg dah cukup sebati (apa tidak sebati kalau dah main ngan band ni dekat 10 tahun lamanya...), ic terharu aku dengar, menurutnya lagi nak cari pemuzik yang handal bukan susah tapi nak cari satu kepala mmg susah.. (cis rupanya aku ni tak lah sehandal mana hehehehehe takpe janji happy). Statement tu mmg aku akui, sebelum aku jumpa line Mi Scusi pada hari ni, huh mmg banyak dah org aku bawa masuk.. mmg payah la nak cari chemistry di antara semua line up... mmg susah... dekat 3 tahun aku mencari barulah jumpa ngan petualang - petualang Mi Scusi. Memandangkan dorang semua ni (band member Manggas) adalah rakan baik aku sejak kecil, adalah sangat berat mulut aku untuk menolak pelawaan mereka.. So, layan jak la... yeaarrrrggghhh... kami meneruskan perjalanan ke rumah Joad (dia pun minta ambik hehehehe jimat minyak kalau berkongsi keta hheheheheheh). Sesampai kat rumah Joad hahahah kami dengar anak dia dah nangis sebab nak ikut bapak dia p studio wakakakakakaka nasiblah heheheh nasib la isteri beliau bijak memujuk kalau tak parak lah si Joad nak memujuk anak kesayangannya tu... hehehehe nanti besar sikit baru ikut bapa p studio k... hahahahahah sorry Joad... gurau jak...

Gambar: Joad menunjukkan tanda peace setelah selesai menjalankan misi memujuk anaknya sebelum pergi ke studio hahahahaha

Gambar: Aku pulak seperti biasa memang sentiasa kontrol macho punyer

walaupun kadang - kadang orang tak panggil aku macho.. cume drng panggil kiut jak isk isk isk apalah nasibku yang malang... Aku hanya mampu berserah...

Gambar: BOSS GT8 kepunyaan Waimi

Masa sampai kat studio kami masing - masing setup gadjet yang mahu digunakan untuk sesi latihan pada hari tu. Waimi yang datang serentak beriringan dengan kami terus cucuk wayar kat effect boss dia manakala aku tolong Joad setupkan Zoom G9 aku. Oleh kerana aku main bass pada hari tu, setup aku simple jak... on bass amp setting eq dan setting bass overdrive then settle heheheheheheh.... Sementara tunggu Raem pasangkan double paddle iron cobranya kami sempat refresh balik hasil latihan yang lepas - lepas hehehehehe.... Masa tulah Waimi mengumumkan tentang beberapa rombakan yang dilakukan ke atas beberapa riff yang sudah dibuat pada minggu lalu... kami pasrah kepada kapten kami heheheheh yes tuan..

Gambar: ZOOM G9.2tt (berat betul menatang ni...)

Gambar: Joad sekali lagi buat peace tribute to mangsa keganasan di semenanjung Gaza

Gambar: Waimi test sound dia... aku memang dengki la tengok gitar fender dia yang cun ni... hehehehe nasib la aku ni kaki humbucker

Gambar: Si raem yang paksa aku amik wakakakakaka

Gambar: Posing yang paling aku menyampah... Dia menunjuk baju CARCASS yang baru dibelinya cizzz... aku dapat tu aku koyak2 tu...

Gambar: Tetap cool ngan fender beliau...

Cuma petang tu, sound kami agak terganggu dengan amp gitar Waimi yang mengalami humming yang berterusan isk isk isk mungkin pasal jack or amp tu mmg dah blow.. dunno.. tapi dia tukar jack cable masalah tu berkurangan sikit... check punya check alah setting BOSS GT8 dia tak serasi ngan amp kat studio ni (maklumlah member kita ni pasal stack hehehehe).

Gambar: Joad semakin kebosanan akibat berdiri selama 1 jam lebih.. akhirnya beliau terduduk wakakakak no more peace sign ka bro?

Gambar: No More Humming...

Gambar: Ni betul - betul punya kandid.. takde paksa - paksa hahahahaha

Gambar: Walaupun lapar aku tetap kontrol macho... (gastrik aku dah sampai tengkuk dah...)

Overall, kami berjaya berlatih tiga buah lagu baru yang hendak dimuatkan di dalam rilisan Manggas yang akan datang... Dari segi konsep musick aku tengok direction Manggas masih sama ngan stail era EP Haus Sarbatus dulu cuma adalah sedikit pertambahan dari sudut teknikaliti di dalam komposisi setiap lagu... Manggas berharap agar dapat meriliskan lagu baru ini dalam tempoh terdekat dan pastinya sesi jamming tak dirancang ini akan terus berlaku... (raem kalau ko nak bawa jam tu info awal la... ). Kami akhiri sesi latihan hari tu dengan memainkan lagu cover dari kumpulan Search lagu Langit dan Bumi hahahaha rock abis la aku nyanyi hehehehe rock on baby!!! pas jamming kami terus melepakkan diri di kedai mamak yang berdekatan untuk melepaskan lapar dan dahaga.. hehehehehehehe

Gambar: Kucing ni aku snap semasa berjalan menuju ke keta selepas menjamu selera di kedai mamak... moral gambar ini adalah, jgn buang sampah merata - rata

Bagi sesiapa yang hendak menghubungi band manggas ni boleh p lawat official myspace mereka untuk berkenalan ka, nak panggil main kat org kawin ka or apa2 la hehehe sila klik kat ------> sini

No comments: