Monday, January 12, 2009

SEPETANG BERSAMA BAND MANGGAS

Gambar: Raem tersengih ketika mengambil aku kat rumah

Petang sabtu yang lalu telefon bimbit aku berbunyi menandakan sms masuk.. aku check inbox rupa - rupanya text dari Raem yang berbunyi "aku sdh book studio jam 7...", uiks aku terkejut juga kalau ikut dalam jadual aku takde plak tertulis aktiviti jamming hari tu, malahan aku sangat pasti yang patut aku buat adalah membuta memandangkan cuaca mendung yang sangat sporting. Aku terus call raem utk comfirmation dan panggilan aku di sambut dgn gelak ketawa riang beliau.. hahahah aku on the way dah dari Kota Kinabalu... ic... dia ni dalam hati aku main ambush jak memandangkan aku takde aktiviti yang lebih berfaedah daripada tidur aku setuju jak dengan syarat dia kena ambik aku kat rumah...

Pas panggilan tu, aku terus mandi dan mengemas.. packing alat - alat effect yang di perlukan untuk ke studio... sambil mengimbas kembali lagu - lagu baru yang di praktiskan beberapa minggu yang lalu... adei... Sebenarnya aku dah serahkan notis perletakkan jawatan aku kepada band ni tapi macam dorang tak layan jak namun tugas aku di tukar daripada pemain gitar kini aku menggalas tugas sebagai pemain bass mengantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh mr. Jalth kerana terpaksa bertugas di Negeri Sembilan. Selain tu, aku juga bertugas secara tidak langsung sebagai penyanyi latar yang tak bertauliah hahahaha... adei...

Mengikut Raem, bukan dorang tak nak lepaskan aku tapi dorang rasa susah nak cari pengganti aku yang mana chemistry aku ngan band ni mmg dah cukup sebati (apa tidak sebati kalau dah main ngan band ni dekat 10 tahun lamanya...), ic terharu aku dengar, menurutnya lagi nak cari pemuzik yang handal bukan susah tapi nak cari satu kepala mmg susah.. (cis rupanya aku ni tak lah sehandal mana hehehehehe takpe janji happy). Statement tu mmg aku akui, sebelum aku jumpa line Mi Scusi pada hari ni, huh mmg banyak dah org aku bawa masuk.. mmg payah la nak cari chemistry di antara semua line up... mmg susah... dekat 3 tahun aku mencari barulah jumpa ngan petualang - petualang Mi Scusi. Memandangkan dorang semua ni (band member Manggas) adalah rakan baik aku sejak kecil, adalah sangat berat mulut aku untuk menolak pelawaan mereka.. So, layan jak la... yeaarrrrggghhh... kami meneruskan perjalanan ke rumah Joad (dia pun minta ambik hehehehe jimat minyak kalau berkongsi keta hheheheheheh). Sesampai kat rumah Joad hahahah kami dengar anak dia dah nangis sebab nak ikut bapak dia p studio wakakakakakaka nasiblah heheheh nasib la isteri beliau bijak memujuk kalau tak parak lah si Joad nak memujuk anak kesayangannya tu... hehehehe nanti besar sikit baru ikut bapa p studio k... hahahahahah sorry Joad... gurau jak...

Gambar: Joad menunjukkan tanda peace setelah selesai menjalankan misi memujuk anaknya sebelum pergi ke studio hahahahaha

Gambar: Aku pulak seperti biasa memang sentiasa kontrol macho punyer

walaupun kadang - kadang orang tak panggil aku macho.. cume drng panggil kiut jak isk isk isk apalah nasibku yang malang... Aku hanya mampu berserah...

Gambar: BOSS GT8 kepunyaan Waimi

Masa sampai kat studio kami masing - masing setup gadjet yang mahu digunakan untuk sesi latihan pada hari tu. Waimi yang datang serentak beriringan dengan kami terus cucuk wayar kat effect boss dia manakala aku tolong Joad setupkan Zoom G9 aku. Oleh kerana aku main bass pada hari tu, setup aku simple jak... on bass amp setting eq dan setting bass overdrive then settle heheheheheheh.... Sementara tunggu Raem pasangkan double paddle iron cobranya kami sempat refresh balik hasil latihan yang lepas - lepas hehehehehe.... Masa tulah Waimi mengumumkan tentang beberapa rombakan yang dilakukan ke atas beberapa riff yang sudah dibuat pada minggu lalu... kami pasrah kepada kapten kami heheheheh yes tuan..

