Friday, November 21, 2008

BUTTER PRAWN

Gambar: Sekadar Hiasan... ahaks

BAHAN - BAHANNYA:

1 kg udang
1 sudu teh garam 
1 kg minyak untuk menggoreng 
 250 gm mentega tawar (unsalted butter) 
6 pelepah daun kari (daun shj) 
5 ulas bawang putih (cincang) 
6 biji cili api (cincang) 
8 biji kuning telur 
250ml susu cair penuh krim 
½ sudu teh serbuk perasa 
1 sudu teh garam 
1 sudu teh sos ikan 
¼ sudu teh serbuk pati ayam 
1 sudu besar gula 

CARA - CARA MEMASAKNYA:

Perap udang yang telah dibersihkan dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Toskan. 

Pukul bersama kuning telur, dan susu bersama serbuk pati ayam hingga kembang. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan. Tumis bawang putih hingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga bersarang dan garing. Tuang ke tapis dan biarkan mentega sejat sebentar. Alihkan ke pinggan dan hidangkan.

-----------------------

Hahahahah lama dah aku tak share resepi - resepi masakan aku ngan korang... So, apa lagi pi lah ambik pancing dan terus tangkap udang untuk dimasak.. heheheheheh harap2 sedap hehehehe Cheers!!!

2 comments:

Jlascanteen said...

itu udang kalau sipitang mari, gatal lidahku kalau makan.

kulit dia ok nda melekat. tapi saiznya ker-chill

udang kuala binsulok juga yang siyokk..saiz nya besar. cuma bila lama2 makan... malas pula mo makan udang.

udang bandar Bangi??? kalau di kudar durang bikin umpan memancing. silap2 ikan pun nda lalu makan....

TEAM B.I.O.N.I.C said...

tu udang kurap namanya hahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT