Kempen beli produk Malaysia dilancar semula
Promosi bermula Jumaat depan: Shahrir
PUTRAJAYA: Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia akan dilancarkan semula mulai 16 Januari ini bagi merancakkan pertumbuhan permintaan domestik sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi negara ketika krisis ekonomi dunia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata kempen sama pernah diperkenalkan sebelum ini tetapi lebih bertumpu kepada sektor eksport.
"Tahun ini kita menggalak dan mempromosikan rakyat supaya mengutamakan barangan yang mempunyai logo buatan Malaysia.
"Pada masa sama, pengguna diminta memilih produk tempatan yang tidak kurang kualitinya berbanding produk import," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Tahun Baru dan Amanat Menteri di kementeriannya, di sini semalam.
nak baca lebih lanjut sila klik di----> sini
---------------------------------------------------------
Ceh... kempen ni kena lancar semula... hahahahahah produk tempatan konon... pigi berak la dalam seluar... Last - last banyak juga band luar yang di import masuk ke dalam untuk memenuhi sirkit konsert gergasi di Malaysia... errrr karya pemuzik Malaysia tu bukan produk tempatan kah? adei sorry mungkin aku tersilap... so belilah barangan buatan Malaysia dan dengarlah musik buatan bukan malaysia... Pih jahaman la!!!
No comments:
Post a Comment