Friday, March 20, 2009

KISAH TEMAN SIPEMANCING - EDISI DI TEPI PANTAI

Semalam lepas balik dari keja, Jackie iaitu salah seorang dari rakan pancing aku menghubungi aku melalui telefon mengajak aku ke pantai untuk menangkap ikan. Hahahah pucuk dicita ulam mendatang... sudah lama aktiviti menangkap ikan aku terbantut rentetan daripada keadaan cuaca yang tidak menentu. Walaubagaimanapun, pada misi hari tu kami menggunakan pukat bersaiz 2 inci untuk menangkap ikan. Berbeza dgn teknik yang selalu digunakan oleh kami kerana penggunaan pancing sangat tidak praktikal digunakan pada masa itu. Untuk yang tidak pernah mengikuti cerita tentang aktiviti menangkap ikan aku, selalunya kami menggunakan pancing namun untuk kawasan tepi pantai kami lebih gemar menggunakan pukat kerana hasil tangkapannya yang lebih lumayan.

Aku tiba di lokasi lebih kurang jam 5.30 ptg di mana cuaca amat sesuai untuk aktiviti ini. Gambar kat atas tu adalah pemandangan semasa aku baru sampai dan suasananya memang cukup tenang dan membuat aku terlupa akan tekanan kerja yang berlambak di pejabat. Hari tu skuad yang terlibat adalah Jackie, Bob, Afifi, Stark, dan Sas manakala member yang lain tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen yang lain.


Masa aku sampai aku tengok Sas yang mana seorang rakan lama sejak sekolah rendah sudah pun berada di dalam air untuk memeriksa pukat yang sudah ditahan selama lebih kurang 15 minit di dalam air. Aku tengok dia begitu asyik meneliti setiap perimeter di dalam memungut hasil tangkapan awal pada hari itu. Dari gayanya aku rasa hasil pertama pada hari itu agak memberangsangkan. Sementara menunggu Sas kembali ke daratan aku melilau di sekitar kawasan pantai sambil mengambil gambar yang mungkin boleh dikongsi bersama anda sekalian.

Gambar diambil dari jarak jauh dengan menggunakan kamera Canon Powershot A470 dan penggunaan ISO pada kadar 200 kelihatan kelibat Sas sedang memeriksa pukat. Hehehe mungkin gambar ni taklah bagus sangat tapi kira ok la bagi beginner yang menggunakan digital kamera seperti aku.

Apa korang pikir ngan permandangan ni? hehehe kalau ada awek mesti korang rasa romantik kan? Malangnya hari semua yang datang hanyalah sekumpulan jejaka yang kesunyian hahahahaha.

Memang bestla viewnya pada hari tu... sebenarnya banyak gambar yang aku ambik namun aku rasa hanya ni saja yang berada ditahap best bagi aku heheheh. Nantila kalau aku ada kamera yang lagi power aku akan ambik utk korang...

Akhirnya Sas naik ke daratan dengan hasil yang menggalakkan... Hahahah korang tengoklah kat gambar di atas. Walaupun saiz ikannya agak kecil tapi dgn jumlahnya ini kalau digoreng kering perrgghh mmg korang tak kasi can punya lebih2 lagi kalau ada cicah air asam ngan cili padi perrggh makan ngan nasi putih pun layan wa cakap lu!!! Kena lagi ngan tiupan angin yang sepoi - sepoi bahasa mmg meletup la.

Utk pusing pertama Bob mencadangkan supaya ikan tu dibakar.. fuh.. makan ikan bakar fresh la jawabnya. Kitaorang tak banyak cakap terus setuju ngan saranan itu. Then, pasang api terus la panggang.. ala2 koboi yang ikut rancangan realiti Survivor. Kebetulan lokasi kami mmg berhadapan dengan Pulau Tiga ataupun SURVIVOR ISLAND di mana rancangan realiti SURVIVOR musim pertama diadakan.

Kami tak bakar ke semua hasil tangkapan tu pasal nak stock utk second stage hehehehe....


