Friday, March 20, 2009

KISAH TEMAN SIPEMANCING - EDISI DI TEPI PANTAI

Semalam lepas balik dari keja, Jackie iaitu salah seorang dari rakan pancing aku menghubungi aku melalui telefon mengajak aku ke pantai untuk menangkap ikan. Hahahah pucuk dicita ulam mendatang... sudah lama aktiviti menangkap ikan aku terbantut rentetan daripada keadaan cuaca yang tidak menentu. Walaubagaimanapun, pada misi hari tu kami menggunakan pukat bersaiz 2 inci untuk menangkap ikan. Berbeza dgn teknik yang selalu digunakan oleh kami kerana penggunaan pancing sangat tidak praktikal digunakan pada masa itu. Untuk yang tidak pernah mengikuti cerita tentang aktiviti menangkap ikan aku, selalunya kami menggunakan pancing namun untuk kawasan tepi pantai kami lebih gemar menggunakan pukat kerana hasil tangkapannya yang lebih lumayan.

Aku tiba di lokasi lebih kurang jam 5.30 ptg di mana cuaca amat sesuai untuk aktiviti ini. Gambar kat atas tu adalah pemandangan semasa aku baru sampai dan suasananya memang cukup tenang dan membuat aku terlupa akan tekanan kerja yang berlambak di pejabat. Hari tu skuad yang terlibat adalah Jackie, Bob, Afifi, Stark, dan Sas manakala member yang lain tidak dapat hadir kerana mempunyai komitmen yang lain.


Masa aku sampai aku tengok Sas yang mana seorang rakan lama sejak sekolah rendah sudah pun berada di dalam air untuk memeriksa pukat yang sudah ditahan selama lebih kurang 15 minit di dalam air. Aku tengok dia begitu asyik meneliti setiap perimeter di dalam memungut hasil tangkapan awal pada hari itu. Dari gayanya aku rasa hasil pertama pada hari itu agak memberangsangkan. Sementara menunggu Sas kembali ke daratan aku melilau di sekitar kawasan pantai sambil mengambil gambar yang mungkin boleh dikongsi bersama anda sekalian.

Gambar diambil dari jarak jauh dengan menggunakan kamera Canon Powershot A470 dan penggunaan ISO pada kadar 200 kelihatan kelibat Sas sedang memeriksa pukat. Hehehe mungkin gambar ni taklah bagus sangat tapi kira ok la bagi beginner yang menggunakan digital kamera seperti aku.

Apa korang pikir ngan permandangan ni? hehehe kalau ada awek mesti korang rasa romantik kan? Malangnya hari semua yang datang hanyalah sekumpulan jejaka yang kesunyian hahahahaha.

Memang bestla viewnya pada hari tu... sebenarnya banyak gambar yang aku ambik namun aku rasa hanya ni saja yang berada ditahap best bagi aku heheheh. Nantila kalau aku ada kamera yang lagi power aku akan ambik utk korang...

Akhirnya Sas naik ke daratan dengan hasil yang menggalakkan... Hahahah korang tengoklah kat gambar di atas. Walaupun saiz ikannya agak kecil tapi dgn jumlahnya ini kalau digoreng kering perrgghh mmg korang tak kasi can punya lebih2 lagi kalau ada cicah air asam ngan cili padi perrggh makan ngan nasi putih pun layan wa cakap lu!!! Kena lagi ngan tiupan angin yang sepoi - sepoi bahasa mmg meletup la.

Utk pusing pertama Bob mencadangkan supaya ikan tu dibakar.. fuh.. makan ikan bakar fresh la jawabnya. Kitaorang tak banyak cakap terus setuju ngan saranan itu. Then, pasang api terus la panggang.. ala2 koboi yang ikut rancangan realiti Survivor. Kebetulan lokasi kami mmg berhadapan dengan Pulau Tiga ataupun SURVIVOR ISLAND di mana rancangan realiti SURVIVOR musim pertama diadakan.

Kami tak bakar ke semua hasil tangkapan tu pasal nak stock utk second stage hehehehe....