Gambar: ZOOM G9.2tt (berat betul menatang ni...)

Gambar: Joad sekali lagi buat peace tribute to mangsa keganasan di semenanjung Gaza

Gambar: Waimi test sound dia... aku memang dengki la tengok gitar fender dia yang cun ni... hehehehe nasib la aku ni kaki humbucker

Gambar: Si raem yang paksa aku amik wakakakakaka

Gambar: Posing yang paling aku menyampah... Dia menunjuk baju CARCASS yang baru dibelinya cizzz... aku dapat tu aku koyak2 tu...

Gambar: Tetap cool ngan fender beliau...

Cuma petang tu, sound kami agak terganggu dengan amp gitar Waimi yang mengalami humming yang berterusan isk isk isk mungkin pasal jack or amp tu mmg dah blow.. dunno.. tapi dia tukar jack cable masalah tu berkurangan sikit... check punya check alah setting BOSS GT8 dia tak serasi ngan amp kat studio ni (maklumlah member kita ni pasal stack hehehehe).

Gambar: Joad semakin kebosanan akibat berdiri selama 1 jam lebih.. akhirnya beliau terduduk wakakakak no more peace sign ka bro?

Gambar: No More Humming...

Gambar: Ni betul - betul punya kandid.. takde paksa - paksa hahahahaha

Gambar: Walaupun lapar aku tetap kontrol macho... (gastrik aku dah sampai tengkuk dah...)

Overall, kami berjaya berlatih tiga buah lagu baru yang hendak dimuatkan di dalam rilisan Manggas yang akan datang... Dari segi konsep musick aku tengok direction Manggas masih sama ngan stail era EP Haus Sarbatus dulu cuma adalah sedikit pertambahan dari sudut teknikaliti di dalam komposisi setiap lagu... Manggas berharap agar dapat meriliskan lagu baru ini dalam tempoh terdekat dan pastinya sesi jamming tak dirancang ini akan terus berlaku... (raem kalau ko nak bawa jam tu info awal la... ). Kami akhiri sesi latihan hari tu dengan memainkan lagu cover dari kumpulan Search lagu Langit dan Bumi hahahaha rock abis la aku nyanyi hehehehe rock on baby!!! pas jamming kami terus melepakkan diri di kedai mamak yang berdekatan untuk melepaskan lapar dan dahaga.. hehehehehehehe

Gambar: Kucing ni aku snap semasa berjalan menuju ke keta selepas menjamu selera di kedai mamak... moral gambar ini adalah, jgn buang sampah merata - rata

Bagi sesiapa yang hendak menghubungi band manggas ni boleh p lawat official myspace mereka untuk berkenalan ka, nak panggil main kat org kawin ka or apa2 la hehehe sila klik kat ------> sini

LICENSED TO GRILL : CIKINWING BERSILA featuring TAUGEH UDANG KERING SARAWAK

Gambar: Layakkah ini dipanggil sebagai pencuci mulut?

Selepas menikmati juadah tengahari, aku teruskan ngan menonton movie Hitch kat cenel movie sambil pekena satu bar kecik coklat sebagai pencuci mulut.. heheheh boleh ker? pas movie Hitch abis, aku nak teruskan misi memasak secukup rasa Maggi aku. Selepas undian dijalankan, akhirnya dorang semua memilih untuk makan ayam panggang untuk makan malam walaupun pada mulanya aku bercadang nak buat ayam goreng embak.... so, mungkin belum sampai masanya lagi untuk aku share resepi ayam goreng embak ngan korang.. sabar2la yek.

Sebelum aku teruskan ngan bahan2nya aku nak kasitau korang tajuk entri ni Licensed to grill adalah cadangan adik aku.. heheheheh aku pikir cam ngam juga so.. teruskanlah...

Gambar: Aku perap ayam tu selama 45 minit sebelum di panggang

Untuk bahan2 perap ni aku guna limau kasturi, minyak masak, serbuk kari, serbuk kunyit, madu lebah asli, air (semuanya secukup rasa) dan last but not least iaitu Serbuk Perencah Secukup Rasa Maggi hehehehehe... lepas perap aku sambung p layan tv.. huh hujan semakin lebat... siaran tv sedikit terganggu...

