Monday, February 14, 2011

KELAS MATEMATIK 101

(a to b) f(x) dx = lim (d -> 0) (sum) (k=1..n) f(X(k)) (x(k) - x(k-1))
a = x0 < x1 < x2 < ... < xn = b
d = max (x1-x0, x2-x1, ... , xn - x(n-1))
x(k-1) <= X(k) <= x(k) k = 1, 2, ... , n
(a to b) F '(x) dx = F(b) - F(a)
...(14 FEB 2011 to 16 FEB 2011) Flight (2.50pm) direct singapore = IRON MAIDEN
Ini adalah entri autopost... Masa ni kapal kitaorang dah nak berlepas dah!!! Cakap banyak pun tak guna!!!! SCREAM FOR ME SINGAPORE!!!!!
p/s: equation di atas adalah hasil ehsan dari Dato' P'kin

Sunday, February 13, 2011

NAH DORANG DAH TIBA DAH!!!!!!!


NI KOMERSIAL DRG KAT TV!!!!!


Yeaggghhh!!!!!! Iron Maiden sudah landing kat Singapore pada 13/02/2011 0925hrs. Changi Airport Terminal 1. Flight number AEU666.
                                    Gambar dari FB en. Ir'one gravefixx!!!



DEBARAN PETANG SEBELUM VALENTINE!!!!!

Sorry aku valentine2 ni tak main la heheh tak rock kental la sambut valentine semua tu hahahahahahaahaha aku ni tak perlu la valentine semua tu untuk berkasih sayang... tiap hari pun aku mmg dah berkasih sayang dan sampai bila2!!! Tapi kali ni punya 14/02//2011 memang  buat aku nervous, berdebar dan sangat teruja!!!!!!!!! Arrggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, February 12, 2011

AKU SUKA ADRIAN SMITH!!!!



HARI SELASA NI MATA AKU HANYA AKAN TERTUMPU KEPADANYA!!!!!! GILA NAK TIDUR TUTUP MATA TERBAYANG DIA!!! ARRRGGHHH!!! GAY KA AKU???

Adrian Frederik Smith Perrrggghhh Dia Ni Kalau Main Gitar Tone Dia Memang Rabak!!!!!

Thursday, February 10, 2011

TRIBUTE TO IRON MAIDEN

Sejak wabak Iron Maiden Final Frontier ni... saban ari speaker pc aku mengeluarkan bunyi - bunyian lagu secara rawak dari album2 Iron Maiden. Tak cukup dengan tu bantai plak dgn dvd flight 666.. Abis layan movie dia pastu bantai lagik video konsert dia.... kira itu la rutin aku dlm seminggu tu mesti ada dlm 2 - 4 hari layan maiden... bini aku pun dah naik muak hahahahahah takper mungkin dia muak pasal nak pregnant kot hahahahahahahah amin.....

Aku ni minat main gitar tapi takder la mempunyai skill yang dasat2 menshred rabak macam hero - hero gitar yang selalu upload video drg kat facebook... aku hanya cukup syarat tau chord dan boleh main lagu2 kegemaran aku. That's all!!! Basically kalau gitar ini idola aku yang dari dulu kini dan selamanya ialah En. Marty Friedman. Gara - gara en. Marty ni la aku pernah jatuh cinta sama kelly tapi tu dulu.. sekarang tidak lagi. Sedangkan ada satu member aku yang rakus pun aku dgr dah break ngan kelly... Arrgghh biarla benda yang lepas jangan dikenang....

 Balik citer maiden tadi... dalam hari - hari aku layan maiden aku mmg sangat tertarik dgn pemainan en. Adrian Smith yang sempoi... Secara peribadi, aku berpendapat beliau ni bukan la seorang gitaris yang dasat yang main berlilit jari macam pelesit... Dia seorang gitaris yang mengutamakan tone guitar beliau di samping mempamerkan corak permain yang kemas dan sentiasa cool kat atas pentas (ceh macam aku plak heheheheh sorry terperasan kejap...) selain tu dia juga boleh nyanyi hehehhe (ehh sama juga macam aku.... perasan lagik) 

 Hehehehehehe memandangkan The Final Frontier Tour yang semakin hampir.. Angin / udara singapore aku rasa semakin hampir... wabak tu semakin menular kat geng facebook sampai ada buat group dan segala.. buat rombongan cik kiah ke Singapura.... Aku menyertai geng - geng North Borneo Trooper yang mengumpulkan rombongan dari negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, & Sarawak. Dan masing - masing dah teruja nak pigi singapore.


