Showing posts with label NONSENSE. Show all posts
Showing posts with label NONSENSE. Show all posts

Monday, May 3, 2010

MALAM MINGGU YANG LALU

Mungkin ada diantara anda yang pernah baca notes aku kat facebook pasal cerita Malam minggu yang lalu.... Kalau kat note tu versi teks.. ni plak versi gambar......





Opppppssssss iklan plak..... klik tajuk untuk teruskan....









.....
Bagi yang tak pernah baca note aku tu.. ni plak versi teksnya....

Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan di dalam bilik wanita tu.kira malam minggu tu milik dia oranglah.

Selepas selesai melakukan adengan yang dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder. Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya; Darling! ada mancis tak?. Ada kat dalam laci sebelah katil tu, jawab si wanita tu. Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu.

Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya; Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker? Bukan jawab si wanita tu. Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?, Bukan jugak jawab wanita tu lagi. Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa? tanya silelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina jawab si wanita tu dengan penuh manja.
....

p/s: cerita (teks &gambar) kat atas adalah hasil aku cilok kat internet dan 100% bukan karya aku kekekekeke saja jer aku nak share for fun kekekeke

PERKHIDMATAN TAYAR DAN SERVIS KERETA

PHOTO KREDIT: diupload oleh en. Darkburuj kat forum Metal Terus....

Thursday, April 22, 2010

SALAH SIAPA SEBENARNYA???

SALAH SIAPA? ADAKAH SALAH CIKGU MATHS? CIKGU BM?? OR MEMANG ORANG NI TAK PI SEKOLAH????

BAHASA JIWA BANGSA.....

Thursday, April 15, 2010

MASALAH TIDAK HIDUP & TIDAK KUAT HISAP???

Korang pernah alami masalah barang tidak hidup dan tidak kuat hisap? Kalau korang menghadapi masalah ni korang jangan panik. Sila bertenang, tarik napas dalam - dalam... Then, cuba korang recall kat mana korang letak resitnya? Bukan apa kalau takder resit camner nak claim waranty??? Then resit service pun jangan hilang pasal kalau benda tu dah hidup dan dah kuat hiap nanti korang tak leh plak ambik balik pasal takder resit.. lagi la naya....




Isk apa korang merepek ni?? aku cakap pasal Vaccum Cleaner la.....

Tuesday, March 23, 2010

LUPA?? CIS EKSEN.. HENCI....

Kita semua mesti pernah terlupa kan?? ala standard la manusia ni mmg ada built in penyakit lupa pasal tu kita kena saling ingat mengingati di antara satu sama lain. Tapi kekadang kita akan berjumpa dgn golongan yang penyakit lupanya yang agak kronik yang kadang - kadang benda yang dorang lupa tu boleh effect kat kita. Sebagai contoh... kita buat group report then kita agih2 kan kerja ikut expertise masing - masing bila dekat nak dateline kita kena review then complie ala standard la prosedur camtu. Then kita assign someone utk print out dan prepare presentation slide.. Everything on track should be no problem la .. then when the time has come kita nak present benda tu tetiba jer member yang ditugaskan ni kata dia lupa print out report tu dan presentation slide tinggal kat rumah pasal dia ingat nak submit minggu depan.. huru hara jadiknya...

 (p/s: cerita ni adalah hasil gabung dari beberapa individu yang mempunyai masalah yang sama aku kompile citer drg jadi satu watak imiginary friend aku)

Nak dijadikan aku ada kenal sorang yang mempunyai sindrom lupa yang serius... kekadang boleh marah kita dibuatnya tapi aku tau dia tak sengaja dan turut simpati dgn masalah pelupa yang dialaminya. Sebagai rakan aku berusaha utk mengingatka dia perkara - perkara yang penting dan aku juga turut berusaha utk mengatasi masalah lupanya... bayangkan berapa kroniknya masalah pelupanya sehingga perkara yang berlaku beberapa puluh minit yang lalu pun boleh terhapus dari ingatan beliau.... so, sebagai seorang rakan aku sgt prihatin akan tahap pelupanya itu dan teringin utk membantu supaya penyakit lupanya itu boleh di kawal aku risau gak nanti sampai tahap dia lupa kat mana rumah dia (ni bukan kes lupa diri... mmg lupa tak ingat...)

