Tuesday, June 30, 2009

TRANSFORMERS: REVENGE OF THE FALLEN (*sigh* Berbaloikah ianya ditonton?)

Akhirnya keluar juga movie yang aku tunggu sejak dari kecil.. hehehe setelah tengok Transformers yang pertama tu dalam hati mmg excited la nak tengok sambungannya. Hehehehe tambahan plak aku ni mmg membesar dengan katun transformers walaupun aku ni bukan peminat fanatik tapi aku tetap teruja bila tahu ianya akan ditanyangkan dilayar perak.

Walaubagaimanapun, pengalaman untuk melihat Transformers: Revenge Of The Fallen ini adalah amat berbeza jika dibandingkan dengan pengalaman aku tengok movie boxoffice yang lain. Hehehehe seperti yang anda sudah sedia maklum movie ni kuar panggung pada 24 June 2009 bersamaan pada hari rabu yang lalu. Hehehe aku tak berpeluang nak tengok movie masa tu dan hanya boleh berbuat demikian pada hujung minggu atas sebab jadual kerja aku yang amat ketat. Napa berbeza? Hehehehe mmg la aku selalu tengok wayang hujung minggu.. apa yang membuatkannya berbeza adalah bagaimana aku nak dapatkan tiket nak nengok wayang tu... K... mula misi ngan hari Jumaat ... Isteri aku (ceh dah ada bini hahahahaha) nak ajak tengok wayang pada malamnya tetapi misi tu gagal berikutan keadaan aku yang sgt penat sampai tak larat nak jalan. Aku kata esok jerla kita p tengok... hehehe isteri aku ok jer.... then esok mula misi kami nak tengok pada hari sabtu.. hehehehe dengan konfiden kami p 1Borneo usha tikit kat sana.. tup tap tup tap... ada 4 show serentak... tapi malang full house hingga jam 1 pagi.. isk isk isk... seingat aku tengahari tadi p Growball kat centre point Sabah pun penuh jugak satu hari... Aku nak bawa tengok jam satu pagi wife aku plak taknak hahahahah lagi pun esok kitaorang nak pigi kenduri kahwin rakan kami en. Jojo.... kalau dah tengok movie sampai subuh alamatnyatak terpigi la majlis si jojo tu. Then misi gagal lalu kami akhiri hari itu dengan makan malam pekena nasi goreng + Lamb Chop + Butter Prawn!!!!

Esok Pagi masa on the way ke kenduri Jojo, aku sound wife aku supaya kontek GSC utk buat booking hehehehe supaya tak melepas lagi. kali ni kita orang call GSC 1Borneo sekali lagi.. huhuhuhu kali ni whole day punya show dah sold out ... isk isk isk.... terus kita call GSC kat KK plak.. situ lagi tragik... ikut kata amoi yang jawap panggilan tu.. "hali ini semua show utk Transformers saja wooo.. tapi semua sudah penuh.. kalau kamu mau book utk besok lor..." isk isk wife aku dah tarik muka masam dah.... terus call growball... call punya call mau 20 kali baru kena angkat.. kat situ katanya ada kosong jam 3.30 pm hahahaha terus kami nak booking.. lagi la malang.. drg kata takder booking.. walk in saja pasal too much people nak tengok itu wayang.... Isk isk isk masa aku tengok wayang Lord Of The Rings (masa tu 1Borneo belum ada lagi...) GSC KK satu2nya panggung masa tu takder sampai sesak macam ni... then kita orang rush p growball... sampai sana aku tengok notis tikit full house till 5.30 ptg... arrrggghhh full house lagi. Mahu tak mahu kita orang bantai la beli tiket jam 5.30 petang tu... akhir kami dapat tempat yang agak strategik iaitu row paling belakang bahagian tengah... mmg center abis la.... nasib la... kita balik rumah dulu chill then jam 5 dtg balik masa balik situ aku tengok tikit dah fully book till jam 8 malam isk barisan manusia masih panjang beratur nak beli tikit hehehehehe....

Engkorang tengok... bertapa panjangnya cerita transformers ni... (2 jam lebih) Belum apa2 lagi aku dah tulis berjela - jela.. heheheheh dengan tak banyak cerita meh kita proceed ngan ulasan wayangnya...

Kalau korang tengok kat poster atas tu ada tagline yang tulis "More Alien Robots, Bigger Explosions, and much much more Megan Fox.." ceh wayang ni pasal decepticon ngan autobot tapi megan fox jugak la jadi highlight. Ok aku taknak cerita in detail kisah transformers ni. aku rasa korang dari lebih tahu dari aku.. mungkin cukup aku katakan mengenai pendapat aku tentang movie ni...

