Wednesday, March 25, 2009

KISAH TEMAN SIPEMANCING: LANGIT TIDAK SELALUNYA CERAH

Hari ni aku tengok cuaca sporting jer... nanti lepas balik dari opis aku kira nak p laut la usha geng2 pemancing aku menjalankan operasi. Semalam aku ada join dorang tapii rezeki agak kurang plak walaupun saiz ikan yang ditangkap agak besar namun kuantitinya sikit. Mungkin faktor air yang tak sesuai kot... lagi pun sampah hanyut banyak tersangkut kat pukat kitaorang. Tapi biasalah adat menangkap ikan ni.. bukannya hari2 dapat hasil yang lumayan. Macam Jackie cerita kat aku masa tengahari hasil tangkapannya agak lumayan. Tapi dorang tak sempat menikmatinya kerana tiba dilokasi agak lewat berikutan ada kerja yang perlu diselasaikan hahahaha.. Biasalah tangkap ikan ni sekadar hobi jer. Dia cerita kat aku ada satu geng tu dapat berbesen ikan yang bersaiz sederhana.. fuh... ada ikan tenggiri, ada ikan kembung, dan juga ikan apa tu yang muncung tajam dan panjang aku lupa lah. Kalau dapat mmg boleh jual la separuh ikan tu katanya... apa nak buat bukan rezeki kitaorang hehehehe takper cuba lagi... tulah rasanya petang ni nak try camner mana la tau kan.

Teringat pulak aku hasil tangkapan kami pada misi yang terdahulu.. fuh sekali dapat ikan besar terus semua ligat cari kayu api nak panggang ikan segar... Tengok la senyuman en. Bob pada masa tu hehehehe senyum kepuasan tu... manakala Rudy kat belakang nun sibuk membelah kayu. Sedap wooo makan ikan bakar segar di tepi pantai.. kena lagi makan ramai - ramai mmg best la. Kelihatan juga member lain yang sibuk menyiang ikan2 kecil utk dibersihkan dan pastu dimasak ala2 tom yam. Isk bilalah lagi kitaorang dapat merasa macam ni? errrmmm tunggu dan lihat la... yang penting usaha jer la.. usaha tu kan tangga kejayaan... heheheheh wish me luck k!!! Cheers, have a nice day!!!!

Sunday, March 22, 2009

ROTI CANAI GORENG PATAYA

Sebenarnya menu ni dah lama aku ternampak kat restoran tempat aku pekena nasi beriyani ngan kawan sekerja. Tapi aku ignore jer aku ingat taukeh kedai tu salah tulis menu yang menyatakan "ROTI CANAI GORENG PATAYA" Isk ndak pernah aku jumpa menu camni... korang macam mana? pernah? hahahahah tapi satu hari rakan memancing aku en. Sadam telah memberitahu aku ttg menu ni.. kat restoran yang sama juga isk Kat Restoran Al - Amin di daerah Beaufort, Sabah.. dekat ngan Restoran KFC. isk rupa2nya betul plak menu tu hahaha menyesal aku tak cuba. Mengikut reaksi si Sadam ni rasa best heheheh huh best? buat aku lapar. Malang sekian lama aku aku mengidam nak makan ROTI CANAI GORENG PATAYA ni tapi takde peluang memandang opis aku dah pindah ke daerah Membakut and no longer kat Beaufort.

Namun, peluang itu muncul kelmarin apabila rakan sekumpulan ngan band Death Metal aku En. Raem Jorsidon selaku drummer kita orang call aku bawa p jamming kat Beaufort. Kebetulan aku belum makan apa lagi masuk dalam ketanya terus aku propose kat dia ttg ROTI CANAI GORENG PATAYA ni hehehehe dia tak banyak cakap melainkan terus bersetuju!!!

So, lepas jamming dengan hati yang berdebar - debar kita orang tak banyak cakap terus order "Bos, kasi roti canai goreng pataya satu!!!" jeritan aku ala Dani dari band cradle of filth yang kelaparan. Hehehehe macam andaian yang kami buat sebelum order tu sampai.. kami teka bagaimana rupanya hehehehe last2 sampai juga dan rupanya seperti gambar kat bawah ni...

Aku terus usha apa yang di bungkus kat dalam kali aku tengok cam kuew tiaw plak.. huh rupa2nya roti canai tu di koyak2 then mamak tu goreng macam buat mee goreng.. ada sikit sayur huh!!! kira samala ngan konsep mee (kan kandung roti canai tu sama juga guna tepung macam mee...) Rasanya huh not bad juga.. kalau korang lapar boleh licin juga piring tu dan ianyajuga sesuai di makan dengan sayap ayam panggang!!! SO, kalau berminat p la Restoran Al - Amin Beaofort kalau nak mencuba.... Yeah!!!!

Friday, March 20, 2009

ADAKAH AKU BLOGGER YANG KETAGIH?

Aku round2 kat blog2 kegemaran aku then ternampak la kuiz yang berkenaan bagaimana tahap ketagihan anda terhadap blog (samada menulis ataupun membaca). Aku terus la cuba kuiz tu... jawab beberapa soalan ringkas then came out la jawapannya seperti dibawah... Kalau ikutkan kuiz tu aku ni 81% KETAGIHAN!!! Isk... biar betul dorang ni... 81% ni kira markah yang tinggi dan di dalam mengukur paras ketagihan perkataan markah bukanlah perkataan yang sesuai untuk digunakan.... huh!!! Bagaimana dgn anda? mau cuba? Kalau mau korang klik jer la banner kat bawah ni.... Selamat mencuba!!! Cheers

81%How Addicted to Blogging Are You?

Created by OnePlusYou - Free Dating Site