So, aku pun belikan dia sebungkus / botol kismis (utk makan supaya tingkatkan daya ingatan) dan sebuah dairi planner (bukan belikan tapi bagi pasal planner tu aku dapat free dari agen insurance aku...) so, setiap ada nota penting or kerja2 penting aku akan berusaha sebaik mungkin utk ingatkan dia utk tulis kat diari (walaupun tak 100% lebih 60 % pun jadilah) supaya dapat dirujuk apabila dia tak ingat.... then nak buat claim perjalanan ker ot ker dan monthly report duty pun semua all in one bleh rujuk kat diari. senang kan.. kalau lupa pun ada di catat semua.... then sampai hujung bulan rutin kerja seperti biasa kena rujuk baik segala aktiviti kita selama sebulan tu utk di buat laporan dan nak buat tuntutan apa yang patut.. aku tengok member ni dah kucar kacir macam ayam berak kapur.. isk napa lagi lupa ker?? soalan standard aku kat dia... Ha'ah jawabnya ringkas sambil mundar mandir garu kepala tak gatal... then aku tanya.. "ngko ada catitkan particular penting dlm diari kan?".. Ha'ah.. tapi problem jugak.." jawabnya ringkas.. "problem apa plak?", aku tanya dgn curiga... "problemnya aku lupa kat mana aku simpan diari tu..." jawabnya terkulat - kulat sambil tersengih innocent. "la... ak cukup kuat ker kismis yang aku kasi tu?",aku sikit tinggi nada suara. "Astagafirullah.... ngko ada bagi aku kismis plak baru aku ingat..." jawabnya sambil tepuk dahi... 

Mungkin salah aku jugak tak ingatkan dia makan kismis... terlupa (nampaknya aku pun pelupa).. aku hanya ingat nak suruh dia tulis kat diari tapi lupa nak suruh makan kismis. arrrgggghh tak boleh salahkan juga member aku tu pasal dia mmg dah ditimpakan masalah.. isk isk isk para pembaca kat luar sana korang ada tips dan petua ker nak handle menda ni????
 BannerFans.com

Monday, March 15, 2010

KARANGAN BAHASA MALAYSIA: LATIH TUBI UPSR 2010

CLICK TO ENLARGE

Friday, March 12, 2010

SEBAB KENAPA AKU LAMA TAK UPDATE BLOG....


Recently I met up with my idol Ultraman in Tokyo, Japan, the city he has saved many times over from evil, destructive monsters. We met at an intersection downtown, bought drinks from a vending machine and sat on the kerb for this interview.


Me: Konichiwa, Ultraman-san!

Ultraman: Apa khabar, Visiteur-san!

Me: Wow! Ultraman reti cakap bahasa?

Ultraman: Mesti lah, beb! Gua ada ramai peminat di seluruh dunia. Gua kena lah belajar macam-macam bahasa.

Me: Cool! So, what you been up to, dude?

Ultraman: A bit tired. Fought a monster last night in Fukushima prefecture. We fought until we reached the seaside in Hamadori. A lot of people
died.

Me: The monster killed so many?

Ultraman: Actually, gua terjatuh and terhimpit diorang.

Me: Er, I see. Banyak lagi ke monster kat dunia ni?

Ultraman: Ada lah. Tapi diorang dah malas nak lawan. Dah ada agent and publicist. Merchandising rights. Suma lawan nak dapat market share je. Boring lah, beb!

Me: I see. So camne brader-brader lu? Ultraman Tiga, Ultraman Taro .. ?

Ultraman: They all OK. Tiga dah bersara. Sekarang dia bukak restoran
sushi kat Shinjuku. Bini dia baru beranak.

Me: Wow!

Ultraman: Yeah. Bini dia makhluk Bumi. So at first, family gua bantah, sebab we all boleh kahwin ngan orang Planet Ultra je. But thank the
Ultra-Gods,my father, Ultraman yang bertanduk tu, finally gave his blessings. Cucu dia tu bertanduk jugak, so happy lah dia.

Me: What about Taro?