Ok dari pengalaman aku yang penat jerih nak dapatkan tikit wayang ni... aku rasa agak kecewa dengan wayang ni... Nampaknya si Micheal Bay ni benar2 mengunakan Teknologi CGI & MEGAN FOX dengan sepenuhnya... sebenarnya part ni aku tak kecewa hahahaha tapi part ceritanya.... Patutlah kat dalam forum ada review yang bercampur baur yang lahir daripada kalangan member2 kat sana hehehehehe. Wayang ni 13 PG ratingnya tapi masa aku tengok kat dalam panggung tu banyak plak budak2 bawa umur melihat wayang ni.. isk isk isk camner drg boleh kena kasi masuk.. hehehe mungkin pasal negara kita ni demokrasi hehehe tulah drg tu boleh masuk kot. Bukan apa part si Megan Fox yang berlari masa di kejar oleh robot jahat lalu dimontajkan dan di zoom ke arah dadanya mmg berjaya menonjolkan hayunan daging segar yang membuat semua penonton senyap.. abis part tu baru bising balik hahahahah terpause panggung sekejap... 

Part CGI nya mmg tip top la.. biasalah drg tu kan banyak bajet.. hehehehehe mestila hasilnya pun kaw2 dari cicak man heheheh. Sound effect mmg tip top... aksi letup2, terbang mmg macam makan buffet la ...  kenyang mata dan telinga kita dibuatnya. Namun seperti adik aku mention kat aku.. isk isk isk... kata dalam movie tu ada scene recycle dari movie pearl harbour & indiana Jones.... betul ker... hahahahaha kalai  aku tengok la masa kapal tenggelam tu.. hehehehe mmg cam pearl harbour hahahahaha nasib macam pearl harbour.. kalau si Micheal Bay tu recycle babak dalam Titanic (Steven Speilberg juga producer dlm criter ni) lagi la naya hahahahahaha abis org kat panggung nangis kerana kesedihan....

Bab indiana Jones.. mmg lagi real haha cuma bezanya yang kejar tu decepticon jahat hehehehehe korang perasan tak? hehehehe kebetulan dua - tiga miggu sebelum ni aku ada layan DVD indiana Jones heheheh tambah la segar babak tu kat dalam ingatan.... Nasib la ada crispy popiah ngan air tebu yang wife aku beli kat palm Square before movie main hehehehe so, aku alihkan fokus aku kepada popiah tu... abis babak tu.. popiah tu pun habis hehehehehe berbaloi - baloi kata amy search...

Satu lagi yang frust.. seperti biasalah kalau katun2 , anime , manga di moviekan susah kita dapat sama sepenuhnya seperti karya asalnya.. mmg dah ada watak2 dan jalan cerita yang dimodified. Hehehehehehe part tu rata2 rakan yang fanatik transformers mmg kecewa... aku? errmm akut tak fanatik sangatso, aku masih boleh terima seadanya.. Adakah ianya berbaloi untuk dilihat... errmmm kalau ikut experience aku nak dapatkan tikit wayang.. rasa berbaloi tu agak kurang namun aku masih puas hati dengan ceritanya... tapi bagi aku part 1 lagi best dari movie ni... kalau takde megan fox pada movie kali ni mungkin cerita ni akan fail hahahahahha.. hail Megan Fox.. tapi Megan Fox masih tak boleh lawan watak Bumblebee... hehehehe Bumblebee Rulz!!! LULZ.... hahahahahaha


p/s: aku tension masa tengok wayang ni pasal org kat dlm panggung ni asyik keluar masuk lalu kat depan aku.. isk isk kacau la.... kalau nak tengok movie sambil jalan2 jangan tengok kat dlm panggung.. p tengok kat dalam bilik bapak korang... ntah.. makan apa sebelum p panggung sampai cirit birit sampai balik2 nak p tandas... lain kali kalau cirit birit pakai lampin dewasa... bangang!!!!


7 comments:

Ijau D. Koceng said...

aku 'menikmati'nya khamis lps... tgk 7 mlm beli tkt 2 ptg... smpt b4 sold-out, tkt kat bintulu mahal rm10 sbb cerita 2+ jam (alasan dorg mark-up) slalu rm8-9 je

aku konfius, apa jd dgn robot kembar tu lps dorg lawan devastator (constructicon sambung2)? mampos ke idup ke?

iriene said...

Hi, I & keluarga tengok on Sunday (28/6/09), beli tiket hari Jumaat. 10 kaunter dekat GSC Mid Valley KL, I beratur ... ish lebih dari 100 orang kat depan, berbaris sampai 40 minit. I pun agree, banyak sangat Megan Fox, prefer part 1 lah... Part 2 ada bestnya tapi a bit dragging.. do drop by my blog when u online. Tks! I clicked Corntox ads at ur blog :D

berteromber said...

ko punya intro je dah boleh buat movie daa...huhu..

aku macam biasa...rapidshare rulezzzz!!! :P

Anonymous said...

i think its overrated..
nothing so "awesome" about the movie..
watch once in cinema - berbaloi..
given the chance to watch 2nd time in cinema - take berbaloi..

but i duno why everyone wanna watch again.. nothing so nice also.. hmm..

Aku Bah said...

best jua tu bah!inda best kian?kamu luan concentrate teknik2 canggihnya tu.atu tah jd bingung.layan ganya bah caritanya.batah batah siok jua tu.

SkiD said...

Aku akan tengok cerita ni...Tapi tunggu sedut kat Rapidshare je la..Tunggu keluar R5 version. Magen Musang punya pasal...hehehe!

Dr. Bentara said...

lagi 2 bulan release DVD kat sini. Sewa $2 je semalam. Habis cerita hahaha...