Hari tu aku ada cerita pasal Pringles yang takder status halalkan? (klik SINI) Kini aku terdengar lagi desas desus mengenai Status halal akan Roti keluaran syarikat Gardenia. Desas desus tu kata roti tu telah dibatalkan / ditarik balik sijil halalnya. Ada sumber kata lagi yang berita ini dari JAKIM. Errr aku tak la ambik port sgt pasal jarang jugak aku beli roti gardenia ni.. ini kerana produk gardenia di Sabah tidak la seperti di Semenanjung.. beza rasa dia....
Nak di jadikan cerita semalam aku ngan wife aku p jalan2 nak cari barang makan sikit.. singgah aku di sebuah kedai runcit then usha2 barang.. then aku nampak selonggok roti Sandwich Gardenia tu.. then aku teringat balik pasal cerita yang roti tu tak halal. Then aku p la belek2 bungkusan roti tu nak baca kandungannya.. ic biasa jer takder la plak sumber bahannya yang haram.... tapi bila aku tengok kat logo halalnya telah pun di tutup ngan sticker warna putih (sorry takderamik gambar masa tu heheheh) aku belek lain bungkusan mmg semuanya (logo halal) tersebut telah di tampal sticker... ic betul ker berita tu then aku cuba google info dan terjumpala berita dari akhbar tempatan pasal roti gardenia ni. Dlm berita tu JAKIM menafikan bahawa mereka ada mengeluarkan kenyataan mengenai isu status halal roti keluaran syarikat Gardenia. Pihak Jakim menasihatkan supaya orang ramai pergi ke portal halal iaitu www.halal.gov.my untuk mendapat sebarang info mengenai status halal makan di Malaysia ni.
Bila aku pi portal halal tu aku cari la pasal gardenia then aku terjumpa INI . Sana mengatakan bahawa Gardenia ada tersenarai di dalam status halal mereka... tapi status halal tu di anugerahkan kepada kilang Gardenia yang beralamat GARDENIA BAKERIES (KL) SDN BHD, LOT 3, JALAN PELABUR 23/1, 40300 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN,MALAYSIA. Walaubagaimanapun, untuk di negeri Sabah Roti Gardenia dikilang oleh kilang yang beralamat Gardenia Beverages Sdn Bhd, Batu 6 1/2, Jalan Putatan, 88100 Putatan, Kota Kinabalu, Sabah. (sebenarnya kilang dekat ngan rumah aku heheheheheh) dan kilang ni tak tersenaraipun di dalam portal halal tu?
Ok kat sini aku bukan nak buat kenyataan plak... jangan nanti pihak Gardenia baca ni then saman aku plak heheheheh entri aku ni adalah utk membuat kepastian jer kalau ada statement dari drg lagi bagus.. boleh la menghilangkan segala keraguan.... dan aku rasa isu status halal dan haram ni hanya apply kat negeri sabah kot... since kilang produk mereka yangterletak di negeri Sabah.. Harap para pembaca sekalian dapat dapat memberi komen mengenai perkara ini. Sekian Terima Kasih.
blogger lain yang tulis pasal ni---> http://so-calledchloe.blogspot.com/2011/01/bread-gardenia-ada-lemak-babi.html
---------
UPDATE TERKINI: MENURUT SUMBER TERBARU ISU INI SUDAH PUN DISELASAIKAN DAN STICKER PENUTUP TANDA HALAL PUN TELAH DIBUKA... WALAUBAGAIMANAPUN ANDA DINASIHATKAN SUPAYA BERHUBUNG DENGAN PIHAK JAKIM UNTUK PERKARA YANG LEBIH JELAS.. SEKIAN TERIMA KASIH :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
ANDROID GAME
(2)
AWARDS
(2)
Charity
(3)
IRON MAIDEN SINGAPORE
(9)
KOLEKSI KARANGAN
(3)
My Band
(25)
My Family
(2)
My Gadgets
(12)
My Hobbies
(26)
My REVIEW
(34)
MY WEDDING
(3)
NEWS
(36)
NONSENSE
(68)
OPINION
(30)
OTHERS
(15)
RAMADHAN SPECIAL
(7)
Resepi Rahsia a.k.a secret recepies
(14)
SEASON GREETINGS
(17)
SHARING
(175)
SIRI BERCAKAP DENGAN SUPERHERO
(3)
SONG / VIDEO DEDICATION
(21)
SPECIAL ISSUES
(2)
TAG
(2)
Terkenang Semasa Dulu....
(1)
VACATION
(15)
WORLD CUP 2010
(2)
13 comments:
thanks for sharing
"sebenarnya kilang dekat ngan rumah aku heheheheheh" - ooo yaka?
gardenia sabah ada buat air berkarbonat, paling popular bila waktu nak raya... paling kick cream soda sbb warnanya kuning mcm air kencing :)
alien: no problem
ijau: dkt ngan rumahku di putatan
Salam.. sy sekarang berada di sabah. dah 2 minggu kat sini. bila lama2 teringin pulak makanan kat semenanjung dan macam2 la.. teringin roti gardenia (makan dengan milo.. sedap ooo)..
since teringin, ptg td saya pergi la beli roti gardenia kat orange,masa beli dah perasan, bungkusannya lain. smpi bilik hotel, belek2, baru perasan yang tanda halalnya ditutup seperti yang dikata. saya bukak laman jakim, memang tidak tersenarai kilang yang buat roti tersebut. saya pun google untuk mendapatkan kepastian, terjumpa blog ni. thanks for sharing. nampaknya roti tu, sy akan buang je la. daripada ragu2, baik tak payah makan. =)
lina: aku rasa jakim tak dpt keluar kenyataan pasal kilang gardeni di semenanjung masih tersenarai.. ini kerana ianya bakal menjejaskan jenama gardenia... mungkin perkara ini akan di selasaikan oleh pihak pengurusan gardenia pusat.
kilang roti gardenia kat inanam yang di putatan tu hanya buat minuman sahaja....
man: yang di inanam pun tiada dalam list jakim
saya rasa halal bah tu pasal maslahnya di sini ialah jakim belum masukkan dalam senarainya kemungkiannya syt gardenia sabah samada belum memohon atau malas nak buat diaorang pun main hentam ja lekat2 itu cap halal, tapi secara peribadi saya rasa ia halal, sebab bukan made in china ma
anon: mungkin kot.. cuma saya ada dgr kabar angin yang lesen halal tu di tarik balik pasal berus utk sapu butter roti sebelum masuk oven tu di buat dari bulu babi... isk tak tau la... macam2 cerita... saya share hanya sekadar kongsi berita.. maklum la kalau kita was was baik jangan makan kan? kalau yakin.. heheh radak jer la...
nak tahu...pekerja2 di gardenia inanam tu 80% adalah indon-suku timor- mang sah lah tak kompeten untuk digelar halal...dan memang tak sanitasi sgt la kilang tu..
Sorry, saya baru terjumpa site ni. Saya pernah call Gardenia yang kat Shah Alam berkenaan perkara ini. Bercakap dengan ahlijawatan kuasa halal mereka, EN Rosli. Mengikut beliau Gardenia Semenanjung dengan Gardenia Sabah mempunyai entiti berasingan iaitu 2 syarikat berbeza. Mungkin sebab itu produk pun berbeza. Producl Yang Semenanjung semua telah disahkan halal oleh JAKIM.
anon 9:31: yup mmg betul apa yang anda katakan.. perkara ini melibatkan gardenia di sabah
aku xth kilang 2 jenis aper ntah.. xbg staff lelaki kua semayang jumaat... sgt terok!!!!!!!
Post a Comment