Ultraman: Taro tengah buat multi-level marketing jual ubat untuk kuatkan tenaga batin.

Me: Eh, naper Ultraman suma tak nak jadi superhero lagi?

Ultraman: Tu lah. Nowadays terlalu ramai superhero. Gaban lah, Power Ranger lah, ni lah, tu la. Yang paling teruk si Baja Hitam tu lah. Lawan cam pondan tapi marketing power dia kuat. Sebab tu boleh jadi popular. I always say, never trust superhero yang bawak motosikal, superhero yang pakai topeng pelik-pelik. We all Ultramen don't need all that cosmetic s**t.

Me: Wow, marahnya Ultraman.

Ultraman: Siapa tak marah? Bagero! Superhero ciplak ni suma tak original lah. And they all no integrity or morals. Last week, I dengar Gaban kena tangkap ngan gadis bawah umur. You see?

Me: Man, that is sad.

Ultraman: Tu lah. That's why kalau tak Ultra, memang tak world lah.

Me: Wuhu! Lu peminat Mawi ke?

Ultraman: Adalah sikit-sikit.

Me: So, Ultraman, what's your future plan? You going to give up being a superhero too?

Ultraman: No way. I love my job too much. But my girlfriend complains
that I work such long hours. And when I come home at night, I'm always tired and my chest light is always beeping.

Me: Woooo! Sounds like you might need some of that ubat from your brader Taro.

Ultraman: Good idea! I better give him a call tonight.

At this point, Ultraman receives a distress call from Yokohama, where a monster is attacking the train station. So off he went, into the blue yonder, to fight yet another worthy adversary. World!

Wednesday, February 10, 2010

KARANGAN BAHASA ENGLISH 02: LATIH TUBI UPSR 2010

Ok seperti biasa, ni adalah sebuah lagi contoh karangan yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada anda di dalam persediaan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Cheers....

Friday, February 5, 2010

KARANGAN BAHASA ENGLISH: LATIH TUBI UPSR 2010

Atas sambutan yang menggalakkan aku publish lagi contoh lain karangan - karang yang boleh dijadikan contoh di dalam ulang kaji / latih tubi anda. Di harap ianya dapat membantu anda untuk mencapai kecemerlangan.... hahahaha

Thursday, February 4, 2010

CONTOH KARANGAN: LATIH TUBI UPSR 2010

Kali ini karangan ini aku ambik tanpa pengetahuan dari salah seorang staff Kementerian Facebook Malaysia Cik. Alyn Mohd. sebagai seorang yang komited di dalam memberi contoh - contoh karangan yag terbaik di masa kini aku akan sentiasa mencari bahan utk dijadikan rujukan anda yang bakal menduduki peperiksaan kelak. So, good luck aku ucapkan utk korang dan selamat membuat ulangkaji dan latih tubi.. jgn nak study last minit mmg tak menjadi tu.. cheers....

Thursday, January 28, 2010

CONTOH KARANGAN BAHASA INGLISH!!!


 
SILA KLIK UTK PAPARAN LEBIH JELAS...

Friday, January 22, 2010

KARUT.....

"I kalau soal jodoh ni... tak pernah pandang pada pangkat dan harta... bukan itu yang i cari... cinta i ngan datuk tu adalah ikhlas dan dia sememangnya seorang yang penyayang... beliau mmg amat berbeza jika berbanding dengan cinta i sebelum ni...."

sialan la statement karut ni.. hahahaha aku tak nak la mention nama sapa2 dlm entri ni tapi itu la kenyataan dunia materialistik ni... ini adalah salah satu bukti kesahihan duit itu boleh membeli cinta.... huh... terkenang dulu2 sorang classmate aku lisa berkata... "sekarang punya zaman arrr ada money baru ada honey mahhhh...."

Thursday, January 14, 2010

MERAJUK....

Sejak bersama ngan DJ Dave ni... Burung Besi aku seakan - akan merajuk dan memencilkan diri dalam ROCKCASE Warwick... Jgn Risau Burung Besi, approve jer belanjawan akan datang ngko pasti akan berwajah baru + diupgrade dan aku pasti masa tu DJ Dave akan menjeling dengki kat ngko.. kakakakakaka



Aku bersama Dj Dave (en. ijau yang kasi nama Dj - 600 ni p DJ Dave dan terpaksa akur....)

 

Ni Aku ngan Ironbird masa gig kat Beaufort Rock City....

Monday, December 14, 2009

AKHIRNYA INI LA STATUS FACEBOOK AKU UTK HARI INI...

Seperti saranan encik Ijau.... maka dgn itu....

"aku mau bg complete koleksi game final fantasy"

hehehehe jgn marah yer.... 



p/s: semenjak dua menjak ni makin merepek entri aku ni.....
 

Wednesday, December 9, 2009

ENTRI AKU UTK HARI INI....

Sebenarnya banyak yang hendak aku tulis di dalam entri kali ni memandangkan dah lama aku tak buat entri... tapi entri tu dah tersalah post kat inbox FB encik ijau hahahahah so... kalau korang nak tau apa entri aku tu korang tanya la encik ijau

(hahahaha ni adalah salah satu cara untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab hahahaha jangan amalkan sikap negatif ini....)

Friday, November 27, 2009

MEH LA JAWAB KALAU BERANI PART 2

Berdasarkan Entri sebelum ni... (klik kat sini) kelas baru2 ni bertambah 2 orang murid lagi dari sekolah sebelah hahahaha kalau ikut buku rekod murid ni nak kena kasi bagi cepat kat ibu bapa budak2 ni so korang kena sort lagi dari ranking 1 hingga ke 5

CALON PERTAMA



CALON KEDUA



CALON KETIGA


CALON KEEMPAT
 
 CALON KELIMA

Thursday, November 19, 2009

NAK BUAT UJIAN UNTUK KORANG PLAK.. MEH LA JAWAB KALAU BERANI



Aku kena flu plak hari ni.. dari pagi hidung aku ni rasa semacam... errr makan la ubat last2 rasa berat plak mata.. ni macam nak minta excuse kat bos aku la nak minta awal balik.. nanti kang tak pasal2 satu opis kena jangkit....


Tapi sebelum aku balik aku nak minta bantuan dari korang... Ini satu case study.. nak tengok camner korang buat keputusan.. Katakanlah anda seorang cikgu kat sebuah sekolah... Sekolah tu spesel sgt pasal setiap orang guru kena jaga tiga orang murid.... ok tiba time periksa korang kenalah evaluate dorang utk buku rekod peperiksaan akhir tahun... ok... dengan kertas jawapan di bawah aku nak korang tolong putuskan sapa dapat number satu, dua, & tiga dalam periksa ni.....



CALON PERTAMA



CALON KEDUA
 



CALON KETIGA
 

Tuesday, October 20, 2009

BULAN RAMADHAN & SYAWAL PERTAMA SEBAGAI SUAMI ORANG... siri terakhir musim pertama


Agak lama juga aku tak up date blog ni.. hehehe bukannya apa masa aku mmg tight semenjak dua menjak ni. Idea nak menulis tu mmg byk.. bahan2 pun mmg ada tapi masa jer.. isk... kekadang nak update blog lepas balik kerja.. tapi balik kerja plak badan dah penat. Ok kali ni tibalah masanya aku postkan entri yang dinantikan oleh beberapa individu yang selalu lepak kat blog aku ni... sorry la kalau telah buat korang tertunggu - tunggu... aku sengaja tunggu abis bulan syawal baru nak post entri ni hahahahahah.. ok jom kita teruskan...

Sedar tak sedar kini dah nak masuk bulan kelima aku ni bergelar sebagai suami orang... Oleh itu, tahun ni sememangnya sangat berbeza bagi aku di dalam menyambut bulan ramadhan & syawal. Sebelum ni bulan Ramadhan yang aku sambut mmg serba ringkas... kalau nak makan waktu berbuka tu aku makan apa jer yang terhidang kat meja makan yang sudah mak aku siap masak hehehehehe (kitaorang jarang beli juadah kat bazaar Ramadhan... prefer masak sendiri). Tapi keadaan tahun ni suasananya amat berbeza secara drastik.... kalau kat tempat aku ni buka jam 6.18 petang... jam 3 petang dah kena call tanya nanti buka nak makan apa... heheheheheh boleh order plak hahahaha tapi tertakluk kepada stok bahan mentah kat peti sejuk. Kalau member2 yang ada add aku kat facebook mmg korang tau la menu2 berbuka di sepanjang bulan Ramadhan kerana hampir setiap hari menu berbuka aku postkan kat status facebook aku hehehehehehehehe...



Bukan takat bab makan jer.. heheheh kalau nak p sembahyang terawikh pun everything kena prepare isk.. kalaulah aku tau camni.. dari dulu lagi aku kahwin hahahahaha. Untuk pengetahuan korang aku jugak meminati bidang memasak hehehehehe so, tahun ni aku bukan saja kena amik turn memasak kat rumah aku akan tetapi kalau hujung minggu aku ada turn memasak kat rumah mentua plak (ni ada spesel request hehehe).


Bab nak masuk hari raya plak... hahahaha selalunya aku kalau raya ni aku jarang shopping.. beli ala kadar jer... tahun ni shopping ni adalah antara agenda utama yang telah diaturkan oleh wife aku isk.. list2 benda yang nak di"shopping"kan tu dah diwartakan seawal bulan Ramadhan diumumkan. Oppsss tunggu dulu sebelum korang nak kata aku ni kedekut nak berkira.. takder la aku nak berkira ngan bini aku weeeiiii... aku iyakan jerlah mana2 list yang diumumkan tu jugak tertakluk kepada kemampuan poket aku.. mana2 yang aku rasa tak mampu aku minta tangguh (ayat ni lebih manis daripada perkataan reject). Syukurlah bini aku ni faham hehehe dia pun tak banyak songeh.... kira ok lah dia sediakan shopping list tu kira meriah jugak raya tahun ni.. kalau tak mmg comfirm aku beraya ngan gitar B.C Rich Mockingbird hahahahahahaahaha.





Sedikit gambar kenangan masa p honeymoon ari tu heheheheheh... sambung balik ketajuk asal.... lepas bab shopping... tukar plak ke bab mana nak balik beraya.. topik ni pasti menjadi topik wajib bagi orang yang dah berkahwin.. heheh turn sapa kena ikut hehehehehe.. walaubagaimanapun aku tak amik port sgt ngan perkara ni.. ini kerana jarak kampung aku ngan rumah mentua aku taklah jauh sangat... kalau drive perlahan lebih kurang sejam setengah sampai... So, aku amik keputusan nak sambut raya pertama kat rumah mentua plak... dan ni adalah kali kedua aku beraya kat tempat lain selain daripada kat kampung aku(kali pertama masa aku study.... huhuhuhu). Hehehehe takder la luak mana pun pasal lepas sembahyang raya.. ziarah rumah nenek bini aku... jumpa sanak saudara dorang jap pastu tengahari drive balik kampung... bukan taknak stay lama2 kat rumah mentua pasal raya kedua aku ada buat open house kat kampung dan ianya sudah pun menjadi tradisi sejak sekian lama.. dan seperti biasa aku terlibat sebagai crew bantu mak aku memasak hehehehehehe.... kat bawah ni adalah gambar yang diambik masa pagi raya selepas sembahyang sunat aidilfitri.... macam? any komen? hahahahahahahahahaah


Bab beraya.. hehehehe kalau dulu masa raya masa aku banyak terluang kat studio kerana masa ni la jugak line up Mi Scusi berkumpul dan zul selaku bassist kitaorang mmg ada (Zul kerja jauh dari Kota Kinabalu so kalau hari biasa kitaorang jarang jumpa). Tapi sekarang ni mmg susah aku nak jumpa dorang... cuma pancho jer aku ada jumpa tu pun pasala kampung kitaorang bersebelahan hahahaha bukan taknak jumpa... kebetulan Zul jugak baru mendirikan rumah tangga sama ngan tarikh ngan aku hehehehe so, korang pasti dapat bayangkan yang keadaannya sama ngan aku hehehehehehe.... sambut raya cara orang yang dah bekeluarga hahahahahahaha kira ok la tu.... but pi beraya kebanyakkannya ke rumah sahabat handai bini aku... kawan2 aku? hahahahahahaha tak payah citer la... kitaorang beraya kat studio jer hahahahahaha tak caya boleh tanya en. Takilala....