Sudah masak apa lagi kita orang ratah jak ikan bakar tu... Teknik meratah yang kami gunakan pada hari tu adalah teknik melahap ala2 Babarian di era Roman Empire. Sekali pandang macam viking pun ada hahahaha


Gambar atas ni adalah Stark, hehehe dia ni kita member yang selalu join kita orang p mancing udang... Kalau dikirakan dia ni mempunyai pengalaman di dalam menangkap ikan namun atas sebab kesihatan beliua tidak dapat turut serta utk turun ke laut pada hari itu walaupun pukat yang kami gunakan adalah milik beliau. Kalau korang nak tau dia ni tahap superhero jugak la.. beberapa bulan yang lalu beliau telah mengalami kemalangan semasa kerja sehingga menyebabkan beliau cedera teruk. Bayangkan kalau korang terkena kejutan elektrik then terjatuh dari paras ketinggian lebih seratus kaki... Korang rasa mcmana la keadaan korang masa tu? Huh... Memang patah riuk tulang korang. Stark agak bernasib baik di dlm senario ini kerana biarpun patah di beberapa bahagian tulang kaki dan tulang pelvis nya hancur remuk sehingga kedua - dua kakinya (klu tak silap aku) terpaksa dipasangkan besi utk membolehkan beliau bergerak. Stark sangat bersyukur kerana masih dilanjutkan usia selepas kejadian tersebut dan apa yang paling menakjubkan adalah beliau masih boleh berjalan pada masa kini walaupun terpaksa mengunakan tongkat. Mengikut kata doktor, dia kena pakai tongkat tu dlm tempoh 2 - 3 tahun sebelum kakinya pulih sepenuhnya. isk isk isk kesian jugak aku rasa...

Sas sekali lagi turun ke laut utk round kedua selepas menikmati ikan bakar dan kali ini dia ditemani oleh Jackie. Huh tengoklah hasilnya selepas dia naik.. boleh tahan jugalah tapi ianya agak berkurangan jika dibandingkan dgn hasil yng pertama tadi. Mengikut Jackie arus air semakin deras dan suhu air semakin sejuk adalah faktor bilangan tangkapan kali ini berkurangan. Selain itu, arus deras telah menyebabkan banyak sampah sarap yang hanyut tersangkut pada pukat yang ditahan. Oleh itu, pada sesapa yang suka buang sampah merata - rata sila hentikan perbuatan anda kerana ianya akan menyusahkan orang seperti kami.

Oleh kerana itu, Jackie mengambil keputusan untuk mengangkat naik pukat yang ditahan naik ke daratan. Ini adalah untuk mengelakkan pukat tersebut koyak akibat sampah2 yang tersangkut padanya. Baginya cukup la hasil tangkapan kami pada hari itu dan jgnlah terlampau tamak hehehehehe lagipun kami bukan nak jual ikan2 tu... Cuma nak makan sendiri jak sambil santai2 kat tepi laut.


Grand finale pada hari tu (hari pun semakin gelap), Bob selaku tukang masak yang bertugas pada hari tu memutuskan agar separuh ikan2 tersebut dimasak rebus asam manakala yang selebihnya dibahagiankan kepada setiap member yang berminat nak bawa balik rumah. Aku tak amik bahagian dlm pembahagian pada hari tu memandangkan sumbangan aku pada hari tu hanyalah sebagai tukang makan dan jurugambar tak bertauliah. Bagilah pada yang penat2 turun dan masuk ke dalam air laut yang sejuk tu.. hehehehehehe

Nah... Ikan rebus asam versi tepi pantai... dengan bahan2 yang serba ringkas namun baunya cukup mengiurkan sesapa yang terhidu akannya. Mungkin suasana yang agak blues pada masa tu menyebabkan selera kitaorang begitu excited nak makan hehehehehe. Makan abis la seperiuk ikan rebus pada hari... pas packing sumer barang kita orang pun chow dgn segera memandangkan cuaca macam nak hujan.. hahah cabut... nanti lain kali kalau ada p tangkap ikan lagi aku akan review utk korang... terima kasih daun keladi, kalau ada masa datangla lagi... cheers!!!

Tuesday, March 17, 2009

HATI - HATI DENGAN SINDIKIT PENIPUAN MELALUI SMS

Baru - baru ni aku telah menerima teks mesej daripada nomber yang tak diketahui. Isi kandungan mesej adalah seperti berikut:

"TAHNIAH!! SIMCARD ANDA TELAH BERJAYA CABUTAN BERTUAH WANG RM20,000, DARI 'POWER ROOT' SDN BHD, SILA HUBUNGI TELEFON OFFICE: 00628998226958. TERIMA KASIH."

