Wednesday, January 21, 2009

ARTIS MALAYSIA YANG PALING GANAS!!!

Gambar: Sekadar Hiasan

Forum Metal Terus adalah tempat yang bertanggungjawab di dalam mentrigger aku utk buat entri ni. Banyak pihak mendakwa bahawa musik black metal telah menyesatkan akidah para pendengarnya lebih - lebih lagi golongan remaja. Ini telah dibuktikan oleh  sekumpulan penyelidik bangang makan taik dari Universiti Malaya (klik di sini). Tidak dapat dinafikan memang ada di antara pemuzik yang telah terpesong akidahnya tapi inilah yang dikatakan gara - gara seekor kerbau membawa lumpur abis semua kena kata sembah setan... Untuk pengetahuan korang muzik metal ni sememangnya selalu berpandukan alam2 mistik dan gelap sebagai subjek di dalam lirik lagu. Namun ianya sering di salah ertikan oleh sesetengah pihak yang konon mempunyai kuasa di dalam menentukan akidah seseorang. Senang cerita begini la, kumpulan muzik ini ada tidak jauh bezanya dengan kumpulan anak wayang. Setiap persembahan mereka mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri. Contohnya Wayang MAUT cerita yang paling best cerita mengenai kejahilan masyarakat kita. Mestilah pakaian dan jalan ceritanya mengisahkan wayang maut tu sendiri. Macamlah kumpulan muzik metal ini, cara pemakaian mereka dan penampilan dipentas adalah menunjukkan mesej yang hendak di sampaikan. Takkanlah pemuzik metal yang mendendangkan lagu berunsurkan ilmu Hitam pakai pakaian seperti kumpulan WESTLIFE... adei tak sesuai langsung!!! Bodoh!!! Memang ada pemuzik yang terpesong tapi seperti wayang gambar ianya patut di gam sahaja... nampak tak logiknya di sini?

Ok sekarang aku nak cerita kat korang... Artis Malaysia yang paling ganas di dalam sejarah industri muzik Malaysia dan aku rasa rekod ini tak kan dipecahkan sampai bila - bila... Artis tersebut bukannya datang dari genre metal akan tetapi artis pop yang pames semalaya....

Gambar: Arwah Mona Fandey

Korang pernah dengar tak kisah Mona Fandey? Hahahaha Mona Fandey ni ataupun nama sebenarnya Maznah Ismail adalah seorang penyanyi pop yang muncul di sekitar pertengahan tahun 1980 - an. Beliau pernah muncul dengan album vinil yang berjudul Diana 1 dan diriliskan oleh MJF production pada tahun 1987. Walaubagaimanapun, kehidupan beliau sebagai artis tidaklah begitu panjang. Walaubagaimanapun, beliau meneruskan kehidupan dengan menjadi seorang dukun hahahaha dan still guna stage namenya MONA FANDEY untuk mengekalkan popularitinya. 

Gambar: Cover Album Diana 1

Kemuncak kariernya sebagai artis/dukun ialah apabila seluruh negara gempar dengan pengelibatannya secara langsung dalam kes pembunuhan bekas ADUN Batu Talam , Pahang Arwah datuk Mazlan. Mona Fandey yang mendakwa telah banyak membantu ahli - ahli politik untuk berjaya di dalam karier politik mereka dan salah seorang pelanggannya adalah arwah datuk Mazlan. Mona Fandey yang bersekongkol dengan suaminya Mohd Affandi dan pembantunya Juraimi di dalam upacara pemujaannya. Beliau dipercayai mendapat imbuhan yang agak besar daripada arwah Datuk Mazlan sebagai bayaran untuk mendapatkan tangkal yang kononnya dapat menaikkan karier politik arwah. 

Gambar: Side A Diana 1

Walaubagaimanapun, ianya berakhir dengan tragedi yang mana Arwah Datuk Mazlan telah menjadi korban di dalam upacara tersebut. Mengikut laporan daripada pihak polis, mayat arwah Datuk Mazlan ditemui dalam keadaan yang mengerikan dengan badannya telah dipotong kepada beberapa bahagian... Fuh... memang power lah Mona Fandey ni.. Kumpulan Gereja Syaitan dari Norway pun takder buat macam ni.

Gambar: Side B Diana 1

Setelah gugurnya hukuman mati kepada Mona Fandey ni, beliau telah mati di tali gantung pada Subuh 02 November 2001. Huh sungguh brutal dia ni yek... Sebenarnya faktor rosak akidah ni adalah dipengaruhi macam - macam faktor dan ianya bukan terhad kepada musick metal... Jangan terperanjat kalau korang terjumpa pemuzik ataupun pelakon yang telah jauh tersimpang akidahnya... ala paling senang.. drg sibuk nak highlight musick metal ni sesat.. kasi selasai la dulu kes ayah pin baru la nak huhahuha. Isk apa aku cakap ni hahahaha Moralnya apapun minat kita janganlah sampai menyebabkan kita menyimpang daripada akidah dan landasan agama yang diamalkan... Sekian...

p/s: rasa - rasanya adakah artis Malaysia nak pecahkan rekod ni?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT