Showing posts with label NEWS. Show all posts
Showing posts with label NEWS. Show all posts

Wednesday, July 22, 2009

DAPAT FREE T - SHIRT DARI NUFFNANG CONTEST!!!


Beberapa bulan yang lalu aku ada ikut satu contest nuffnang yang telah dianjurkan oleh Wawasan Open University (WOU). WOU ni berpengkalan di Penang yang mana mereka menganjurkan satu kempen pertandingan buat poskad yang bertemakan LONG LIFE EDUCATION di mana ianya hanya dibuka untuk ahli exclusive Nuffnang. Sebenarnya aku tertarik nak ikut contest ni pasal ada hadiah DSLR Canon 450D hehehehe apa lagi aku terus la join....


Walaubagaimanapun, aku tak la taruh harapan yang tinggi untuk memenangi hadiah di tawarkan cuma cukup untuk merebut peluang manalah tau bernasib baik hehehehe... selang beberapa bulan lepas tu.. pihak WOU ada kontek aku yang mana aku telah dapat free t shirt sebagai early bird entry goodies...


Thanx to WOU utk t - shirt ni heheheheheh tak sangka plak boleh dapat hehehehe korang nak tengok poskad yang aku maksudkan tu korang boleh klik kat sini heheheheheh.


Friday, May 29, 2009

I'M GETTING MARRIED TODAY!!!

Aku pakai cincin yang tertera kat gambar di atas since year 1999. Seingat aku dari hari pertama aku pakai cincin ni aku tak pernah tanggalkan dari jari aku. Namun hari ini cincin ni bakal ditanggalkan dengan rasminya dan akan digantikan dengan sebentuk cincin hikmat yang digelar "Wedding Ring"... hahahah yup.. hari ni 29/05/09 bersamaan hari Jumaat aku akan bernikah dengan pasangan aku Liza. Upacara bersejarah ni akan berlangsung si rumah pengantin perampuan pada hari tu jam 4.00 petang (gmt +8). Hahahaha akhirnya kawin juga aku... Pada hari yang sama juga Zul pemain bass kepada band aku Mi Scusi juga nikah.. hahah satu kepala betul la hahaha tahniah utk Zul hahahah sorry pasal tak dapat attend majlis ngko!!!

Namun, tu majlis di pihak pengantin pompuan yang mana akan diadakan pada keesokkan harinya iaitu 30/05/2009 (sabtu) bertempat di Kg. Likas, Kota Kinabalu, Sabah... Majlis utk pihak aku plak akan diadakan pada minggu selepasnya iaitu 07/06/09 (Ahad)... Oleh itu semua rakan2 yang mengenali aku dan belum menerima kad dari aku.. korang dijemput hadir ke majlis tersebut.

Walaubagaimanapun, pada 05/06/2009 (jumaat) jam 9 malam aku ada buat sikit majlis ringkas yang berbentuk mini gigs kat rumah aku. Semua member2 yang berkesempatan utk hadir silalah ringan2kan kaki korang utk datang dan for the record gig ni adalah open air gig dan masuk adalah percuma termasuk makan dan minum....




Antara band yang bakal memeriahkan acara tersebut adalah tidak lain tidak bukan iaitu band kesayangan akuMi Scusi sebuah band Horrorock ala Balzac, Misfits & Murderdolls. Mi Scusi akan mempersembahkan semua lagu2 baru dan lama mereka pada malam bersejarah itu... Nantikan persembahan mereka pada malam tu!!!!



Selain Mi Scusi, kumpulan Manggas juga turut hadir utk menghiburkan para hadirin pada malam tersebut. Jika sebelum ni Manggas dikenali dengan lagu2 irama Death Metal mereka namun menurut daripada wakil dari pihak Manggas mengumumkan bahawa mereka akan memainkan lagu2 irama rock kapak 80 'an sebagai tribute kepada pengantin lelaki hahahahah thanx and advance kepada mereka....

Aku juga tunggu feedback dari sebuah band ska dari Kota Kinabalu samada mereka dapat turut serta pada majlis tersebut... belum ada pengesahan dari drg so, apa band tu aku taknak umumkan kepada korang semua.




