Pesta GATA ni diadakan selama 3 hari yang mana bermula pada 31/07/2009 (Jumaat) hingga 02/08/2009. Aku hanya dapat mengikuti sambutan pada hari pertama (31/07/2009) dan sambutam pada hari penutupan iaitu (02/08/2009). Jadual aku yang padat menghadkan masa aku ngan Pesta GATA... Oleh itu aku nak citerkan korang dengan cerita bergambar mengikut kronologi sambutan Pesta GATA Sipitang 2009 yang telah aku hadiri walaupun tak secara menyeluruh....
Hari pertama aku tiba di lokasi agak awal yang mana jam masih menunjukkan jam 8.30 pagi.. niat aku datang awal nak tengok upacara perasmian pembukaan Pesta Gata Sipitang 2009. Walaubagaimanapun sampai jer kat lokasi aku pi cari kedai mamak utk pekena Mee Goreng Berkolestrol tinggi yang lazat sebagai santapan sarapan pagi aku... Mee Goreng punya pasal aku miss upacara perasmian yang disempurnakan oleh ahli Parlimen Sipitang datuk Sapawi bin Haji Ahmad dengan di iringi oleh Y.B Kamarlin Bin Haji Ombi (ADUN N.27 Lumadan) dan Y.B Haji Ahmad Bujang (ADUN N.28 Sindumin).
Nasib la mee goreng tu rasa berbaloi utk termiss upacara ni hahahahahaha aku tiba di lokasi perasmian masa tu ketiga - tiga wakil rakyat ni dah pun ada kat dalam gelangang gasing... Heheheh drg nak cuba bakat bermain gasing.. heheheheh masa ni aku tak sangka yang Y.B Haji Ahmad Bujang sangat handal bermain permain gasing.. heheh menurut beliau.. permainan gasing ni adalah permainan kegemaran beliau semasa zaman kanak - kanak beliau.
Untuk pengetahuan korang pesta gasing ni di sertai oleh peserta dari negeri Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan Negara Brunei Darussalam, dan Negara Singapura. Ini adalah tujuan utama aku pergi ke Pesta GATA!!! Seumur hidup aku sebenarnya aku tak pernah tengok secara live orang main gasing... lebih2 lagi acara ni dipertandingkan dengan membuka penyertaan dari negara luar. Hehehehe
Masa tengok pertandingan main gasing ni aku mmg tak tau apa2 pasal undang - undang dan terminologi yang diguna pakai di dalam permainan gasing ni. Aku tau ada dua kategori.. satu main pukul dan satu main sapa paling lama pusing... bentuk gasing ada berbeza bergantung dengan kategori yang disertai. Walaubagaimanapun, ada piawaian standard di dalam menentukan berat gasing yang layak bertanding memandangkan kat meja pengadil aku ternampak sebuah timbangan.. tak tau la aku kalau2 timbangan tu saja - saja jer dorang nak letak utk kasi keliru penonton yang hadir.. hahaha ada timbangan baru nampak gempak.. or timbangan tu di gunakan oleh pengadil main timbang - timbang jikalau mereka merasa bosan semasa pertandingan itu dan ini dapat mengelakkan mereka dari terlena. Namun, aku akui bahawa menonton pertandingan main gasing ni sangat mengujakan lebih - lebih lagi kalau kedua lawan tu sama handalnya....
Selain daripada gasing... ada satu tempat yang mmg menjadi tumpuan orang ramai iaitu Rumah Lansaran...Rumah lansaran ni kalau tak silap aku adalah rumah suku kaum murut (betul2 aku tak tau la...).. kat dalam rumah ni ada ruang di tengah untuk main satu game namanya lansaran? hahah apa itu lansaran? errmmm game tu kan kat lantai rumah tu macam ada spring (yang di buat daripada kayu.. then di lakukan secara berkumpulan.. mereka hentak2 then satu orang lompat untuk capai satu benda yang kena gantung kat atas syiling rumah tu.. heheh tinggi juga dorang kena lompat... hehehe gambar kat bawah ni sempat aku ambil sebelum naik ke rumah lansaran.
Kat bawah ni adalah contoh bagaimana mau main lansaran... heheh mmg menguji semangat berkumpulan... kena satu hati main bendi ni.,. kalau tak susah nak lompat... pasal ianya memerlukan daya... berat badan perserta untuk menghasilkan momentum untuk tukang lompat melompat lebih tinggi..lebih kurang macam tu la.. isk macam kelas fizik plak.. ntah hapa2 yang aku ckp ni..
Hahahaha dah hentak2 then satu orang akan lompat macam mamat kat bawah ni...
Memang banyak la gambar aku snap masa hari perasmian tu hehehe k.. korang nikmati gambar2 tu dulu ....
Pisang Mempunyai 7 Jantung... Mengikut pegawai yang bertugas ada lagi yang mempunyai 11 jantung tapi tak di bawah ke tapak pameran....