Number sendernya: +6288210362750

kalau dilihat nombor talian tu pun dah agak pelik bagi aku. Aku mmg tak percaya dgn benda2 mcm ni. Aku kongsikan ngan korang bukan apa, aku pasti korang pun sedar or tahu akan perkara ni. Saja jak aku nak ingatkan diri aku dan korang agar tidak mudah percaya ngan sms2 palsu begini. Sesetengah kita ni tamak dan mudah percaya apabila ditawarkan dgn hadiah2 yang lumayan. Yalah, sapa yang taknak kaya kan? sekelip mata lagi tu... Bagi aku utk kaya dan menjadi orang senang bukannya semudah yang disangka. Aku percaya hanya usaha yang gigih sahaja yang boleh membawa kita kepada kejayaan. Tiada jalan singkat... aku hairan kenapa masih ada yang tertipu walaupun saban hari kat surat kabar ada melaporkan kejadian orang yang tertipu oleh sindikit yang seperti ini. Mungkin kita tak pernah mengambil iktibar daripada kejadian yang lepas sehinggakan terjerumus ke perangkap sipenipu ini. So, kalau ya pun anda rasa anda yakin yang anda telah menang sila buat pemeriksaan teliti dengan menghubungi syarikat yang dimaksudkan ataupun berhubung dengan pihak berkuasa untuk mengetahui sebarang maklumat supaya kita tidak menjadi mangsa. Oleh itu, pesanan aku sila berhati - hati ataupun abaikan sahaja sebarang tawaran atau mesej yang mencurigakan. Ini termasuklah penyebaran berita2 yang berunsur fitnah. Nanti jadi plak seperti blogger yang didakwa tu.. ha!!! sapa yang susah kalau bukan anda dan keluarga anda.... Cheers!!!

Monday, March 16, 2009

RIMBA YANG RIANG DI D'JUNCTION CLUB

Aku dapat tahu band RIMBA ni beraksi di D'Junction Club dari sorang rakan aku. Band ni sebenarnya adalah band local yang mana line upnya terdiri daripada rakan aku En. Walter (gitar). Bagi yang tak mengenali En. Walter ni heheh dia ni dulu selalu beraksi sebagai back up gitarist kepada Mr. Roger Wang artis Jazz kelahiran Sabah. Selain daripada itu... Mereka ni boleh dikatakan diantara band local yang paling laris di dalam memenuhi slot - slot live band di kelab2 terkenal di sekitar Kota Kinabalu. Dengan berbekalkan 3 orang penyanyi, gitaris, bassist, drummer, keyboardist dan tak lupa percussion dan saxofon, RIMBA menghidangkan playlist lagu2 yang segar dan terhangat di pasaran.

Sebenarnya aku ni sudah lama mengikuti perkembangan band ni... bagi yang biasa ngan perkembangan pergerakkan musick separa mainstream kat area Sabah ni mereka pasti akan kenal dgn band RIMBA ni... Selain dari En. Walter, line yang lain juga mempunyai reputasi yang begitu membanggakan di dalam kelas mereka yang tersendiri. Sejujurnya aku nak kasitau korang, mereka ni jauh lebih baik daripada band2 pretty boy dari Filipina yang membanjiri kelab2 di sekitar Kota Kinabalu. Mungkin korang nak cakap aku ni bias dalam mereview drg ni pasal aku kenal ngan dorang.. tapi kalau kawan dan drg main ala kadar aku takkan review dorang pasal tak kuasa aku nak bermuka - muka ngan dorang.. baik tak payah review.. buang masa aku jak lagipun aku review ni pun bukannya drg kasi aku duit! hahahaha Selain daripada lagu - lagu yang terhangat di pasaran terdapat juga di dalam playlist mereka senarai algu2 separa old school dari era 90an dan 80 an... jangan ckp rock.. hatta reggae pun drg layan... mmg boleh layan la... Korang nak tengok persembahan mereka ni? hahaha apa lagi p la serbu D'Junction Club Kota Kinabalu, Sabah.. Aku jamin puas hati... They will Rock Your Nite!!! Better than tengok AF7 wa cakap lu!!!!

p/s: segala info ni ihsan dari sorang rakan heheheh photo courtesy from RIMBA... hail.. keep on rockin' Guys!!!