Sebagai headline pada malam tu ialah kumpulan Jiaja juara Astro / HitsTV Blast Off utk musim yang kedua. Mereka ni agak mendapat tempat dikalangan pengemar muzik indie di sekitar Kota Kinabalu dan popular dengan singles terbaru dorang yang bertajuk KURA - KURA. Aku cukup berterima kasih kepada Jiaja kerana sudi datang untuk memeriahkan majlis pada malam tersebut.... Menurut Jie wakil dari Jiaja, para peminat mereka di sekitar daerah Membakut boleh datang dan mendapatkan demo terbaru mereka pada malam tu.. hahaha so, korang kat luar sana jangan lepaskan peluang keemasan ini... Apa yang pasti adalah mereka akan mempamerkan persembahan mereka yang bertenaga utk anda pada malam tersebut...



Kat atas ni adalah direction utk ke rumah aku... sila klik gambar utk paparan yang lebih jelas. Pada kawan2 yang mempunya kamera SLR, anda boleh la bawa kamera anda utk sesi photografi disamping menguji kreativiti anda utk menghasilkan photoshot yang cantik... So, mark kalendar anda utk majlis bersejarah ni... bagi kawan2 yang ada mengucapkan tahniah kepada aku sebelum ni aku mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan dengan wish korang... korang mmg best.. keep on rockin' and last but not least.. wish me luck yeah... cheers see ya!!!!

Thursday, May 21, 2009

I'M GETTING MARRIED? <--- TAJUK WAYANG KER APA NI?

Oklah mula - mula aku nak kasitau korang.. Ini bukanlah entri yang berbentuk review... ataupun ulasan wayang seperti mana yang selalu aku buat. Tajuk entri ni adalah benar yup... aku nak kawin dah!!! Sebenarnya aku taknak kasitau dulu pasal berita ni. Bukan bermaksud aku nak rahsiakan.. ala aku bukannya artis sensasi yang semua orang nak ambik tau pasal kehidupan aku.. Lain la macam Datuk Siti ker.. fasha sandha ker... Erra ker sesapa la.. kalau boleh mereka ni para peminat nak tau pukul berapa si artis tu bangun tido.. pukul berapa dia berak.. berus gigi dia warna apa... dia lepas kencing flush tandas ker hahahaha itulah kalau dah pames mmg takder privasi... nasib baik aku tak pames.

Aku plan nak buat entri pasal aku nak kawin ni sebenarnya pada minggu depan.. kasi suprise sikit ngan kengkawan hahahaha tapi member aku En. BS pecah lubah hahaha dia umum plak pasal wedding ni di kalangan rakan forum sehinggakan en. catas minta aku buat announcement kat blog pulak... Hehehehe

Aku mmg nak buat announcement pun.. tapi bukan apa sekarang ni aku BZ@sibuk memanjang. Maklumlah nanti aku kahwin pas kahwin p cuti panjang lagi p honeymoon so, kerja - kerja di pejabat kenalah aku settlekan sebelum cuti supaya bos aku pun senang hati approvekan cuti aku tu.... 

Selain daripada sibuk kat opis .. cam biasalah bakal pengantin ni.. sibuk urus sana urus sini.. nasiblah dokumentasi semua aku dah settle awal. Kalau tak gerenti sekarang ni aku terkejar - kejar ke sana ke mari nak settlekan itu ini... isk isk isk isk isk Oh yah.. bila aku kahwin.. hahahah pasal tarikh tu nanti aku umumkan secara rasmi dlm entri akan datang pasal aku nak scan dulu map tempat kahwin aku tu supaya member yang nak datang boleh download mapnya hahahahaha... Pasal honeymoon kita orang p dekat2 jer... nantila lepas honeymoon baru la kasi tau kat mana. Hehehehehehehe.... 

Sebelum terlupa.. aku mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tahniah dari kalangan rakan yang dah tau pasal ni... aku sangat2 menghargai greeting korang ni.. terima kasih sekali lagi. Oh yah selain aku Zul pemain Bass  band aku juga akan kahwin dalam tempoh terdekat ni. Dgr2 minggu depan dia dah nak p krusus kawin dah.. hehehe tahniah utk encik zul.... diharap selepas kawin nanti gentelan bass anda akan lebih mantap!!!!

