SAYA terbaca keluhan ‘Guru Semenanjung’ yang berkhidmat di Daro, Sarawak dalam ruangan ini, pada 15 September lalu mengenai kerenah membabitkan Jabatan Imigresen di Sarikei. Saya juga pernah mengalami situasi sama apabila bertukar dari Kuala Lumpur ke Samarahan, Sarawak pada awal 2003. Oleh kerana isteri saya berasal dari Semenanjung, saya terpaksa memenuhi kehendak peraturan imigresen berkenaan... klik untuk teruskan
---------------------------------------------------------------------------
Petugas kaunter tak mesra pelanggan
MERUJUK tulisan `Pelanggan Low Profile’ mengenai layanan mengikut status di bank, dalam ruangan ini, minggu lalu, saya ingin berkongsi pengalaman serupa yang dialami di sebuah jabatan kerajaan. Ia juga berkait dengan layanan kurang mesra kepada pelanggan yang tidak bertali leher atau berpakaian segak. Baru-baru ini, saya mengunjungi Pejabat Tanah dan Galian Perlis untuk urusan carian persendirian hak milik. Sampai di kaunter, saya menyatakan niat saya dan bertanyakan bayaran yang dikenakan kepada kerani yang bertugas. klik untuk teruskan
Sumber akhbar berita harian di ruangan surat pembaca keluaran 23/09/08
-------------------------------------------------------
Huh baru jak aku terbaca satu post di http://scanteen.blogspot.com pasal komplen ngan mutu kualiti perkhidmatan awam tup tap aku baca surat kabar Berita Harian hari ni 23/09/08 adalah dua org yang menulis surat untuk memberi tindakbalas terhadap surat yang di hantar sebelumnya(rupanya dua tiga menjak ni org selalu hantar komplen mengenai mutu perkhidmatan awam)
Aku adalah seorang yang pro kerajaan dan juga penyokong kuat kerajaan yang sedia ada, walaubagaimanapun, aku bersetuju dengan pendapat yang di luahkan di dalam surat pembaca tu. huhu macam dalam scanteen.blogspot.com baru gred17 dah poyo!!! sama juga ngan kes abg yang pigi ke pejabat Tanah dan Galian perlis.. baru jaga kaunter dah poyo.. nasib baik bos dia (aku rasa paling koman pung gred 44) kool dan ada meminta maaf atas perbuatan org bawahannya (ini baru la pemimpin)... mmg banyak kes begini telah berlaku golongan gred rendah ni selalunya besar kepala (mungkin gred bawah kerana IQ nya pun rendah?) tapi tidak mungkin la pasal aku ada beberapa rakan yang berada di dalam lingkungan gred 17 ni aku rasa drg ok jak...
aku punya hipotesis cuma org2 yang dikomplen ni ada penyakit ego dan tak sedar diri. Cadangan aku la kepada badan2 kerajaan yang terlibat di dalam peningkatan mutu perkhidmatan awam seperti MAMPU pikirkanla silibus baru seperti kelas bersopan santun dan budi pekerti, atau kursus senyum kepada semua pegawai kerajaan di semua peringkat.. ini adalah penting untuk meningkatkan imej dan mutu perkhimatan awam.
1 comment:
kau baca tumpang semangkok entry yg akan dibuat sekejap lagi
Post a Comment