Gambar: Sebelum masuk oven (sedang kasi panas)

korang dapat teka ngapa tak aku namakan resepi aku ni ayam panggang bersila? Errrmm kalau korang nak tau hehehe korang tengok posisi ayam tu sebelum kena panggang hehehehe penuh dgn sopan santun kan? k layan jak la.

Gambar: Sedang di bakar (half simpan dlm oven, half p bakar ngan arang

Gambar: Dengan tenang dorang stay kat dalam oven...

Gambar: ni plak bahan - bahan untuk sos cicah.. heheheh rasanya korang kenal sangat ngan bahan2 tu kan?

Gambar: Inilah hasilnya selepas bahan2 tadi aku campurkan dengan kicap masin adabi sos tomato or kalau org putih panggil ketchup, dan gula. (semuanya juga Secukup Rasa)

Gambar: Ini hasil dari dalam oven punya? ok ka?

Gambar: Ni plak hasil yang dibakar ngan arang.. heheheh hangus sikit tapi adik aku ckp rasa masih ok lagi

Gambar: Taugeh Udang Kering Sarawak

Untuk sayur makan malam plak aku masak sayur taugeh yang ditumis ngan campuran udang kering sarawak. heheheh udang kering sarawak ni lain sikit ngan udang kering yang biasa dijumpa kan pasar. kalau tak silap aku, dorang bikin udang kering ni ngan menggunakan udang galah ... aku tak pasti tapi itulah yang aku dengar orang cakap... betulkan kalau salah k... Sebelum dimasak aku remdamkan udang kering ni dalam air panas... bahan tumisannya ? ala korang ni pura2 tak tau lagi .. heheheh aku guna bawang putih dan merah dengan k sebut betul2 Serbuk Perencah Secukup Rasa Maggi hehehehehehe.. Dan sebagai hiasan yang tak seberapa aku taburan hirisan lada besar....

Sebenarnya, misi memasak aku di sambung oleh mak aku pasal ada spesel request punya menu... aku belum belajar lagi menu spesel request ni dari mak aku. So, utk langkah berjaga - jaga aku serahkanlah dapur kat mak aku utk memasak Rendang Itik Nila Spesel... Korang suka makan daging itik nila? hahahah sedap wooooo nantilah kalau aku dah pandai masak rendang itik nila.. aku akan share ngan korang .. hheheheh selamat mencuba...

Sunday, January 11, 2009

KUPANG MASAK CILI BEREMPAH featuring CORNBEEF ROCK N ROLL & SARDIN SEMALAM

Hujung minggu begitu panjang buat aku... Satu hari suntuk hujan turun sekaligus membataskan pergerakkanku. Keta baru jak aku cuci kemarin dan tak mungkin akan aku redah hujan lebat tu semata - mata nak mengisi masa yang terluang... kebetulan hari kat tv (cenel movie) ada beberapa playlist movie yang cukup menarik untuk ditonton seisi keluarga. Tetiba teringin plak rasa aku nak memasak iaitu salah satu hobi aku yang agak lama terbiar hehehehe. So, hari ini aku memutuskan bahawa aku akan memenuhi aktiviti dengan memasak. Terlebih dahulu aku nak iklan sikit ngan korang... heheheheheh adik aku promote perencah Maggi Secukup Rasa... Adik aku cakap senang jak guna hambur2 then siap hahahaha kat dalam tu dah secukup rasa garam ngan msgnya (korang rasa kalau aku hambur satu kilo masih cukup rasa tak?). Aku memutuskan mencuba saranan adik aku ni dengan memasak tanpa garam dan msg. Just guna maggi secukup rasa hahahahaha.

Sebagai permulaan, aku buat survey dulu kat isi rumah aku. Aku tanya apa dorang nak makan dan seperti biasa undian pun dijalankan. Keputusan dorang nak makan kupang (ntah betul ka nama dia ni bentuk macam kepah tapi lebih besar kulitnya warna hitam kehijau2an), Cornbeef, & ni request mak aku.. dia suruh aku kasi panas balik baki sardin semalam heheheh(secara teknikal bukan la aku yang masak hehehehe)

Gambar: Nilah Maggi Secukup Rasa tu....


