Thursday, February 12, 2009

isKETAMbola MASAK MERAH

Gambar: Ni sebelum di simpan ngan santan hehehehe

Ketam ni sebenarnya diberi secara percuma kepada bapak aku oleh en. Noi... thanx a lot.. kalau kat kedai mau2 RM5 sekilo.. heheheh tapi bapak aku call lagi yang dia ada beli another ketam dlm yang versi lebih besar namun harganya besar jugalah hehehe iaitu RM10 sekilo. Dengan menggunakan sistem majoriti mudah... ketam ini diputuskan supaya di masak merah hahahaha.. merah kan tanda berani.. so, mari kita proceed ke step yang seterusnya.

Masa ketam ni di bersihkan kulitnya dibuka dan otaknya(dia punya otak ke itu?) diasingkan di dalam mangkuk... pastu buang la kulit tu... jgn lupa korang ketuk kecih pecah sikit kulit sepitnya supaya bila dah masak senang korang nak mendesecrate sepit kelak. Pastu cam biasalah korang kasi sedia garam , ajinomoto, bawang putih, bawang merah, halia, santan (masa masak ni pakai santan paket jak), sos cili & tomato, cili kering dikisar dan sikit air.

Gambar: Sudah sedia untuk dimakan...

Bahan - bahan tadi cam bawang, halia tu ditumbuk ataupun dikisar.. ikut suka hati korang. pastu panaskan kuali then tuang sikit (secukup rasa minyak masak then) baling bahan2 yang ditumnuk tadi kat dalam minyak yang dah panas tu. Dah naik bau wangi bawang dan halia tu,, korang simpan plak cili kering yang dikisar tu secukup rasa korang.. jgn la byk sgt nanti budak2 tak dapat nak makan. kacau2 then tuang sos cili dan sos tomato (sos tomato ni korang boleh ganti ngan air asam jawa).. macam dah naik bau korang tuangkan otak ketam (ekk otak ke telur tu? aku pun tak tau hahaha) ke dalam bahan tumisan tadi.. then campaklah ketam tu sama.. then kacau dan gaul hingga rata. Macam koran bajet2 dah masak then apa lagi korang tuang santan tadi... (kalau nak extra lemak bykkan la santan tu hahahah tapi jaga kolestrol akan meningkat!!!) then siap... Step seterusnya korang amik pinggan then makan ngan nasi panas.. fuhh... Selamat mencuba...

Tuesday, February 10, 2009

BALZAC: THE MAKING OF CAME OUT THE GRAVE CD featuring FIENDISH GHOULS NIGHT T SHIRT

Baru - baru ni En. Joad sempat beriak BalzacWi ngan aku aku pasal baru dan CD Balzac dia baru sampai setelah seminggu lebih mengorder dah shocker international(laman web yg jual merchandises Band Balzac). So, dengan kesempatan tu aku berpeluang untuk review sikit dan kongsi ngan korang semua pasal benda - benda yang di order ni... Untuk review pasal yang pernah aku buat korang boleh klik kat SINI pasal kat situ juga di sertakan pautan utk ke Shocker International.  Untuk review kali ni aku akan review tentang T Shirt The Fiendish Ghouls Night ngan Cd audio The Making of Came Out The Grave.

Gambar: T- Shirt pandangan depan (jgn tertipu gambar itu bukannya 3d tapi hanya bentuk perut model baju)
T-shirt yang di order ni adalah diantara design terbaru yang dioffer kat dalam Shocker... Kira gempak la bagi peminat fanatik Balzac... Kalau pakai mmg boleh riak tahap koyak lubang idung punya. Namun agak berbeza dari segi material kain yang dia guna pada T shirt kali ni. Ntah la... Aku perasan kainnya agak nipis sikit berbanding dengan T Shirt yang aku order sebelumnya. Tapi untuk harga sememangnya t shirt fiendish ghouls night agak sedikit murah jika berbanding ngan yang aku beli sebelum ni (utk makluman pattern tu dah sold out heheheh). Mungkin sebab baju yang sebelumnya aku order dari Jepun website (rasanya la...  pasal drg charge guna YEN) dan yang ni plak Joad order dari International Web.. di charge dalam USD (betul ka Joad?) Mungkin ada sikit pengurangan kualiti material utk cut cost... Walaubagaimanapun kualitinya masih berada di tahap yang baik. Ngam juga dorang kasi nipis sikit kainnya pasal cam baju aku tu kainnya tebal dan mmg panasla kalau dipakai diwaktu tengahari org time gigs hehehehe (takpe horror punya pasal pakai jak la)

Gambar: Pandangan belakang la plak
Amacam.. cun tak? kalau korang tak suka apa leh buat.. dah kitaorang minat sangat.. apa2 pun nampak cun... macam la orang minat mawi.. kalau dah minat tu.. muka dia time meneran taik keras pun boleh korang buat poster.. betul tak? Fanatik la katakan... Memang world abisla... Ok la stop citer Mawi world... Kita sambung plak pasal CDnya... CD The Making of Came Out The Grave ni adalah limited edition... Hanya sesuai untuk peminat fanatik... Kalau orang baru nak kenal Balzac cd ini takkan menjadi rekomendasi aku... Walaubagaimanapun bagi akulah Album Came Out The Grave adalah album terbaik Balzac dan aku minat semua lagu kat dalam album ni... So, Cd limited edition ni plak kisah the making of album Came out the grave... Cehhh macam movie plak.

