Thursday, January 22, 2009

BALZAC - EUROPEAN HATRED TOUR DVD

Baru - baru ni aku p usha - usha website Band Horrorock Jepun kegemaran aku BALZAC. Huh... ada rilisan baru rupanyer. Sebenarnya untuk 2 rilisan terbaru Balzac ni aku tak berapa berkenanlah... aku lebih prefer yang lama punya, namun tidak dapat dinafikan terdapat kemajuan dari segi music dorang. Memang banyak meningkat dengan gabungan line up yang kira mantap cuma bahasa english si Hirosuke tu hehehe mmg standard english jepun la. mmg dah trademark dia sampai ada komen kat youtube channel dorang mengatakan yang mamat tu tak paham yang hendak drg sampaikan dalam lagu tu tapi dia still enjoy hingga dia masih dengar lagu tu setiap hari hehehehe. 

Apa yang hendak aku citer kat sini adalah mengenai DVD terbaru dorang yang berjudul "HATRED LIES SLEEPS INSIDE" yang mana Dvd ini mengandungi rakaman konsert jelajah Europe mereka sempena mempromosikan albumk "HATRED" mereka pada bulan Ogos tahun lalu. Dalam DVD ini juga mengandungi video muzik untuk lagu - lagu di dalam album hatred termasukla sebuah sebuah hidden or secret kata dorang video clip yang berjudul "WALLS: TRIBUTE TO ST. PAULS". Kat bawah ni ada aku kepilkan 2 buah promo video dorang untuk mengoda korang supaya suka balzac hehehehehe... Balzac (selain The Misfits) ini adalah antara band yang memberi pengaruh kepada direction musick band aku Mi Scusi.

WALL: TRIBUTE TO ST. PAUL

link asal klik di ---> sini

INSIDE MY EYES VIDEO PROMO

Link asal sila klik di --->sini

Oklah kalau korang rasa berminat ngan band ni bolehlah lawat dorang kat laman web rasmi dorang (klik kat sini) dan jika dah berkenan ngan dorang dan teringin plak nak beli merchandises dorang pi la lawat online store dorang (klik kat sini la plak). Untuk pengetahuan korang berhati - hati jika nak berurusan pasal merchandises dorang yang mana sumbernya bukan dari online store dorang... contohnya nak beli kat EBAY ker.. or mana2 selain Shocker World Wide. Bukan apa ada penipu kat sana dan benda ni ada terjadi ngan kawan aku hehehehe (aku taknak cakap nama dia). Gambar kat atas tu adalah gambar aku pakai baju Balzac yang aku beli dari Shocker. Harga termasuk shipping errrr dalam RM120 mmg agak mahal la jugak namun kualitinya mmg puas hati fabrik yang tebal tapi selesa dipakai. Marilah kita memBALZACkan diri kita heheheheheh STAY ROCK!!!

2 comments:

Anonymous said...

Mcm fit udah tshirt Balzac mu tu jai, bg aku la. hahahaha- Joad3523

Anonymous said...

ada banyak!!!