Gambar: Ni plak gambar isi kupang yang telah dikupas dan dicuci


Gambar: Bawang merah, bawang putih, dan halia ditumbuk

Hahahaha gambar kat atas tadi adalah diantara bahan - bahannya.. aku malas nak taip then amik gambar jak la.. ni bahan2 yang nak ditumis... Bahan yang tiada dalam gambar ialah serbuk kari, cili kering dikisar, air asam jawa, serbuk kunyit, pati santan, manakala untuk hiasan simpan lada besar, dan bawang besar.

Gambar: Ni adalah hasilnya setelah semua bahan2 tadi dihumban ke dalam belanga.. wakakakaka

Sorry la yek aku tak sertakan berapa sukatannya hahahahaha kan dah iklan serbuk secukup rasa Maggi heheheh then korang tabur lza kesemuanya secukup rasa korang.. nanti kalau aku kasi sukatan ikut rasa aku hahaha tak ngam plak ngan secukup rasa korang hahahahah.. So, korag pandai2 la yek... Usaha Tangga Kejayaan.


Gambar: Hahahaha akhirnya Kupang Masak Cili Berempah aku pun siap

heheheheh warnanya camni pasal aku terlebih simpan serbuk kari hehehehe (ertinya terlebih rasa la masakan aku ni heheheh gagal lagi...) tapi takpe rasa tetap nyum nyum nyum dan nyum.... Aku teruskan operasi ngan masak cornbeef rock n roll aku.... hehehe ni resepi dia simple jak...

Gambar: Cornbeef dan yang warna putih adalah serbuk lada putih


Gambar: Bawang putih & merah + cili padi


Gambar: Bahan2 tadi ditumis dan dicampur ngan serbuk perencah secukup rasa Maggi

Sudah bahan tumisan itu naik bau harum hahahaha apa lagik campak la conbeef yang dah disediakan tadi dan tambahkan telur secukup rasa wakakakakaka (untuk satu tin cornbeef tu aku guna sebiji telur ayam gred A)

Gambar: Cornbeef Rock n Roll


Gambar: Hehehehe No Komen... (Sardin semalam yang mak aku suruh panaskan)


Gambar: Seperti biasa aku akan kontrol macho semasa memasak


Gambar: Masa aku memasak Si Apple pun nak join along dia memasak

Gambar: Hehehehe lepas join memasak dia pun joinlah makan sekali tapi dia makan bubur jak la hehehe


So, secara keseluruhannya misi aku petang tu berjaya dilaksanakan... sekianlah dulu untuk hidangan makan tengahari kami sekeluarga heheheheh ops... jgn pigi dulu.. nanti aku share ngan korang plak resepi aku untuk makan malam heheheheh chow see yah... aku nak makan secukup kenyang dulu... hehehehehe
Add Image

Thursday, January 8, 2009

MAUT - LAMBANG WAYANG MELAYU YANG TIDAK MATANG

Bila tengok poster fuh mmg cun la slogan "Hidup belum pasti, Mati sudah tentu..." ianya mengingatkan aku akan sebuah band thrash metal klasik Dark Angel dengan lagunya Death is Certain (life is not). Ni lirik yang aku copy dari sumber rambang kat internet....

Dark Angel - Death is certain (life is not)
Album: Darkness Descends

Respecting your wishes 
My brother, you wish to die 
In a bed surrounded by tubes 
Immobility's cast its shadow 
In your body numbness reigns 
You've calculated your demise 
Your future racked with pain 
I'll take the life behind your eyes 

There was a time when death was distant 
And the fire of life burned bright 
Now we realize life's no constant 
No will to life, death's a right 
Euthanasia, not murder 
Act of mercy to escape 
Society's form of torture 
To let you live this way 

Death is certain 
Life is not 
Your mind's in torment 
Waiting to rot 
The final curtain 
Always draws it close 
When death is certain 
The end unfolds 

From the neck down, you're senseless 
From the neck up, you're alive 
And the politics of humanity 
Refuse to let you die 
And all the while you plot your death 
With me at your side 
Your last wish, your brain to rest 
Your bondage ropes untied 

And the prayer for miracles is through 
For there's no god to care 

Do unto others as done to you 
Without a doubt he isn't there 
I won't make a mistake with faith 
Christ's a waste of time 
How can I put my trust in god 
With innocent people dying? 