Demi menghangatkan suasana, En. Joe selaku tulang belakang label Twin Towering Inferno yang juga pengerusi kat North Borneo Trooper  tak berdaftar telah menganjurkan sebuah jamming session tribute to Iron Maiden yang di adakan di Soundblazer Studio milik seorang rakan lama beliau yang mana pada mulanya menampilkan beberapa buah band. Walaubagaimanapun, atas sebab2 last minit yang ntah aku tak tau kenapa hanya dua band yang hadir tapi sudah cukup utk memeriahkan suasana... Sebenarnya ni majlis kecil - kecilan jer dan dibuat secara tertutup khas untuk ahli rombongan hehehehehehehehe,, Band yang datang ari tu adalah sebuah band tersohor dari daerah Membakut hahahahah tidak lain tidak bukan Band Manggas dan sebuah band yang juga pelopor Death Metal Kota Kinabalu Morbius dengan special appearance En. Mithchel & Suhaimi dari Soundblazer Studio.

Acara yang dilangsungkan pada 05/02/2011 yang lalu telah dimulakan oleh kumpulan Manggas dengan menampilkan en. Pian dari Majestic East / I Am Not Single selaku pemain bass... Aku??? heheh kali ni aku tak main bass.. kali ni aku jadi macam idola aku en. Adrian selaku pemain gitar dan penyanyi latar berganding dgn gitaris sepenuh masa Manggas en. Waimi. Oleh kerana sebelum ni Manggas busy ngan kerja - kerja di studio kita orang takder masa nak praktis banyak lagu - lagu maiden hanya dua buah lagu jer yang sempat di praktis secara last minit (tu pun aku rasa agak berhambur) tapi oleh kerana utk suka2 aku peduli apa.. yang penting hepi!!!! Lagu pertama kami ari tu ialah lagu Aces High lagu yang di petik dari Album Powerslave. Sebenar rakam video ada di buat tapi ntah macamana tuan punya video lupa charge bateri handycam tu heheheh last - last layan rakam guna henpon jer la hehehehehehe korang boleh layan video kat bawah ni....

Hehehehehehe agak bercelaru sikit ari tu mungkin tak cukup praktis kot.... waimi mulanya nak kongsi solo section ngan Adrian Smith wanabe tapi aku mmg tak jamin masa tu hehehehehe terus terang aku mmg tak cukup masa nank praktis hehehehehehe last2 dia bedal semua. Sorry hanya satu video dapat aku upload... video kedua The Number Of The Beast plak tak dapat aku upload pasal video dia takder tempat aku heheheheheheheh.... Asalnya kita orang nak bawa satu lagik lagu Maiden yang di petik dari album No Prayer Of The Dying iaitu Mother Russia namun setelah berbincang dan atas kekangan masa track ni telah dibatalkan pada saat2 akhir... err begitu juga lagu Bring Your Daughter To The Slaughter, hehehehehehehehee

Abis jer dua lagu, sessi tu disambung oleh Band Morbius, pergghh band ni mmg rabak.... drg bawa lagu, Seventh Son of The Seventh Son, Infinite Dream, The Trooper dan errr tak ingat rasa drg main 3 or 4 lagu heheheheh ni semua memang kerja last minit.. tapi atas kecekapan band morbius ni yang sememangnya bermain music sepenuh masa dapat membawa lagu2 tu dgn baik... video drg boleh di tonton kat sini .

Majilis yang serba ringkas tu di akhiri dengan sessi skodeng hahahah dan juga bergambar beramai - ramai serta penyerahan baju North Borneo Trooper kepada ahli rombongan....

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir dan juga pihak penganjur kalau ada masa jgn la segan2 panggil kami lagi heheheheheheheheheheheheheh perrgggghh lama dah aku tak menulis panjang macam ni!!!!!



P/S: So, Bulan Februari ni aku mengumumkan bahawa Adrian Smith secara rasminya telah menjadi idola aku heheheheheheheh Jumpa di Singapura!!!!!

Wednesday, February 9, 2011

HYSTERIA: DULU & KINI

 HYSTERIA TAHUN 1998
HYSTERIA TAHUN 2010

Agaknya adakah band ni akan survive hingga tahun 2020????