Gambar: CD dier la ni... Harganyer USD5 kalau tak silap free utk ahli Fiendish Club
Package CD ni agak simple jak yang mana sarung plastik cover sekeping dan CDnya hahahaha kat dalam mengandungi 18 lagu yang mana sebenarnya hanya ada 3 title iaitu Came Out The Grave 7 track, Inside My Eyes 7 track, & Zetsubou - no Ano - Basho - E 4 track.. ehehehe faham tak.. kalau tak paham sila klik gambar2 kat bawah nun... utk lebih jelas. Kalau korang dengar ianya merupakan proses pembikinan riff lagu (3 lagu ni mmg fav dlm album Came out the grave).. Dari sessi jamming kat tembok... versi baru buat riff hingga la ke versi jamming ada silap2 jam lagi hahaha dan sehingalah proses terakhir jadi track minus 1... hahaha boleh karaoke wa ckp lu... tapi kalau dengar versi demonya mmg haprak la hahahaha baik korang amik gitar tong pastu main + nyanyi lalalala(tanpa lirik) record then rilis gitu la suasananya hahahah.. tapi kalau korang dgr dari mula korang akan nampak macamana proses lagu tu dibuat. Memang sesuai ngan titlenya The Making of...

Gambar: Ni Cover depan CD tu...

Gambar: Ni plak cover belakangnya... klik utk tengok list lagu dorang

Gambar: Ni plak goodies daripada cd yang korang beli...
Korang beli CD ni ada dapat free gift juga... Bagi peminat fanatik goodies ni adalah sesuatu yang berharga heheh walaupun ianya hanya sekeping kertas hahahahaha. Kalau beli CD ni korang dapat sekeping Calendar, dan tiket lama utk show drg yang lepas2 hehehehe kira ok la.. free... so ambik jak la. Oklah rasa takat ni jak la ruangan review aku... oh yah kalau korang nak jadi ahli kelab Fiendish balzac ni yurannya hanya 50usd utk seumur hidup... upon registration korang boleh dapat free gift dari band ni such as tshirt.. bla bla bla dan bla... dan juga diskaun la heheheh so, p la check it out di website dorang nun...
p/s; aku tak faham ngapa gambarnya tunggang terbalik padahal masa aku upload nampak ok jak...

Monday, February 9, 2009

UDANG GORENG TEPUNG ala WOLVERINE BLUES

Hari minggu baru - baru ni aku balik dari merambu dengan geng Rakan Muda Rekreasi aku .. fuhh perut aku lapar la pasal aku tak ambik lunch pada masa tu.. balik jak kat rumah haiya... belum siap masak lagi... Atas desakan wolverine kat dalam perut aku yang mencakar kerana lapar aku terdorong untuk membantu komrad yang bertugas didapur pada malam tu.. Aku survey2 apa ada kat peti sejuk nah terjumpa udang segar yang baru dibeli kat dalam plastik... hahahah tanpan menjalankan pengundian seperti yang selalu aku buat aku teruskan menggunakan kuasa veto aku untuk memutuskan bahawa aku akan masak udang Goreng Tepung ala Wolverine Blues kerana perut aku yang suda berkeroncong wakakakakaka. Nampaknya keputusan aku tak dibantah melainkan mak aku suruh asingkan sikit udang tu untuk direbus hahahaha ok la aku pilih yang besar2 untuk di rebus then aku teruskan misi aku memasak udang ni hehehehehe....

Udang tu kena beli dengan harga yang agak mahal... iaitu RM18 sekilo.. (biasa boleh dapat dalam RM16 or 15 per kilo) so, takla kitaorang beli bebanyak... cukup untuk sekali makan jak... Bahan - bahannya biasala udang yang di kupas kulitnya (tapi kulit kepala aku tak kupas)... pastu aku bilas ngan air... Then aku guna tepung kek untuk digoreng ngan udang ni.. tepung kek naik sendiri jenama Blue Key jadi pilihan aku pada hari tu... Bubuh tepung secukup rasa, then tabur garam dan lada putih then simpan air Reverse Osmosis hahahaha secukup rasa.. ingat simpan air tu sikit2 jangan terlebih air nanti jadi cair plak bancuhan tepung tu... biar dia pekat supaya tepung tu senang melekat kat badan udang tu. Then, jangan korang pura2 tak tau apa nak buat lagi.. hahaha panaskan minyak kat kuali then gaulkan bancuhan tepung tadi ngan udang hingga rata.. kalau taknak gaulkan korang boleh celup sekor sekor... bergantung dengan tahap kerajinan korang. Macam aku perut dah berbunyi malas nak main celup2 hambur terus sekali hahahaha.. sama juga rasanya tapi tak cantik la hahahah hasilnya seperti macam gambar di atas.

Sudah siap mengoreng udang... aku buat plak sos cicahnya.. hahahah sos cicah ni ikut citarasa korang la.. korang nak cicah ngan air sabun sekalipun aku tak kisah hahahahah.. tapi untuk makan malam tu aku buat cicah mayo aku yang paling kult yang mana aku ambik 2 sudu mayo + 1 sudu jus oren sunquick yang pekat, Sos Cili secukup rasa + Sos Tomato secukup rasa... then gaulkan hingga rata. Pastu apa lagi... p la cari pinggan then selamat menikmati udang goreng bertepung ala2 wolverine blues aku ... yeaaarrrgghhh!!!!