Saturday, May 9, 2009

CARA MUDAH UNTUK MENINGKATKAN KADAR TRAFFIK BLOG ANDA!!!

Aku mula berkecimpung secara aktif di dunia blogging ini kurang daripada satu tahun lamanya. Mula - mula aku nak menyebarkan nama atau link blog aku ini aku kerap melawat blog - blog yang berkaitan ataupun mempunyai konsep yang sama dgn penyampaian blog aku. Dengan ini itu aku berharap aku akan dapat memperluaskan network aku dan mendapat kawan baru yang boleh dibawa bertukar - tukar pendapat mengenai minat kami. Selain itu, aku juga amat kagum dengan beberapa blog yang telah aku lawati yang mana mereka ni mempunyai jumlah traffik ataupun pelawat yang agak banyak.

Aku berfikir sendiri, bilakah aku akan mencapai jumlah traffik seperti blog - blog tersebut... huh... mungkin lama lagi kot.. mungkin setahun lagi ataupun mungkin lebih. Aku tak tau bila... Aku ada membaca beberapa panduan yang mana memberitahu kita bagaimana untuk mempertingkatkan jumlah traffik blog kita sendiri. Antaranya mempromosikan melalui email, messenger ataupun melalui kawan2 rapat. Disamping itu, nasihat yang aku baca ialah banyakkan melawat blog - blog yang ada dan tinggal komen dengan harapan tuan punya blog yang kita lawati akan membuat kunjungan balas ke blog kita. Namun, target aku bukanlah hanya sekadar mendapat lawatan balas yang hanya sekali sekala... apa yang aku mahu adalah kunjungan yang tetap daripada pembaca setia blog aku.

Errrm, ada satu buku yang ditulis oleh seorang blogger terkenal telah memberitahu di dalam bukunya bahawa sekadar bersosial di internet seperti menyertai forum2 dan chatting tidaklah dapat menjamin akan penambahan kepada jumlah traffik blog anda. Anda juga perlu menyediakan satu bahan bacaan yang boleh menarik hati bakal pembaca kita. Ini kerana apabila seseorang itu suka membaca hasil tulisan kita dengan automatik dia akan kembali untuk membaca hasil tulisan kita yang seterusnya. Aku sangat berbesar hati apabila hasil tulisan aku dibaca oleh orang lain dan pada masa yang sama aku mendapat maklum balas daripada para pembaca. Dari sini aku akan dapat bertukar - tukar pendapat dengan orang lain mengenai isu yang aku pertengahkan di dalam penulisanku. Bestkan? Tak tau plak korang lebih suka layan sendiri2 dan tak kisah sama ada orang baca blog korang ataupun tidak.

BannerFans.com

Aku cuba bermacam - macam cara namun jumlah traffik aku masih juga tidak berubah.. kalau bertambahpun hanyalah jumlah yang sangat kecil dan ianya mungkin tak sampai pun 10% peningkatan. Perkara ni telah menjatuhkan kadar motivasi aku untuk terus menulis. Hinggalah pada satu hari aku terjumpa satu laman sosial khas utk para penulis blog yang bernama BLOGGERUNITED!!! Huh!!! Mula - mula aku tak la menharap sangat dengan BLOGGERUNITED ni... Ini kerana sebelumnya aku dah pun mendaftar sebagai ahli di dalam sosial network utk blogger yang lain seperti My BlogLog, Youthsay, Technocrati.. err ntah byk lagi dgn harapan aku dapat kawan baru dan sekaligus meningkatkan kadar traffik blog aku.

Bloggerunited ni mempunyai ahli yang kebanyakkannya blogger yang berasal daripada Malaysia & Singapura. Walaubagaimanapun, juga terdapat ahli yang berasal dari negara lain seperti Australia, Amerika Syarikat, New Zealand dan banyak lagi. Keistimewaan BLOGGERUNITED ini adalah apabila anda mendaftar sebagai ahli baru.. URL blog anda akan disiarkan dimuka depan paparan BLOGGERUNITED utk beberapa hari dan sekaligus dapat memberitahu ahli - ahli yang sedia ada akan kewujudan anda. Errrmmm mungkin tempat lain juga gini kot? Ya anda mmg betul!!! Yang bestnya slogan mereka adalah "GET ON TOP EVERYTIME YOU LOG IN * BE POPULAR NOW" Errmm macamana ya? Ok.. Dalam BLOGGERUNITED ni setiap kali anda log in URL Blog anda dan juga entri terkini anda akan berada di ranking yang teratas. Errmm menarikkan? Bayangkan masa tu topik anda mmg best.. tak mustahil semua orang yang terlihat akan mengklik URL Blog anda utk membacanya dengan lebih lanjut. Di sinilah jumlah traffik anda akan meningkat selain anda akan bakal bertemu dengan rakan baru yang sekepala dengan anda? Anda berminat? Kalau anda berminat, anda hanya perlu klik ngan gambar di bawah ni dan terus mendaftar sebagai ahli BLOGGERUNITED. Proses pendaftarannya adalah sangat mudah dan pantas... Tak percaya pi la korang try!!!