Semalam aku terima panggilan dari geng Mi Scusi... Zul + Pancho... huh rupanya semalam adalah birthday si Pancho... Sorry la geng aku tak boleh join korang semalam... nanti hujung minggu ni aku jumpa korang kita p jamming + makan utk sambut besday ngko!!!! Nampaknya bulan ni banyak perkara baik yang berlaku di kalangan line up Mi Scusi diharap ianya juga membawa petanda baik kepada pergerakkan Mi Scusi... Yah masa wedding aku nanti Mi Scusi akan beraksi utk menjadi band penghibur hahahaha dan juga Jiaja turut dijemput utk memeriahkan suasana. Drg Jiaja ni adalah juara Blast Off musim Kedua anjua Astro dan Hitz TV.. hehehehe bangga juga aku drg ni menang... ex housemate aku drg ni!!!

K sekarang lain cerita plak tadi pagi aku baca UTUSAN MALAYSIA ONLINE , ada tajuk berita "Peragut wanita hamil didakwa" . Gambar kat atas tu adalah wajah peragut yang di dakwa... huhuhu aku mmg meluat + benci dengan berita kes ragut, rogol, rompak ni...  Kalau korang tengok muka dia tu hehhehe mmg muka penyamun... penagih dadah.. dalam berita tu ada tulis yang semasa dia ditangkap ni.. dia ada kes jenayah yang lain belum settle... Yang sedihnya mangsa ragutnya itu meninggal dunia.. (takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa). Aku rasa org macam ni baik kita bina satu kurungan besi pastu simpan kurungan tu sebelah kandang monyet kat dalam zoo... biar org datang lawat zoo tertanya - tanya binatang apakah gerangan dia ni... pastu part infonya tulis la nama binatang "PERAGUT"... Sial!!!

Friday, May 15, 2009

AIR NEW ZEALAND STRIPS STAFF DOWN?

Huh.. kalau dulu ada berita tentang video kita pramugara yang melampau... kini ada lagi pasal ni? isk... isk... isk... aku terjumpa benda ni kat youtube semasa aku nak cari video menarik mengenai tempat menarik di New Zealand. Sekilas pandang ekkk NZ air bogelkan staff? isk napa ni.. ngeri plak aku rasa nanti aku p sana pun turut kena bogelkan... Tak rela I auuuwww.... tapi kalau dia punya pramugari huhuhu sibuk la En. Wanwarlock menyambut kedatangan rakan2 ke New Zealand.. memandangkan band Morbid Angel yang bakal beraksi di New Zealand.

Sekali aku tengok video tu rupanya satu rangka promosi New Zealand Airlines tentang caj tambang syarikat penerbangan itu adalah merangkumi bayaran makan minum, bagasi, elaun dan beberapa perkhidmatan lain tanpa caj tambahan. We got nothing to hide hahahah tiada caj tersembunyi.. gitu la kiranya hahahaha.. Selain tu soundtrack untuk iklan ni best juga lagunya heheh tapi aku tak tau sapa penyanyinya... mungkin ada sesapa yang boleh kasi tau kat aku.. boleh lah request donlot daripada en. BS....

Tuesday, May 12, 2009

SESEORANG AKAN DAPAT T - SHIRT PERCUMA!!!

Ya, memang betul!!! Seseorang akan dapat t - shirt percuma dari aku. Errmm Bagaimana? T - Shirt Apa? Siapa? Hahahaha jap la aku cerita kat korang...

Hahaha mmg betul T - Shirt Slayer ni akan jadi milik seseorang... Kenapa aku nak kasi T - Shirt ni.. hahaha ceritanya begini. T - Shirt ni original under lisenced Slayer kepada Brockum tak caya korang boleh usha2 gambar yang aku upload sama.. heheheh mahal taw banju ni... Sebenarnya baju ni aku dapat di sekitar tahun 1998 hehehe lama dan masa tu mmg aku sayang giler kat baju ni. Masa tu belajar lagi.. mana la aku mampu selalu nak order2 t shirt ori yang mahal2 belaka ni. Gambar kat atas tu ada pandangan dari depan manakala.. gambar kat bawah ini adalah pandangan dari belakang. Hehehe kira depan belakang pun ada gambar.