Sudah masak apa lagi kita orang ratah jak ikan bakar tu... Teknik meratah yang kami gunakan pada hari tu adalah teknik melahap ala2 Babarian di era Roman Empire. Sekali pandang macam viking pun ada hahahaha


Gambar atas ni adalah Stark, hehehe dia ni kita member yang selalu join kita orang p mancing udang... Kalau dikirakan dia ni mempunyai pengalaman di dalam menangkap ikan namun atas sebab kesihatan beliua tidak dapat turut serta utk turun ke laut pada hari itu walaupun pukat yang kami gunakan adalah milik beliau. Kalau korang nak tau dia ni tahap superhero jugak la.. beberapa bulan yang lalu beliau telah mengalami kemalangan semasa kerja sehingga menyebabkan beliau cedera teruk. Bayangkan kalau korang terkena kejutan elektrik then terjatuh dari paras ketinggian lebih seratus kaki... Korang rasa mcmana la keadaan korang masa tu? Huh... Memang patah riuk tulang korang. Stark agak bernasib baik di dlm senario ini kerana biarpun patah di beberapa bahagian tulang kaki dan tulang pelvis nya hancur remuk sehingga kedua - dua kakinya (klu tak silap aku) terpaksa dipasangkan besi utk membolehkan beliau bergerak. Stark sangat bersyukur kerana masih dilanjutkan usia selepas kejadian tersebut dan apa yang paling menakjubkan adalah beliau masih boleh berjalan pada masa kini walaupun terpaksa mengunakan tongkat. Mengikut kata doktor, dia kena pakai tongkat tu dlm tempoh 2 - 3 tahun sebelum kakinya pulih sepenuhnya. isk isk isk kesian jugak aku rasa...

Sas sekali lagi turun ke laut utk round kedua selepas menikmati ikan bakar dan kali ini dia ditemani oleh Jackie. Huh tengoklah hasilnya selepas dia naik.. boleh tahan jugalah tapi ianya agak berkurangan jika dibandingkan dgn hasil yng pertama tadi. Mengikut Jackie arus air semakin deras dan suhu air semakin sejuk adalah faktor bilangan tangkapan kali ini berkurangan. Selain itu, arus deras telah menyebabkan banyak sampah sarap yang hanyut tersangkut pada pukat yang ditahan. Oleh itu, pada sesapa yang suka buang sampah merata - rata sila hentikan perbuatan anda kerana ianya akan menyusahkan orang seperti kami.

Oleh kerana itu, Jackie mengambil keputusan untuk mengangkat naik pukat yang ditahan naik ke daratan. Ini adalah untuk mengelakkan pukat tersebut koyak akibat sampah2 yang tersangkut padanya. Baginya cukup la hasil tangkapan kami pada hari itu dan jgnlah terlampau tamak hehehehehe lagipun kami bukan nak jual ikan2 tu... Cuma nak makan sendiri jak sambil santai2 kat tepi laut.


Grand finale pada hari tu (hari pun semakin gelap), Bob selaku tukang masak yang bertugas pada hari tu memutuskan agar separuh ikan2 tersebut dimasak rebus asam manakala yang selebihnya dibahagiankan kepada setiap member yang berminat nak bawa balik rumah. Aku tak amik bahagian dlm pembahagian pada hari tu memandangkan sumbangan aku pada hari tu hanyalah sebagai tukang makan dan jurugambar tak bertauliah. Bagilah pada yang penat2 turun dan masuk ke dalam air laut yang sejuk tu.. hehehehehehe

Nah... Ikan rebus asam versi tepi pantai... dengan bahan2 yang serba ringkas namun baunya cukup mengiurkan sesapa yang terhidu akannya. Mungkin suasana yang agak blues pada masa tu menyebabkan selera kitaorang begitu excited nak makan hehehehehe. Makan abis la seperiuk ikan rebus pada hari... pas packing sumer barang kita orang pun chow dgn segera memandangkan cuaca macam nak hujan.. hahah cabut... nanti lain kali kalau ada p tangkap ikan lagi aku akan review utk korang... terima kasih daun keladi, kalau ada masa datangla lagi... cheers!!!

6 comments:

Azman Ali said...

ikan ape tu jai? kembong ke?? hehe..sori wa buta sket ikan2 ni..

Anonymous said...

rasa ikan kembong kot heheheh aku pun tau makan jak hehehe

Takilala said...

bukan, ikan rumahan huhuhuhu

Anonymous said...

rumahan kalau nama melayunya apa? rumahan tu bahasa brunei kan?

Takilala said...

rumahan = kembong la nama melayunya. Aku pun tak tahu tgk. so.. "aku pun tak tahu..wooo ooo ooo wo woooo.. - misteri mimpi syakilla ~ WINGS"

Anonymous said...

aku dulu pun selalu juga memukat ni, yg paling best part makan ikan tu..manis ikan tu masih terasa...kalau petang2 dipantai ni kenangan lalu mengimbau kembali..cheh..ni yang terasa mau layan lagu jiwang ni..