BannerFans.com

Oppss bukan itu saja!!! Ada lagi info menarik utk anda setelah menjadi ahli... Jika blog anda berjaya menarik sebilangan pembaca daripada komuniti BLOGGERUNITED blog anda mungkin akan direview oleh ahli yang berminat dan ini akan memberi peluang kepada anda utk menjadi blogger of the month!!! Korang boleh juga bersembang dengan mereka di ruangan Lounge yang mana ianya satu section ala2 mini forum utk semua ahli bertukar - tukar pendapat masing - masing. Yang paling best adalah mereka ni semuanya peramah belaka tanpa diskriminasi bangsa, agama, mahupun jantina (of course awek cun lagi dapat perhatian lebih la) namun kalau anda dapat bergaul dengan baik tak mustahil anda akan bertemu ramai rakan disana dan mungkin anda akan jadi popular.

Korang mesti nak tanyakan apalah yang aku dapat dengan buat entri ni? Errmm rasa takder la monetary gain... Aku nak share kepada korang yang belum tau pasal BLOGGERUNITED ni kerana sejak aku sign up sebagai ahli yang aktif... Jumlah traffik aku meningkat sebanyak 2 kali ganda daripada sebelumnya. Apabila aku check referer aku BLOGGERUNITED adalah antara yang paling besar di dalam hits / traffik yang aku dapat. Hingga semasa entri ini dibuat jumlah traffik aku terus meningkat walaupun tak sebanyak seperti Blogger Terkenal Tanahair namun ianya satu jumlah yang sangat memberangsangkan. Alhamdulillah, buat masa ni aku dah pun tersenarai didalam TOP 100 BLOGGER di dalam BLOGGERUNITED. Biarpun aku masih berada ditangga yang di bawah, namun aku yakin dengan sokongan rakan diluar sana dan secara khususnya rakan di BLOGGERUNITED aku akan dapat meningkatkan ranking aku!!! Terima Kasih kepada semua yang memberi sokongan... Sokongan anda adalah sangat bermakna untuk aku terus menulis entri - entri yang menghiburkan kepada semua pelawat blog aku dari masa ke semasa.. cheers.. Have a nice day!!!!

APA KORANG TUNGGU LAGI? MARI JUMPA AKU DI BLOGGERUNITED!!! KLIK JER GAMBAR KAT BAWAH NI!!!! GOOD LUCK
BannerFans.com

15 comments:

Dr. Bentara said...

Thanks! Aku dah joined!

rei99 said...

whoa..panjang entri ni, tq jairo

lollymolly said...

ekceli aku pun ada blog jugak...
tapi...
ia lebih terjerumus ke arah 'tah apa apa ntah' pnya.

so rasa tak pyh la kot nak join...hehehe

tapi blog abg jairo ni bila baca rasa mcm sejuk ja isi perut~ seronok :)

Anonymous said...

review cantik! =D

Caffery said...

Wah, panjang review ini tapi aku dah habis baca semua, review ini memang bagus! ;)

SkiD said...

salam!
Aku blogger baru...so nak join gak laa...

gayour said...

traffic jam sangat tidak disukai! tapi traffic jam cam ni sangat disukai. pelik!

harharhar!

wanwarlock said...

jairo, cara hg tulis mmg best. aku pun dah join. igt ada referral link ka, tgk2 x dak.

hopefully blogs2 aku pun increase in traffic

Jairo said...

Abg. Ben: Welcome!!!

Rei99: Thank U also rei hehehehehe

lollymolly: pilihan di tangan anda.. tiada paksaan. yang penting happy

kenwooi: lu punya blog pun cantik mah.. hehehe

caffery:thanx for the visit mate...

Skid: marilah join sama2 yearghhh skid row rulz

gayour: manusia ni mmg pelik2 belaka hahahaha

wanwarlock: hehehe dah kerja aku mmg buat marketing hehehe tapi seriously kalau tak berkesan aku takkan susah nak buat entri panjang macam tu... tapi kita selalu dan aktif login kat BLOGGERUNITED!!!

Anonymous said...

yea!!!

http://hemmo-hemmo.blogspot.com/2009/07/aksi-hangat-fasha-sandha-18sx.html

AJ said...

cuba pula http://gengblogger.com ok juga cuma mostly sana berbahasa Malaysia

crystalzerosix said...

boleh try nih walaupon blog aku cincai jer hehe...thanks jai...

Unknown said...

view la my blog n jd my follower

Mad said...

hebat la blog ni.

Anonymous said...

Mari2 belajar main gitar...
http://guitarxfiles.blogspot.com/