Paralytic disease infests your brain 
Debilitates your mind 
A vegetable wasting, decaying 
You're running out of time 
All I know is what you said 
Before the comas' grip 
Don't want to live your life brain dead 
To death you crave to slip 

The needle's pulled from in your arm 
The pulse of life has stopped 
Your granted plea, a painless death 
To arrive at the end you'd sought 
The cryptic statement - bonded truth 
Lie peaceful in your grave 
Did we just give up on you? 
I hope you have been saved... 

Death is certain 
Life is not 
Your mind lies dormant 
Proceeding to rot 
The final curtain 
Has drawn its close 
When death is certain 
The end unfolds!

kalau tak silap aku tajuk asal wayang ni adalah malaikat maut tapi ntah tetiba tukar p maut... maybe terlampau ganas kot... sampai org finas terkencing dalam seluar apabila melihat tajuknya... Filem ni kononnya mempunyai tiga kisah tentang roh yang tidak tenteram atas perkara yang mereka lakukan semasa mereka masih hidup. memang kisah cerita ini penuh dengan pengajaran yang menginsafkan. Aku paling tergelak apabila membaca sinopsis cerita yang mengisahkan tentang remaja black metal lakonan Awal Ashari & Que Haidar.... (sebenarnya aku minat ngan lakonan si Que ni). Pada pendapat akulah, pengarah dan pembuat cerita ini membuat wayang main tangkap muat jak tanpa membuat penyelidikan terperinci tentang subjek yang hendak diutarakan di dalam filem mereka. Mungkin dia dapat idea buat filem ni masa berak then lepas berak terus tulis skrip then casting terus shooting.... Apa tidaknya korang tengok make up watak2 dalam filem tu.. ada aku sertakan kat bawah ni.

Korang perasan make up di atas macam band member Peter Pan yang tak cukup tido? selain pendant yang di pakai yang lain tu semuanya out of topic... Dorang mungkin mengambil majalah mastika dan harian metro sebagai sumber rujukan utamanya. hahahahahahah karut la dorang ni...

Ni aku paling tak puas hati, make up macam mau p lakon opera cina jak... adeimacam pondan pun ada... Wooiii kalau tak tau make up pun at least kasi la spike 6 inci ka sebagai aksesori barula nampak black metal...

Lah... patutlah macam pondan punya make up... rupa2nya tukang make up dia pun sama... boleh servis ke nyah?

Aku sebenarnya bukanlah peminat muzik Black Metal, tapi at least aku tahu walaupun tak banyak akan konsep penampilan pemuzik dan peminat black metal. Korang tengok cover album Immortal - Battle of the north ni (aku saja ambil dorang sebagai contoh pasal gitar dia sama ngan gitar yang aku pakai). Korang boleh nampak kah perbezaan antara watak filem maut ngan pemuzik sebenar... kalau korang tak boleh nampak bagus korang p makan taik cicak...

Gambar di atas adalah Mr. Abbath dari kumpulan Immortal semasa konsert dorang... Errrmmm korang dah boleh bayangkan bertapa lawaknya make up dalam wayang tu hahahahahaha (actually, make up si Abbath ni dah pun cukup lawak untuk aku heheheh)... woi.. buat kerja tu jgnlah main tangkap muat... buat la home work sikit.

Korang tengok kucing ni lagi menghampiri teknik solekan pemuzik black metal Immortal hahahahahaha apalah... bagus ambik kucing ni jadi pelakon wakakakakakaka...

Aku belum tengok lagi movie ni.. mayb taknak la tengok tunggu kawan aku beli cd pirate then boleh la aku copy tengok di rumah. kalau tak best boleh buang. cuba korang rujuk filem2 lama zaman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee... walaupun masih zaman analog dan hitam putih tapi kualiti wayangnya sangat baik dan kekal menarik hingga ke hari ini... Akhir sekali, aku bukan nak tunjuk pandai dan anti wayang tempatan... tapi aku sebagai peminat wayang (tak kiralah antarabangsa or tempatan) aku rasa aku berhak mengeluarkan pendapat tentang produksi ini... tapi sesapa nak tengok wayang black metal pondan boleh menyerbu pawagam yang berdekatan pada 15 januari ini... Belilah Barangan Buatan Malaysia

p/s: gambar yang aku sertakan di atas aku rembat kat google image heheheheh kepada tuan punya gambar sorry  yek uwekkk

Wednesday, January 7, 2009

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Kempen beli produk Malaysia dilancar semula

Promosi bermula Jumaat depan: Shahrir


PUTRAJAYA: Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia akan dilancarkan semula mulai 16 Januari ini bagi merancakkan pertumbuhan permintaan domestik sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi negara ketika krisis ekonomi dunia. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata kempen sama pernah diperkenalkan sebelum ini tetapi lebih bertumpu kepada sektor eksport.