Isk gila juga kan mahal2 beli then terus kasi kzat orang... hahaha ni lah yang hendak aku jadikan satu cerita. Aku tak tau la kenapa baju ni makin sehari sekamin mengecil... hairan betul aku... aku check badan aku steady jer.. hahaha mungkin masalah baju ni kot.. material dia kalau lama2 pandai mengecil... isk isk So, agak lama la juga terperap dalam almari baju aku... Last aku pakai kalau tak silap aku masa aku main ngan band aku.. masa tu tahun 2003... Aku perform ngan band Manggas dan kitaorang share stage ngan black metal sensasi dari Singapore yang bernama IMPIETY... Hehehe masa tu aku baru kembali ke bumi Sabah setelah lama merantau di negeri orang.


Oleh kerana baju ni dah lama so dia kelihatan agak lusuh.. walaupun lusuh itu rock namun di mata mak aku lusuh itu adalah kain lap.. hahahaha yes baju ni pernah hampir nak menjadi koleksi kain lap mak aku. Dasat jugak mak aku kan... kain lap pun pakai t shirt import!!!! Namun sempat aku selamatkan.. hehehe sebelum ni T Shirt Kreator aku dan beberapa lagi t - shirt dah menjadi kain lap sepenuh masa hahahaha...


Satu hari ada satu orang kawan.. kawan ni aku kat secara online jer tak pernah jumpa... pasal dia stay kat semenanjung nun hahahahah... Dia tanya aku sapa yang nak jual t shirt slayer murah.. hehehehe aku suruh dia order kat mana2 heheh dia ckp mahal dia nak cari yang murah2 jer.. second hand pun takper hahaha.. lantas aku terpikir tentang baju slayer aku yang pandai mengecil tu hahahahaah... tapi aku nak jual macam tak best plak... macam malu plak aku nak jual baju lusuh ni hehehe last2 aku decide nak kasi free je la kat dia. Kasi free asalkan belanja pos dia bayar hahahaha... dia dgn selamber setuju jer. Takper la kasi ni sebagai friendship jaga nanti aku datang semenanjung or band aku kena panggil main sana baru aku bodek dia nasi beriyani spesel kaw2 kat dia hahahaha (siapa yang berkenaan sila ambil perhatian.. anda mungkin sedang membaca entri ini) sediakan la duit utk bayar makan tu hahahaha aku ni kuat lapar tau hahaha.. hati2 k.. aku takut ada yang cuci pinggan kang.



Aku buat entri ni sebagai spesel tributela kepada T shirt aku ni yang bakal jumpa tuan barunya.. harap2 sipemilik baru ni tak jadikan dia kain lap.. herhehehe... harap2 masa tuan baru kepada baju ni pakai baju ni masa belanja aku nasi beriyani kakakakakakaka cheer... keep on rockin.... sesapa yang ucap terima kasih tu aku sedia jawab sama - sama!!!! So, jgn lupa klik iklan kat banner atas tu yer.. hehehe!!!!

Wednesday, April 29, 2009

ADIK CAMELIA? HUH!!!!

Sebenarnya aku dapat gambar2 ni dari email seorang rakan yang suka memfoward email yang penuh dgn attachement yang ntah hapa2 ntah... gambar org putus tangan la, budak lahir cacat la.. org kena ragut la dan macam2 lagi la... kekadang tension juga aku ngan email yang di fowardkan tu kerana buat semak mail bok aku jer... tapi aku tak spam la kat dia.. pasal kekadang ada juga msg yang dia fowardkan tu berguna... heheheh salah satunya hehehe gambar2 ni.. ntah dari manalah dia dapat... mungkin dari laman web social networking kot hahahaha mmg hidup kita skrng sudah tiada privacy!!!! Kepada tuan punya gambar jangan lah meracau macam kena santau bila nampak gambar anda di siarkan... hahah berani buat berani tanggung... jgn la ngko nak meroyan nak saman sana saman sini hahahaha jaga dulu diri tu... dah tau sendiri tu ada kena mengena ngan org2 yang berprofile tinggi so, jaga2 lah heheheh org semua peratikan kita... itulah hakikatnya.

