Tuesday, September 29, 2009

SAYA SANGAT TAKUT...


Sebenarnya aku bukan sangat takut tetapi sangat boring...
isk isk isk boring pasal kerja2 yang tak pandai habis hinggakan masa aku untuk update blog pun terpakai... apa nak buat tugas kena siapkan dulu baru
update blog.. nanti kena potong gaji baru tau.... sebagai protes aku layan facebook hahahahahah lantas terjumpa gambar ni kat profile facebook en. Takilala.. korang layan la dulu... aku nak print report dulu.... chow....

p/s: akan datang pada entri yang akan datang kisah sebuah epik yang dinanti - nantikan terutamanya oleh en. Ijau D. Koceng BULAN RAMADHAN & SYAWAL PERTAMA SEBAGAI SUAMI ORANG 

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sempena Hari Raya ni aku nak dedicated video / lagu raya kat korang... boleh la korang dgr sambil pekena rendang... satu lagik pesan aku kat korang ialah berhati - hati di jalanraya....

Video Clip ni ada dua.. first tu nyanyian Butterfinger... errr kalau tak suka ngan lagu Butterfinger tu korang boleh la pilih video yang seterusnya....








Yang ni plak D.J Dave.... Errr tak suka D.J Dave? isk...









Ni plak Ahmad Jais.... err tak suka Ahmad Jais? isk









Nah ni plak Tan Sri P. Ramlee.... isk kalau ni pun korang tak suka korang pilih lah clip yang terakhir kat bawah...



kalau itu pun korang tak suka.. korang p cari la sendiri... tak masa aku nak carikan untuk korang.... Apa2 pun Maaf Zahir & Batin....

Wednesday, September 9, 2009

KECEWA TIADA BONUS?

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan hari ini.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, ketika dihubungi.



Beliau berharap, kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.

Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan akhir tahun ini.

Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. - Bernama


Sumber dari BERNAMA....

Huhuhuhu rupanya indah kabar dari rupa heheheheheh tak jadi la aku beraya sakan tahun ni.. kena hold p tahun depan plak...