"Tahun ini kita menggalak dan mempromosikan rakyat supaya mengutamakan barangan yang mempunyai logo buatan Malaysia. 

"Pada masa sama, pengguna diminta memilih produk tempatan yang tidak kurang kualitinya berbanding produk import," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Tahun Baru dan Amanat Menteri di kementeriannya, di sini semalam.

nak baca lebih lanjut sila klik di----> sini

---------------------------------------------------------

Ceh... kempen ni kena lancar semula... hahahahahah produk tempatan konon... pigi berak la dalam seluar... Last - last banyak juga band luar yang di import masuk ke dalam untuk memenuhi sirkit konsert gergasi di Malaysia... errrr karya pemuzik Malaysia tu bukan produk tempatan kah? adei sorry mungkin aku tersilap... so belilah barangan buatan Malaysia dan dengarlah musik buatan bukan malaysia... Pih jahaman la!!!

Tuesday, January 6, 2009

WARTAWAN HIBURAN SEMAKIN BODOH?

Hujung minggu yang lalu aku lepak depan tv seisi keluarga menonton rancangan ntah apa2 ntah. Masa tu sorang nak tengok channel tu dan sorang lagi nak tengok channel ni... last - last undian dibuat dan keputusannya undian berpihak kepada menonton channel TV3. Masa tu rancangan melodi tengah ke udara, kalau ikutkan agak lama dah aku tak tengok rancangan ni. Ingatkan dah takde, hehehehehe tahniah untuk TV3 kerana berjaya mempertahankan rancangan ni buat sekalian lama.

Untuk dijadikan entri di dalam dari segmen tu tukar ke segmen ni errrmm boring jugak Melodi minggu ni ataupun memang begitu la level standard keriangan melodi hehehehe ntah aku tak tau. Sampailah satu segmen tu, cerita mengenai band elektronik Euphoria kalau tak silap aku. Wartawan yang bertugas masa tu ialah wartawan amoi cantik dorang tu sapa lak nama dia michell rasanya. hahahahahaha mmg lucu dan memalukan masa tu, soalan childish terpacul dari mulut si amoi ni hahahahah dgn muka senyum2 kucing dia selamber jak tanya (lebih kurang la ayatnya) "berapalah korang dapat income kat sini? Mana yang lebih tinggi kat Malaysia ke kat tpt korang? hahahahaha apa punya bengap soalan!!! mmg buduh tahap kambing kena sawan punya soalan, aku tengok muka mat  saleh yang kena interview tu berkerut - kerut (aku rasa lepas amoi wartawan tu blah pasti drg bergelak besar mengutuk akan soalan - soalan  begitu) bagi aku soalan gitu tak layak utk di keluarkan daripada mulut seorang wartawan yang berpengalaman... hahahaha tapi kalau dia rasa gatal mulut juga nak tanya bagus dia pi tanya geng maestro.. hahahahah tanya Maestro berapa pendapatan dorang hasil daripada perkahwinan Mawi dan Ekin, dan mana yang lebih banyak dapat masa Mawi dan Ekin kahwin ataupun masa Mawi dan Ina putus tunang or masa Mawi menang Af hahahaha  apa2lah asalkan kebodohan itu terserlah.

Apalah punyer rancangan macam sial terus aku pun blah dari tempat duduk aku then call kengkawan yang lain .. heheheh jom kita mancing.. boringlah rancangan kat tv macam sial.... 