Bagi aku gambar2 kat attachment tu tak der la gempak sangat... ala gambar g party jer.. macam kata KAHUNA dalam entrinya yang bertajuk "Wah Paris Hilton La Ko Niii" yang menceritakan sorang minah yang bangga menyiarkan gambar2 party tunggang langgang dia kat profile di laman web social networking ni bagi memperlihatkan bertapa indahnya hidup kita seharian. Hahahaha aku bukannya alim sangat.. mungkin sesapa yang kenal rapat ngan aku mungkin akan tergelak besar bila aku menyatakan diri aku ni seorang yang alim... (walhal aku pun ikut tertawa di dalam hati). Dengan itu, kita kena terima hakikat.. yang yang kita rasa cantik tak semestinya cantik pada pandangan orang lain. Itu kita patut boleh pikir sendiri.

Ala gambar takder apa2 kita orang duduk saja pun nak kecoh.. hehehe aku sokong statement tu.. statement sapa? hahaha itu aku pun tak tau. Tak sapa nak larang.. itu hal kita la nak buat apa. Tapi benda ni akan jadi sesuatu yang BOOM kalau kita ni sorang yang mempunyai reputasi. Betul tak kata aku?

Lepas mandi2 kat pantai kita orang tangkap gambar jer utk kenang - kenangan... aku mmg faham situasi ini.. takder hal.. tapi tahukah anda.. satu gambar boleh buat seribu satu cerita tau... apa lagi kalau cerita tu dibuat oleh wartawan majalah gosip murahan yang nak kasi laku majalah lucah mereka!!! Cis.. aku mmg anti dgn golongan tu!!!

Cantik apa gambar kitaorang...  Seksi? isk mana ader seksi...

errr...

Minuman tu kawan I yang punya.. I tolong pegang pasal dia tolong snapkan gambar kita orang tengah party... hehehe tidakkah anda rasa jawapan tu tipikal ntah berapa orang celebreti yang dah guna... so, sila sediakan jawapan yang lebih bernas dan relevan.. jangan nak jawab no komen hahahah nanti orang buat spekulasi plak... tak pun ikut stail memey suhaiza selepas merampas Norman dari tangan Abby abadi dan terus gol terus sembunyi kat rumah.... hahahahaha

Ni pun kawan I punya.. I cuma tolong tonggang jak.. ala nak main2 pun tak leh ker... Hehehe sebenarnya botol carlsberg tu botol hiasan utk tujuan promosi yang di letakkan di bar mana disko yang korang lawati. takder isi... tapi tak semua orang tau perkara ni. So, ko sediakan la jawapan yang bakal diajukan oleh wartawan (terutamanya wartawan melodi) hahahahahahahahahahahahah.... Krew Melodi apa lagi.. start ur engine... vroooooooooooooommmmmmmmmmmm korang pasti suka benda2 macam ni kan? Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi!!!! layan... zassss!!!!

p/s:

1. betulkah gambar ni gambar adik Camelia?

2. Tujuan entri ni adalah utk peringatan kepada korang semua .. jgn la upload gambar2 tak senonoh korang kat internet... nanti menyesal kemudia takder gunanya beb....

Thursday, April 23, 2009

BALZAC - '1993-2007: Lives Archives' Special DVD

Video trailer: BALZAC - '1993-2007: Lives Archives' Special DVD

Antara projek aku yang akan datang... isk isk isk... harga aku tak nak mention kat sini hehehe yang penting boleh tahan juga harganya... korang boleh usha kat shocker kedai online drg. Kat bawah ni plak clip lagu Hikari Naki Sekai... errmmm rasa ni antara lagu balzac yang slow dan panjang gila ahh ding dong... tapi menarik juga musicknya enjoy la... errr Fiendish International Club... ada sapa2 berminat nak join?

Video : BALZAC - '光なき世界' ("Hikari Naki Sekai")

Thursday, April 9, 2009

PORTAL HIBURAN YANG PENCILOK

Baru2 ni kawan kawan cyber aku merungut akan hasil kerja mereka dicilok oleh website hiburan ternama tanahair. Kengkawan aku ni kira geng photographer yang bergiat aktif disekitar negeri Sabah... mereka yang aku maksudkan ada en. Gidong & En. Benny Liew. Aku selalu masuk ke dalam blog mereka untuk menikmati hasil kerja mereka... mungkin en. gidong ni org baru tapi potensinya mmg tampak sejak dia memilik senjata nikonnya hahaha tahniah bro... En. Benny ni plak sapa yang tak tau.. hehehehe mmg fames juga di kalangan photobloggers dgn hasil kerjanya superb!!! 