Monday, February 7, 2011

BON VAYAGE GARY MOORE

It is with deep sorrow and regret, that we have to announce that Gary Moore passed away while on holiday in Spain last night.


Our thoughts are with his children, family and friends at this sad time.

Gary Moore, RIP

1952-2011

Sumber: http://www.gary-moore.com/


p/s: ari tu ronnie james dio... isk lepas sorang.. sorang... walaubagaimanapun itulah hakikat kehidupan... death is certain life is not.... Gary Moore adalah salah seorang pemain gitar kegemaranku

Thursday, January 27, 2011

ADD SOME SPICE TO YOUR SEXPERIENCE?

Hahahahahahahaha direct copy paste dari FB en Syargoth Satariah. Heheheheh U made my day bro!!!! hahahahahahahahahahahaha

Wednesday, January 26, 2011

APA ADA DENGAN GITAR???

Tajuk entri ni takder kena mengena dengan blog Iaju D. Kecong... Aku saja nak sharing sesuatu ngan korang apa yang kawan aku Slyvester (Selamat Pengantin Baru Bro...)  share ngan aku. Info ni sebenarnya dari guitar101.com... So, mari sama - sama kita renungkan...


* Guitars don't whine... unless you want them to.
* You can share your Guitar with your friends.
* Guitars don't care how many other Guitars you've played
* Guitars don't care how many other Guitars you have.
* Guitars don't care if you look at other Guitars.
* Guitars don't care if you buy Guitar magazines.
* You'll never hear, "Surprise, you are going to proud father of a new Guitar" unless you go out to buy one yourself.
* If your Guitar is flat you can fix it.
* Your Guitar doesn't care if you never listen to it.
* Your Guitar won't care if you leave up the toilet seat.
* You don't have to be jealous of the guy who works on your Guitar.
* If you say bad things to your Guitar, you don't have to apologize before you play it again.
* You can play your Guitar as long as you want and it won't get sore.
* You can stop playing your Guitar as soon as you want and it won't get frustrated.
* Your parents won't remain in touch with your old Guitar after you dump it.
* Guitars don't get headaches.
* Guitars don't insult you if you're a bad player.
* Your Guitar never wants a night out with the other Guitars.
* Guitars don't care if you're late.
* You don't have to take a shower before you play your Guitar.
* If your Guitar doesn't look good you can refinish it or get new parts.
* You can play your Guitar the first time you meet it, without having to take it to dinner, see a movie, or meet its mother.
* The only protection you have to wear when playing your Guitar is a decent thumb pick.
* When in mixed company, you can talk about what a great time you had the last time you played your Guitar.

Thursday, January 13, 2011

APA KAH YANG DIMAHUKAN SEBENARNYA????

Monday, January 10, 2011

DEMAM "POST" ANUGERAH JUARA LAGU (AJL) 25

Hari kat fb dan blog ramai yang kecoh pasal AJL semalam... Frankly speak aku tak tengok sangat anugerah juara lagu ni... Aku cuma konsentrate tengok performance by A.P.I & Black. Kira dua ni pilihan aku semalam hehehe tapi champion Ana Rafali la plak ni adalah keputusan AJL 25 semalam...


Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu AJL 25

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu AJL 25 Persembahan Terbaik
Faizal Tahir [ Lagu Hanyut]
Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu AJL 25 Vokal Terbaik
Hafiz [ Lagu Noktah Cinta]
Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu AJL 25 Juara
Ana Rafali [ Lagu Tolong Ingatkan Aku]
Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu AJL 25 Naib Juara
Meet Uncle Hussain + Black [ Lagu Drama King]
Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu AJL 25 Tempat Ketiga
Hafiz [ Lagu Noktah Cinta]
Aku tak kisah sangat sapa yang menang... aku rasa pemenangnya mmg layak dan mereka mmg dah all out buat persembahan yang terbaik.... apa2 pun lagu PELITA tu mmg layan hehehehehe

Friday, January 7, 2011

ROTI GARDENIA TIDAK HALAL???[UPDATE] 05/01/2012

Hari tu aku ada cerita pasal Pringles yang takder status halalkan? (klik SINI) Kini aku terdengar lagi desas desus mengenai Status halal akan Roti keluaran syarikat Gardenia. Desas desus tu kata roti tu telah dibatalkan / ditarik balik sijil halalnya. Ada sumber kata lagi yang berita ini dari JAKIM. Errr aku tak la ambik port sgt pasal jarang jugak aku beli roti gardenia ni.. ini kerana produk gardenia di Sabah tidak la seperti di Semenanjung.. beza rasa dia....

