Tuesday, March 17, 2009

HATI - HATI DENGAN SINDIKIT PENIPUAN MELALUI SMS

Baru - baru ni aku telah menerima teks mesej daripada nomber yang tak diketahui. Isi kandungan mesej adalah seperti berikut:

"TAHNIAH!! SIMCARD ANDA TELAH BERJAYA CABUTAN BERTUAH WANG RM20,000, DARI 'POWER ROOT' SDN BHD, SILA HUBUNGI TELEFON OFFICE: 00628998226958. TERIMA KASIH."

Number sendernya: +6288210362750

kalau dilihat nombor talian tu pun dah agak pelik bagi aku. Aku mmg tak percaya dgn benda2 mcm ni. Aku kongsikan ngan korang bukan apa, aku pasti korang pun sedar or tahu akan perkara ni. Saja jak aku nak ingatkan diri aku dan korang agar tidak mudah percaya ngan sms2 palsu begini. Sesetengah kita ni tamak dan mudah percaya apabila ditawarkan dgn hadiah2 yang lumayan. Yalah, sapa yang taknak kaya kan? sekelip mata lagi tu... Bagi aku utk kaya dan menjadi orang senang bukannya semudah yang disangka. Aku percaya hanya usaha yang gigih sahaja yang boleh membawa kita kepada kejayaan. Tiada jalan singkat... aku hairan kenapa masih ada yang tertipu walaupun saban hari kat surat kabar ada melaporkan kejadian orang yang tertipu oleh sindikit yang seperti ini. Mungkin kita tak pernah mengambil iktibar daripada kejadian yang lepas sehinggakan terjerumus ke perangkap sipenipu ini. So, kalau ya pun anda rasa anda yakin yang anda telah menang sila buat pemeriksaan teliti dengan menghubungi syarikat yang dimaksudkan ataupun berhubung dengan pihak berkuasa untuk mengetahui sebarang maklumat supaya kita tidak menjadi mangsa. Oleh itu, pesanan aku sila berhati - hati ataupun abaikan sahaja sebarang tawaran atau mesej yang mencurigakan. Ini termasuklah penyebaran berita2 yang berunsur fitnah. Nanti jadi plak seperti blogger yang didakwa tu.. ha!!! sapa yang susah kalau bukan anda dan keluarga anda.... Cheers!!!

6 comments:

Dr. Bentara said...

kena selalu ingat... nak kaya bukan senang! Kalau senang, something wrong le tu.

Apply kat sini juga... Nak masuk syurga bukan senang!

Takilala said...

nombor pelik mcm tu biasanya dari Indon. Ada sorg mmber aku terkena, tp bukan suruh call, just suruh reply sms je. apa jd? skali dia reply, duit balance prepaid dia habis disedut. itu kalau prepaid, kalau postpaid???

Anonymous said...

betul tu bro.. apa yang penting adalah usaha dan tawakal...

Pujangga Asmara said...

Yup, Betul Tu Bang..

Saya Selalu Terima Mesej Macam Gini..

Tapi Otomatik Saya Delete.. Hehe..

Memang Tak Percaya.. No Sender Pon Dah Pelik, Apatah Lagi No Yang Dia Suruh Call/SMS..

Anonymous said...

yang best lagi kalau yang dikirim melalui email, dia cakap nak bagi kita duit dlm jutaan dollar, kita disuruh jadi agent disini...uiii kalau betul tu aku belanja kamu sorang sebijik GTR Skyline...hehehhehhe

Anonymous said...

aku mau nissan fairlady jak