Ok la aku rasa takat ni saja.... errr tak keluar tajuk kan? errr sorry la kalau ceritanya agak boring.... kira entri kali ni adalah entri yang syok sendiri... utk saudara Ijau. D. Koceng... memandangkan engkau nak kawin nanti.. heheheh so, ngko ready2 la yer hahahahaha dan jgn lupa jemput Band Manggas ataupun Mi Scusi untuk menghiburkan para hadirin di hari perkhawinan ngko kelak kakakakakakaka....


Tuesday, September 29, 2009

SAYA SANGAT TAKUT...


Sebenarnya aku bukan sangat takut tetapi sangat boring...
isk isk isk boring pasal kerja2 yang tak pandai habis hinggakan masa aku untuk update blog pun terpakai... apa nak buat tugas kena siapkan dulu baru
update blog.. nanti kena potong gaji baru tau.... sebagai protes aku layan facebook hahahahahah lantas terjumpa gambar ni kat profile facebook en. Takilala.. korang layan la dulu... aku nak print report dulu.... chow....

p/s: akan datang pada entri yang akan datang kisah sebuah epik yang dinanti - nantikan terutamanya oleh en. Ijau D. Koceng BULAN RAMADHAN & SYAWAL PERTAMA SEBAGAI SUAMI ORANG 

Friday, September 4, 2009

BULAN RAMADHAN PERTAMA SEBAGAI SUAMI ORANG... Sambungan...

Bulan Puasa ni adalah bulan peperangan... napa bulan peperangan? Pasal masa ni la umat Islam di seluruh dunia berperang dgn hawa nafsu mereka. Selain daripada baik untuk kesihatan Ibadat Puasa ni juga boleh menyumbang kepada peningkatan ekonomi. Sebagai contohnya kat baazar Ramadhan kita boleh nampak banyak gerai2 yang dibuka dengan menawarkan pelbagai juadah... Bayangkanlah pendapatan yang dapat diraih oleh para peniaga tersebut semasa di bulan ramadhan. Maka tak hairanlah jika ada sesetangah pihak yang sanggup amik cuti tanpa gaji selama sebulan semata - mata untuk berniaga di bulan Ramadhan. Namun kita sebagai pengguna perlu bijak di dalam berbelanja.. Ini adalah satu cabaran bagi umat Islam yang berpuasa di dalam mengekang hawa nafsu di dalam berbelanja di bulan yang mulia ini... Cabaran ni lah yang banyak orang terkantoi (termasuklah aku) kekadang kita tak boleh nak kontrol hehehehehe namun ada baiknya kita saling ingat mengingati antara satu sama yang lain... "So, nanti masa berbuka jangan la kau bantai beli makanan macam masa bersahur semalam... sampai tak habis.. sayang... " aku kasi briefing yang agak ringkas dan padat pada member aku yang nak ikut aku berpuasa.. hehehehehe oh yah lupa nak intro... atas permintaan yang menggalakkan terhadap cerita "BULAN RAMADHAN PERTAMA SEBAGAI SUAMI ORANG..." maka aku sambung la ceritanya....

Pagi tu sebelum pergi ke kelasa member aku tu nampak bersemangat.. hehehehe dengan bangga dia kata kat aku.. dari dia buka mata dia masih belum menjamah hatta sedikit air, makanan mahupun sesedut rokok... ceh... masatu baru jam 9 pagi hehehehehehe... aku hanya wish dia good luck dan pesan jgn curi makan masa kat kolej (memandangkan kitaorang study di lain2 kolej). Masa tu kelas aku dari jam 10.00 pagi till 12.00 tghari... abis kelas aku terus balik rumah pasal byk lagi keja aku nak settle.. al maklum la masa tu aku final year.. thesis sana sini nak kejar dateline... aku sampai rumah tengok pintu terbuka... isk panik gak aku.. ingatkan pencuri dah masuk rumah.. aku bergegas masuk.. tengok kat ruang tamu member aku dah ada fuhh lega.. tengok dia duduk terlentang dengan mata sedikit kuyu... "apasal dgn kau ni.. kau lepas isap ganja ker?" aku tanya dia... dia geleng kepala jer.. "then...?" sambungku dgn ringkas. "aku rasa aku nak mati la bro..." jawab member aku dengan suara yang agak perlahan... "uiks... napa plak" aku sengaja nak soal dia hehehehe "Saya dengar kalau orang mau mati dia akan rasa sangat haus... sekarang saya terasa sgt haus..." jawabnya dengan sedikit pelat cina. "Bro.. boleh minta diskaun sikit tak?" beliau bertanya kat aku sambil memandang dengan gaya2 muka kucing dalam katun Shrek. "isk diskaun apa plak?" aku hairan. "errr diskaun... boleh tak kalau aku minum air jer tak tak makan?" katanya dgn suara yang menggoda... "ceh... ke situ plak... kalau ko tak tahan jgn la paksa, ngko bukannya orang Islam yang diwajibkan untuk berpuasa... tapi ngko kenala ingat misi ngko tu... k la 1st day ni aku kasi ngko minum air la tapi minum tu jgnlah lebih plak...." aku sikit tegas ngan dia hehehe bukan aku nak paksa.. cuma dia yang nekad nak diet kononnya hehehe aku cuma tolong dia merealisasikan impiannya untuk mempunyai tubuh yang langsing...



Belum sempat aku menghabiskan kata dia terus bingkas menuju ke peti sejuk... ceh rupanya dia dah ready dah Coke Botol besar ngan ais batu... cuma tunggu lampu hijau jer hehehehehehe Lepas pekena Coke mukanya kembali ceria senyum manis macam orang baru menang main mahjong.... dgn riang dia terus on Playstation untuk meneruskan misinya kat dalam Devil May Cry.. Aku senyum tengok telatahnya... "mulai esok kalau kau nak minum pun ko minum air kosong jer.. no more Coke.... pasal coke ni banyak gula.. boleh kasi gemuk badan" aku cakap perlahan kat dia... "diet coke boleh ker?" dia tanya aku tanpa memandang ke arahku... ceh eksen tadi bukan main lagi... kata ku dalam hati.... "diet coke pun tak boleh... air kosong jer...." tegasku kepadanya.. walaupun jawapan itu agak menghampakan dirinya namun dia tetap senyum sambil meneguk air cokenya yang padat berisi ngan ais batu sambil main game Devil May Cry...



Aku tinggalkan dia sendiri kat ruang tamu dgn game dan coke sejuknya. aku masuk bilik utk buat thesisku yang asyik kena reject oleh supervisor.. isk tension jugak aku pada masa tu.... Setengah jam lepas tu member aku ketuk pintu bilik aku.. tanpa di suruh dia terus masuk dan duduk kat atas katil aku sambil sambil terkebil - kebil tengok aku menaip thesisku... "Hah apa cerita, sudah abis ka game kau tu?" soalku kepadanya.. "belum lagi la.. stuck..."jawabnya ringkas. "stuck part mana?" soalanku dgn niat membantu... "stuck pasal tak isap rokok la" jawabnya dengan sayu... tergelak besar aku "hahahahahahahah lepas coke rokok... lepas rokok ni apa plak nasi kandar ker?" tanyaku sedikit sinis. "ok la aku tahan la... lagipun rokok aku dah abis aku isap semalam" katanya dgn yakin aku angguk jer walaupun aku tau yang dia ada isap rokok masa kat kolej (aku terhidu bau rokok)... "Nanti malam la baru sambung main game tu..."katanya lagi... Kekadang aku rasa begitu mendesak juga kat kawan aku ni.. tapi dia pun ok jer... dia suka di desak agar dia lebih berdisiplin katanya. Then dia baring kat atas katil aku sambil baca komik. Aku plak meneruskan misi ku untuk menyiapkan thesis aku...



Jam menunjukkan pukul 2.30 petang.. member aku sorang ni dah rimas baring duduk... komik pun dah abis dibaca... "jam berapa kita nak p beli makanan buka puasa?" tanyanya di dalam memecah kesunyian pada petang itu.... hehehehehe ni macam kes semalam ni dalam hati ku dia asik tanya pasal makcik sahul.. sekarang ni plak pasal bazaar ramadhan la plak... "Nanti la petang sikit.... dlm jam 5 ker 6 ker..." jawabku kepadanya... sambil aku menaip aku dgr dia membebel pasal ada satu kawan dia sekelas... kawan dia tu budak dari negeri China.. dia kata asal dia nampak budak tu mesti dia ingat band Cannibal Corpse (dia ni bukan budak metal tapi dapat tau pasal band ni dari koleksi mp3 aku). Aku tanya dia kenapa? dia dressing ngeri ker? dia kata mamat tu jarang mandi... dari jauh bau dia dikesan... ngam la dia dgn mayat... mmg busuk... dia komplen lagi yang macamana awek mamat tu boleh tahan (mengikut member aku awek budak tu cun macam Japan GT punya race queen). Aku terus suruh dia stop... isk bulan puasa bukan saja tak boleh makan dan minum.. malahan mengumpat pun tak boleh.. aku kasitau dia.... "ohhh yakah? errr tapi budak tu mmg betul busuk la..." sambungnya lagi. "udah stop!" kata ku untuk menutup perbualan tersebut... sebenarnya masa tu aku tension pasal memikirkan apa lagi yang nak di tulis kat dalam thesis utk memuaskan hati supervisor aku... (p/s: aku tulis pasal member aku ni aku dah minta kebenaran kat tuan punya badan... so.. entri ini tak dikira sebagai mengumpat...)

Oleh kerana aku macam tak berminat nak berbual dia terus minta diri.. nak tido kejap katanya dan cukup pesan kat aku jgn lupa kasi bangun dia kalau nak p beli juadah berbuka.. ceh dia risau aku kasi tinggal dia hahahahahaha.. aku mengiyakan jer kata dia hehehehehe.. Pukul 4.30 petang aku rest jap kat ruang tamu.. layan tv then member aku kuar dari biliknya.. dia pun baru bangun.... terus duduk sebelah aku ... "So macam? p beli buka puasa?" dia masih tak putus asa... hehehehe oleh kerana aku rasa agak bosan aku pun ok jer la lagipun petang ni aku nak cuci baju sikit heheheheh .. heheheh happy terus riak wajahnya dengan pantas p cuci muka dressing ala kadar then capai kunci kereta....

Dalam perjalan dia dah berkira - kira nak beli ayam percik, air tebu, popia dan mee goreng (itupun setelah aku review balik menu berbuka dia dan beberapa menu terpaksa aku reject atas faktor kalori dan kos). Aku pesan kat dia biar kita nampak banyak makanan yang di jual kat bazaar tu tapi jangan la dituruti nafsu nak beli semua.. puasa ada 30 hari.... so kita boleh listkan apa nak buka hari ni, esok dan lusa... dia mengangguk sambil berterima kasih kerana mengingatkan dia untuk kekal on track diet dan budget dia tu... hehehehehe kita orang spend masa lebih kurang 45 minit kat bazaar abis beli apa yang patut... terus balik rumah...

Sampai rumah aku masukkan minuman aku kat dalam peti sejuk... makan kat atas meja.. then aku terus p bilik tu amik pakaian yang hendak aku cuci... jam dah dekat jam 6 memang byk masa lagi... kuar dari bilik tengok member aku tu dah tuang mee dia kat dalam piring + ayam percik... terus dia kata... "errr esok la aku start puasa... hari ni test power dulu.. heheheh tak tahan la lapar sangat dah ni..". sambil menyuap mee ke dalam mulutnya. Aku tak mampu nak menghalang...... petang tu aku berbuka sendiri lagi... huhuhuhuhuhu member aku tu dah terkorban dlm perjuangannya utk berpuasa pada pukul 5.50 petang....


p/s:
1. member aku tu hanya dapat puasa penuh setelah 3 kali percubaan....
2. masih keluar tajuk ker entri aku ni? heheheh kalau ada sambutan next entri la aku cerita pasal aku heheheheheheh