KISAH TEMAN SIPEMANCING - X'MAS SPECIAL EDITION

Masa cuti Krismas baru - baru ni aku ngan band member aku (line up Mi Scusi) dan juga beberapa orang rakan telah membuat satu trip memancing di sekitar kawasan perlabuhan Kota Kinabalu dan area yang berdekatan Kg. Likas. Masa tu suasana agak berangin dan alunan ombak agak kuat juga. Kalau diikutkan keadaan masa tu mmg tak sesuai untuk p memancing. Tapi kitaorang tak peduli, kira kami nak berehat sebentar dari bingit musick kami di studio. Untuk menyegarkan buah pikiran di dalam bekarya maka kami memilih memancing untuk mendekatkan diri dengan alam sekitar yang mungkin akan dapat memberi ilham kepada kami. Seperti kisah Teman Sipaemancing sebelumnya aku beroleh ilham di dalam membuat lagu Sundal Bolong maka secara peribadi trip kali juga akan dapat memberi aku sedikit ilham.

Gambar: Zul (Bassist /Vocal) sedang berposing maut sebelum melontarkan umpannya ke laut.


Gambar: Setelah menunggu lama namun umpan yang dilontar tadi tidak di sentuh oleh sang ikan, lantas Zul mengirim sistem pesanan ringkas (SMS) kepada ikan2 di laut supaya jangan segan silu utk menjamah umpannya heheheheh. SMS on IKAN then antar ke 33222 hahahahaha

Gambar: Aku posing berpura - pura seperti kail kena makan ikan besar walaupun secara realitinya tali pancing aku telah tersangkut di celah2 batu akibat di bawah oleh arus ombak yang kuat hehehehehehehe... Namun tindakan itu, boleh menarik perhatian para pemancing yang lain (drg ingat pancing aku kena makan ikan besar hehehehe)

Gambar: Ni En. Berahim juruteknik Mi Scusi semasa gig dan studio juga merangkap pemain drum simpanan heheheheh. Pada malam tu beliau menjadi tokan umpan utk kita orang memancing dan juga radar manusia untuk mengesan lubuk2 ikan (maklumlah kami tak mampu nak beli radar sonar tu) memandangkan beliau mempunyai pengalaman yang luas di arena pemancingan ini.

Pancing punya pancing tetiba Zul bersuara, "Eh ni ndak boleh jadi ni, ikan di laut kenyang makan umpan kita tapi haram sekor pun takde kita kasi naik. Apa kata kita plak yang cari makanan? heheheh lapar la..." kata - kata beliau itu terus di sokong oleh Cho (Gitaris kitaorang) dengan iringan ketawa ala - ala Sundal Bolong. Mula - mula aku cadang nak makan di McD pekena Quater pounder tapi atas faktor kewangan kami sepakat utk makan "Nasi Embak Kg. Likas" heheheheh mmg bajet makan ni dua ketul cikinwing ngan sambal ngan sup kosong ngan nasi putih ditambah layanan mesra ianya cuma berharga RM3.00 sepinggan.. ok kan? Korang nak tau resepinya? hahahahah nanti aku buat entri pasal resepi nasi embak ni.

Gambar: Nasi Embak 2 Ayam, korang boleh minta berapa ketul korang nak tapi untuk ni ianya berharga RM3.00 makin banyak ayam maka makin tinggilah harganya. Di Gambar ni adalah gambar sebelum nasi itu di desecrate oleh horror troops Mi Scusi.

Gambar: Gambar selepas hehehehe no komen la... aku hairan napa tetiba boleh banyak tulang ayam dan piring kosong di sekeliling... kitaorang mmg innocent pada malam tu... mungkin ini adalah bukti kerakusan manusia di alam yang fana ini... Kisah nasi tu berakhir dengan aku kena bayar RM24.00 untuk bayar jumlah yang kami makan malam tu hehehehehehe
Gambar: Zul dengan mata kuyunya merenung piring yang kosong tanda kekenyangan

Gambar: Senyuman riang sesudah kenyang, pastu Zul takde merungut lagi ttg umpannya yang tidak dimakan ikan

Aktiviti malam tu kami teruskan dengan berpindah lokasi ke bawah jambatan menuju Yayasan Sabah yang mana terletaknya muara sungai Kg. Likas. Masa ni Mie (drummer kitaorang baru sampai join sekali) dan diikuti oleh seorang rakan rapat kami En. Sharil Sartul

Gambar: Aku teruskan aksi - aksi kontrol macho aku pada malam tu


Gambar: Mie dengan eksyennya menunjukkan hasil tangkapannya pada malam tu walaupun ikan itu sebesar logo Liverpool kat bajunya.

Gambar: Sharil berfungsi sebagai manusia penghalau nyamuk kami pada malam tu dengan menhembuskan asap rokok Marlboronya kearah habitat - habitat nyamuk yang bedekatan.

