Thursday, February 12, 2009

isKETAMbola MASAK MERAH

Gambar: Ni sebelum di simpan ngan santan hehehehe

Ketam ni sebenarnya diberi secara percuma kepada bapak aku oleh en. Noi... thanx a lot.. kalau kat kedai mau2 RM5 sekilo.. heheheh tapi bapak aku call lagi yang dia ada beli another ketam dlm yang versi lebih besar namun harganya besar jugalah hehehe iaitu RM10 sekilo. Dengan menggunakan sistem majoriti mudah... ketam ini diputuskan supaya di masak merah hahahaha.. merah kan tanda berani.. so, mari kita proceed ke step yang seterusnya.

Masa ketam ni di bersihkan kulitnya dibuka dan otaknya(dia punya otak ke itu?) diasingkan di dalam mangkuk... pastu buang la kulit tu... jgn lupa korang ketuk kecih pecah sikit kulit sepitnya supaya bila dah masak senang korang nak mendesecrate sepit kelak. Pastu cam biasalah korang kasi sedia garam , ajinomoto, bawang putih, bawang merah, halia, santan (masa masak ni pakai santan paket jak), sos cili & tomato, cili kering dikisar dan sikit air.

Gambar: Sudah sedia untuk dimakan...

Bahan - bahan tadi cam bawang, halia tu ditumbuk ataupun dikisar.. ikut suka hati korang. pastu panaskan kuali then tuang sikit (secukup rasa minyak masak then) baling bahan2 yang ditumnuk tadi kat dalam minyak yang dah panas tu. Dah naik bau wangi bawang dan halia tu,, korang simpan plak cili kering yang dikisar tu secukup rasa korang.. jgn la byk sgt nanti budak2 tak dapat nak makan. kacau2 then tuang sos cili dan sos tomato (sos tomato ni korang boleh ganti ngan air asam jawa).. macam dah naik bau korang tuangkan otak ketam (ekk otak ke telur tu? aku pun tak tau hahaha) ke dalam bahan tumisan tadi.. then campaklah ketam tu sama.. then kacau dan gaul hingga rata. Macam koran bajet2 dah masak then apa lagi korang tuang santan tadi... (kalau nak extra lemak bykkan la santan tu hahahah tapi jaga kolestrol akan meningkat!!!) then siap... Step seterusnya korang amik pinggan then makan ngan nasi panas.. fuhh... Selamat mencuba...

No comments: