Majistret Mohd. Hafizi Abd. Halim membenarkan Amlinah Masbun dan Sapariah Abin, kedua-duanya berusia 24 tahun, dibebaskan dengan bon RM2,000 tanpa cagaran selama dua tahun berserta seorang penjamin.
Amlinah dari Beaufort Sabah, dan Sapariah dari Sri Kembangan, mengaku telah mencuri sembilan helai pakaian kanak-kanak pelbagai saiz pada pukul 10.15 malam, 13 September lalu di Pasaraya Giant Seksyen 13 di sini.
Mereka didapati mencuri pakaian bernilai RM191.90 selepas keluar dari bilik persalinan menuju ke pintu keluar tanpa membuat sebarang pembayaran.
Ketika diberi peluang untuk merayu, mereka memohon hukuman diringankan kerana perbuatan tersebut dilakukan semata-mata sebagai tanda kasih sayang kepada adik-adik di kampung supaya bergembira di hari raya lalu.
--------------------------------------
Aku baca berita ni kat UTUSAN MALAYSIA , huh... dorang tak der kerja lain kah nak mencuri... kalau takat alasan nak bahagiakan adik - adik tu banyak caranya. Tidaklah semestinya dgn materialistik saja... Byk lagi cara untuk memberikan kebahagian kepada orang yang kita saya.. kalau betul - betul nak belikan sesuatu tu... cermin la diri timbangkan dgn kemampuan sendiri.. kalau teringin sangat nak belikan benda yang mahal so pigi cari kerja dan kumpul duit... Insyallah dapat la tu.. Ingat Tuhan hanya akan membantu diri kita jika kita berusaha dan bertawakal...
2 comments:
Salam Bro...
Nilah ceta dia pemikiran di luar daripadan sedar.... nak bagi kebahagian kat keluarga sendiri sampai tak pikir akibat yang bakal mereka hadapi..
Sumandak tak salahkan mereka 100% sebab kehidupan kita cukup memeritkan bila mana anak atau adik-adik kita inginkan sesuatu yang pasti memberikan mereka kebahagian
Salam Bro,
Sumandak jemput Bro ikut serta Team Bloggers Pembela Negara banyak benda kita boleh ceta demi bangsa, agama dan negara
Post a Comment