Secara keseluruhannya pada malam tu kami tidak dapat meraih hasil. Mungkin belum rezeki kami namun trip memancing diakhiri dengan riang ria dan gelak ketawa dan semua ahli rombongan bersetuju untuk berkumpul di rumah aku untuk layan dvd Kreator Violent Revolution Tour.... Sekian terima kasih

p/s: dua tiga hari lepas trip ni kami dapat buat sebuah lagu baru yang belum bertajuk... heheheheh lirik pun baru separuh siap... hehehehehe

Sunday, January 4, 2009

FULL PLEDGE MUNKEES - PICK IT UP! Cd REVIEW

Aku beli CD Full Pledge Munkees ni kat Apple Studio Kota Kinabalu, Sabahmasa band aku Mi Scusi nak jamming. Untuk pengetahuan korang band Full Pledge Munkees ni adalah band ska yang berasal daripada Republik Singapura. Album Pick it Up! ini adalah keluaran label Nyaring Records yang mana ianya adalah kepunyaan saudara Nazri dari band Plague of Happiness.


Cd ini mengandungi 12 buah lagu iaitu:

1) Dengarlah
2) Munkee In The Closet
3) Come Back Home
4) Green Note
5) Skadiac
6) Edu
7) The Ego Has Landed
8) Sadism
9) Johnny Insano
10) On The Line
11) Best Day Of My Life
12) When We Are Gone

Overall, band ini sebenarnya adalah sama ngan mana2 band ska kat luar sana. Secara peribadi band ni mengingatkan aku kepada band Distorted Penguin, Suburban Legend dan Green Day. Uiks napa plak tetiba ada band Green Day? Hahhaha Kalau korang nak tau vocalist Full Pledge Munkees ni iaitu Mr. Fido ni mempunyai suara yang iras2 cam vocalist Green Day Mr. Billie Joe Amstrong. Aku ingat masa dalam cd jak sama tapi masa live pun perghh sebijik beb!!! Buktinya masa aku tengok drg perform live time drg perform kat Raz Ma Tazz Sabah sempena featuring Plague Of Happiness Kawan Malaysian Tour tahun lalu... Betul wa cakap lu... mmg sebijik cam Billie Joe.

Ok, Untuk Cd ni my favorite tracks adalah Dengarlah, Munkee in the closet, dan Best Day of my life. Walaupun rating aku average tapi aku rasa still berbaloi untuk membeli CD ni dan ni mmg jujur aku katakan... (drummer drng mmg sempoi la got talent!!!) . So, utk mendapatkan stuff ni korang boleh la kontek Nyaring Record kat www.nyaring.com

Friday, January 2, 2009

AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)

AMARAN HUJAN LEBAT
(PERINGKAT JINGGA)
Dikeluarkan pada: 12.30 petang 02/01/2009 
AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
ur Ref: ( JMM.RML06/701/10JLD49(50) )
Dikemaskini pada : 12.30 petang 02/01/2009

Hujan sederhana kadangkala lebat yang turun di Terengganu (Daerah Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang (Daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Maran dan Bera) dan Johor (Daerah Segamat dan Mersing) dijangka berterusan sehingga Ahad, 4 Januari 2009. Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Johor (Daerah Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai. 
  
HEAVY RAIN WARNING
(ORANGE STAGE)
Issued at : 12.30 pm 02/01/2009 
HEAVY RAIN WARNING (ORANGE STAGE)

Updated at : 12.30 pm 02/01/2009

Moderate rain occasionally heavy occurring over Terengganu (Marang, Hulu Terengganu, Dungun and Kemaman Districts), Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Maran and Bera Districts) and Johore (Segamat and Mersing Districts) is expected to persist until Sunday, 4 January 2009. The same weather condition is expected to occur over Johore (Kluang, Kota Tinggi and Johor Bahru Districts).

This condition may cause flood along river banks and low-lying areas. 
  

 
Issued by 
Malaysian Meteorological Department 
Ministry of Science, Technology & Innovation
02/01/2009

Thursday, January 1, 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2009

Taknak aku komen banyak pasal hari ni... apa yang aku mau ialah aku mau lebih jauh ke hadapan... heheheheheh terus aku teringat lagu Hari Ini dan Semalam...