Nak di jadikan cerita semalam aku ngan wife aku p jalan2 nak cari barang makan sikit.. singgah aku di sebuah kedai runcit then usha2 barang.. then aku nampak selonggok roti Sandwich Gardenia tu.. then aku teringat balik pasal cerita yang roti tu tak halal. Then aku p la belek2 bungkusan roti tu nak baca kandungannya.. ic biasa jer takder la plak sumber bahannya yang haram.... tapi bila aku tengok kat logo halalnya telah pun di tutup ngan sticker warna putih (sorry takderamik gambar masa tu heheheh) aku belek lain bungkusan mmg semuanya (logo halal) tersebut telah di tampal sticker... ic betul ker berita tu then aku cuba google info dan terjumpala berita dari akhbar tempatan pasal roti gardenia ni. Dlm berita tu JAKIM menafikan bahawa mereka ada mengeluarkan kenyataan mengenai isu status halal roti keluaran syarikat Gardenia. Pihak Jakim menasihatkan supaya orang ramai pergi ke portal halal iaitu www.halal.gov.my untuk mendapat sebarang info mengenai status halal makan di Malaysia ni.

Bila aku pi portal halal tu aku cari la pasal gardenia then aku terjumpa INI . Sana mengatakan bahawa Gardenia ada tersenarai di dalam status halal mereka... tapi status halal tu di anugerahkan kepada kilang Gardenia yang beralamat GARDENIA BAKERIES (KL) SDN BHD, LOT 3, JALAN PELABUR 23/1, 40300 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN,MALAYSIA. Walaubagaimanapun, untuk di negeri Sabah Roti Gardenia dikilang oleh kilang yang beralamat Gardenia Beverages Sdn Bhd, Batu 6 1/2, Jalan Putatan, 88100 Putatan, Kota Kinabalu, Sabah. (sebenarnya kilang dekat ngan rumah aku heheheheheh) dan kilang ni tak tersenaraipun di dalam portal halal tu?

Ok kat sini aku bukan nak buat kenyataan plak... jangan nanti pihak Gardenia baca ni then saman aku plak heheheheh entri aku ni adalah utk membuat kepastian jer kalau ada statement dari drg lagi bagus.. boleh la menghilangkan segala keraguan.... dan aku rasa isu status halal dan haram ni hanya apply kat negeri sabah kot... since kilang produk mereka yangterletak di negeri Sabah.. Harap para pembaca sekalian dapat dapat memberi komen mengenai perkara ini. Sekian Terima Kasih.

blogger lain yang tulis pasal ni---> http://so-calledchloe.blogspot.com/2011/01/bread-gardenia-ada-lemak-babi.html 

---------

UPDATE TERKINI: MENURUT SUMBER TERBARU ISU INI SUDAH PUN DISELASAIKAN DAN STICKER PENUTUP TANDA HALAL PUN TELAH DIBUKA... WALAUBAGAIMANAPUN ANDA DINASIHATKAN SUPAYA BERHUBUNG DENGAN PIHAK JAKIM UNTUK PERKARA YANG  LEBIH JELAS.. SEKIAN TERIMA KASIH :)

Wednesday, January 5, 2011

MANGGAS OFFICIAL T - SHIRT... OUT NOW!!!!!!!

Official Tee MANGGAS. RM35 by hand, RM40 by post. Size available L (21inch pit to pit), XL (22inch) and XXL (23inch) only.
FOR ENQUIRY: SMS OR CALL 0195800760 (JOAD)
Artwork by: Ironwork Gravefixx
Printed By: Magenta Screen
Minta jasa baik tuan / puan untuk tolong promotekan...
P/S: kalau nak model model baju tu utk memperagakan fesyen anda sila kontek saya utk berunding.. harga yang kami tawarkan adalah sangat berpatutan.. hehehehehehehe sesuai utk busana2 yang bersaiz L dan ke atas... \m/

Monday, January 3, 2011

SESEKALI KU TERASA TERINGIN

selalu pekena ngan telur (kalau ada cikinwing kira bonus la) jer tapi kekadang terasa plak nak pekena ngan udang huhuhuhuhuhuhuhuhuhu tapi kalau takder....
kena ni pun jadi la hehehehehe

p/s: Ohhhh yah lupa plak.. SELAMAT TAHUN BARU untuk anda semua....