Ni Member aku Syarin namanya... cun ker basikal tu? err sebenarnya basikal tu bukan dia punya... brader jual air tebu yang punya.. kita orang sajer jer pinjam mau guna ambik gambar.... menurut syarin dia nak kirimkan gambar ni kat majalah moto di ruangan berkenalan...
Teknik Menulis Kat Atas Beras...
Uncle ni bukan saja cun tulis beras... malahan dia jugak cun menulis guna bambu...
Amacam? Cun Tak?
Ni Plak Signature Series.. Y.B Datuk Sapawi Haji Ahmad.. heheheh
Kat gerai pameran suku kaum Kedayan... masa aku snap gambar ni drg tengah jamming main lagu tradisional... layan jugak la hehehe
Ni Plak lokasi sukan air di jalan kan... cun la pemandangan dia... layan memancing kat sini pun syok....
Semua gambar di atas aku ambik kat rumah Lansaran... Macam ada yang korang berminat?
Alamak hari dah senja.. aku nak blah dulu la.... hehehe sorry pasal tiada liputan utk hari yang kedua....
HARI KETIGA (PERASMIAN PENUTUPAN)
Majlis Penutupan GATA Sipitang 2009 disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah...
Fuhhh.. hari last ni lagi grand jika banding ngan ari pertama.. aku tiba di lokasi jam 9 pagi.. hahaha jalan raya dah penuh dan dan nasibla aku manage jumpa satu tempat park keta dekat ngan lokasi pesta... panas jangan ckp la... hehehehe.. lebih banyak peragaan baju tradisional... hehehe korang tengok la gambar kat bawah ni....
Semua Gambar diatas diambil semasa menyambut ketibaan Ketua Menteri Sabah...
Kalau kemarin kita orang rembat moto abg jual air tebu.. hari plak syarin lebih agresif!!! Dia rembat moto pakcik Bomba plak....
Ni bukan perhimpunan mansuh ISA.. hehehe masa ni drg nak catat rekod peserta main gasing paling ramai iaitu 1000 orang... heheheheh mmg ramai la... drg main dgn serentak.. kononny7a nak masukkan di dlm buku rekod Malaysia....
Ni plak gimik majlis penutupan heheheh ada gasing besar yang berasap... hehehehe gempak...
Pemain Kompang dari kampung aku weeeiiii....
Amacam kiut tak cik adik yang bersilat ni... aku tak tau apa jenis silat dia ni... aku rasa silat senyum kot pasal sepanjang dia perperform sambil bersilat dia asyik senyum jer....
Kali ni aku nak promote band member aku hehehehe kalau band Dewangga Sakti ngan gambus nya ni plak lagi tradisional... band ni adalah Band Sandaman... sandaman ni nama kayu sebenarnya. nama guna nama sandaman.. heheh ini kerana hasil bunyian music mereka kebanyakkan di hasilkan daripada kayu jenis sandaman... mmg layan la lagu mereka ni... Vocal pun harmoni.. more photo kat bawah ni...
Gitar tu juga di buat dari kayu sandaman (bass tu tak).. err tonenya? kureng la untuk aku heheheheh B.C Rich Rules!!!!
Kalau nak detail drg hehehehehe kasi tau aku nanti aku usha ngan pengurus mereka hehehehehehe....
Ni Champion Mr. Brunei Darussalam hehehehehe
Pasukan Tarik Tali Limbang , Sarawak
Pasukan Tarik Tali Negara Brunei Darussalam
Antara acara yang menarik pada hari tersebut adalah pertandingan akhir acara tarik tali di antara pasukan Limbang, sarawak menentang pasukan Brunei.. Untuk pengetahuan korang pasukan Brunei adalah juara bertahan untuk acara ni.. tak hairan juga la drg ni mmg dah ikut acara ni peringkat antarabangsa... baru - baru ni drg p vietnam kalau tak silap aku untuk ikut acara tarik tali terbuka vietnam.
Pasukan berhempas pulas untuk mengekalkan kejuaraan mereka...
Manakala pasukan limbang plak berusaha untuk merampas kejuaraan itu daripada pasukan Brunei... heheh memang semangat berpasukan diantara kedua kumpulan amat tinggi.. tak hairanlah mereka boleh masuk hingga ke peringkat akhir...
Namun akhirnya Pasukan Brunei tetap mempertahankan kejuaraan mereka... tahniah untuk mereka
Walaupun tewas dan mendapat tempat kedua... pasukan limbang juga harus diberi pujian atas kesungguhan mereka menentang pasukan Brunei pada pusingan akhir...
Sekadar Hiasan
Malamnya plak ada pertunjukkan bunga api dan sambutan Malam GALA yang mana ada artis tempat di jemput untuk membuat pertunjukkan.... ok la macam panjang sgt plak aku menulis kali ni.... hehehe wooii penat aku taip ni.. korang apa lagi p la klik iklan nuffnang aku kat atas tu.. heheheheheheh.. cheers