Monday, December 22, 2008

PLAGUE OF HAPPINESS - KAWAN CD REVIEW

Sebenarnya CD album Kawan ini aku beli beberapa bulan yang lalu sebelum mereka datang ke Sabah untuk siri tour mereka ngan band Full Pledge Munkees dari Singapore. Aku sememangnya sudah sekian lama mengikuti perkembangan mereka sejak di awal penubuhan mereka. Di sini aku berani berkata bahawa Plague Of Happiness (P.O.H) adalah salah sebuah band ska/oi yang paling aku minat kat Malaysia ni. Muzik dorang memang fresh dan mempunyai karisma yag tersendiri di dalam menunjukkan intergiti pada muzik bawaan mereka.
Dalam CD ni, terdapat 11 buah lagu iaitu:
1. Resah Awan
2. Southern Suburb
3. Tiada Idea
4. Sesat
5. Konspirasi
6. Conteng
7. Hypnotized
8. Blitzkrieg Society
9. Rasa Hati
10. Malam
11. Kawan
Album Kawan ini telah dirakam, mastered, dan diadun kat Music Zone Records, Woodlands, Singapura dengan bantuan beberapa rakan pemuzik mereka. Sound produksinya cukup cemerlang dan mantap dan ianya diriliskan oleh Nyaring Records yang mana label ni adalah kepunyaan saudara Nazri (vocalist P.O.H). Secara peribadi aku nak kasi rating untuk album ini 3 1/2 bintang daripada 5 bintang. Track kegemaran aku untuk album ini adalah Resah Awan (intro yang cun), Southern Suburb (lagu sempoi yang menceritakan tentang perjuangan mereka), dan Malam (lagu yang slow tapi boleh layan pogo). Sebagai bonus, kat sini aku nak share ngan korang video live performance dorang semasa dorang perform kat Planet Hollywood, Kuala Lumpur.


Untuk mendapati CD Kawan ini korang boleh contact dorang kat laman MySpace mereka. Keep on Skankin' With P.O.H...

--------------------------------------
p/s: video ini aku tibai kat andax's channel heheheheheh

No comments: