Tuesday, October 28, 2008

AKU KEMBALI!!!

Hahahahaha akhirnya aku kembali... penat jugak perjalanan aku baru2 ni... walaubagaimanapun ianya satu pengalaman yang baik dan dapat berjumpa dengan rakan sekerja yang hebat... thanx a lot to all my team mates (aku taknak mention sapa nama dorang heheheh). Perjalanan bermula kat bulatan Kimanis (ni actually tempat aku hehehe) untuk sampai ke daerah Keningau.

Daerah Keningau? Huh!!! Dah lama aku tak pergi ke Keningau ni.. utk sesapa yang tak tau keningau tu kat mana... hahahaha ni adalah  salah satu kawasan daerah yang terletak di pendalaman sabah. Tujuan aku ke sana adalah untuk ke daerah Sook dan Nabawan (gabungan dua daerah ni sama luasnya ngan negeri Kedah)


Hari pertama kami tiba berehat dan check in kat hotel... penat jugak walaupun perut kenyang hehehehehe... Thanx to big boss kerana asyik belanja kitaorg makan. Gambar kat atas ni adalah gambar pekan Dearah Kecil Sook.. ni adalah antara lot kedai barunya.. lengang kan? tapi menurut penduduk di sini pekan ni akan crowded bila hari minggu a.k.a ahad di mana pasar tamu or pasar tani diadakan di pekan tersebut. Masa tu la para penduduk tempatan membawa keluar dan menjual hasil tani mereka dan produk hutan.


Yang ni plak Pekan Nabawan, agak meriah sikit jika di bandingkan dengan pekan Sook.. mungkin kebetulan hari kami datang ni adalah hari pasar Tamu diadakan... Suasana agak sibuk pada masa tu.... Manakala dua gambar di bawah ni di ambil di sekitar kampung Lintuhun Baru, Nabawan.. Cantikkan view dia? 


hehehehe aku akan post lagi sambungan perjalanan ni dengan gambar2 yg aku ambil dengan kamera pinjam...

p/s: thanx utk Dayang kerana kasi aku pakai kamera DSLR Olympus E500 dgn lens 45mm

1 comment:

sumandak bayu said...

Bro....bertuah badan kena pinjamkan kamera power g2 ape pun ko cukup bertuah dapat gak merasai kamera tu....

Jadi baik ko p beli satu....murah ja bah tu Bro ko ni......