Aku mmg berbulu ngan pencilok - pencilok yang tak tau malu.. dah la ambik hasil kerja org lain pastu dgn konfiden drg kasi tukar itu watermark p nama drg.. kunun drg punya photographer yang bikin... cis!!! pigi birak la!!!! dah pencuri.. penipu.. dari pengamatan aku rakan aku yang terbabit bukanlah demand nak minta bayar ke apa ker walaupun website or portal hiburan tu menjana duit dari penghasilan website rompakan yang tak bermaruah... 

sebenarnya, sebelum ni bukan member 2 org ni yang terkena ada lagi member yang kena seperti en Awang. Hahahaha tu lagi teruk hasil kerjanya jadi cover cd hahahaha. 

So, kepada org2 yang suka mencilok tu sila hentikan kegiatan anda yang tidak bermoral itu.. org dapat tau malu weiii..... sebaiknya korang minta la kebenaran dari tuan empunya gambar.. kalau takde reply kasi link ker or watermark tu jgn remove... ni selamber jer korang kasi remove... aku tau kalau si pemilik tu tak tau mesti korang tak kelam kabut minta maaf dan dgn selamba taik jak korang mengaku tu hasil kerja korang... korang tak tau ker proses editting gambar2 tu bikin berpeluh ketiak tuan empunya gambar? bagi portal2 hiburan yang besar2 tu... jgn la lokek.. kasi la duit sikit hasil daripada kerja mereka2 ni.. mana tau ada gambar best lagi tak mustahil drg lagi yang kontek korang nak share.. sapa tau kan? setiap titik peluh itu pasti ada harganya... pelacur pun kena bayar mahal inkan pula... 

Di sini aku nak list kan senarai web dan portal yang suka mencilok:

BEAUTIFULNARA - SINI

MY TALENTO.COM - SINI

OHBULAN - SINI & DI SINI

di fahamkan mereka dah minta maaf aku tak tau la ikhlas ker tidak... hentikanlah tabiat pencilok anda!!! namun masih ada bajingan yang menyokong sipencilok durjana ni seperti komen yang aku  petik dari portal pencilok:

+Jairo
  8 April, 2009, 14:06
  hahahahaha korang ni tau rembat hasil kerja orang lain jer!!!! fvck!@!!

-Ahli Mesyuarat Tingkap Reply:
 April 8th, 2009 at 2:19 pm
 Ape yg ko x puas hati lg ni….kang M dh xplen. & ngaku salah……Buat blog sndri la  wei……….siput sedut btul la….  <--- WOOOII ANAK ANJING AKU DAH ADA BLOG LA... DASAR PENYAMUN TARBUS!!!!

+Inspector Conan Reply:
  April 8th, 2009 at 2:27 pm
  Dah la tu woi..sian M..dia tak sengaja ar…

p/s: aku biasa juga cilok gambar org dari google tapi takla sampai aku padam watermark drg then tukar ngan aku punya malu aku eeehhhh...

Friday, March 20, 2009

“Fast & Furious 4 is ON April 2″

Huh movie kegemaran aku akan keluar panggung tak lama lagi... aku follow citer ni dari mula lagi. Utk bahagian keempat citer ni... kisah Si Dom (VIN DIESEL) watak masa FAST & FURIOUS memula kini kembali dengan aksi2 yang mengagumkan... yeah... mari kita tunggu sama2.

Sebagai warm up utk korang ni aku kongsi gambar2 yang disedut dari filem FAST & FURIOUS 4 yang bakal menggegarkan panggung pada 2 hb April 2009 ni... Check it out!!!

Kat bawah ni dia punya trailer hehehehe apa korang pikir?

Friday, February 27, 2009

KISAH TEMAN SIPEMANCING versi KEHADIRAN YANG DINANTI

Dua tiga hari ni aku sgt sibuk ngan urusan kerja aku sampai takder masa nak join geng rakan muda rekreasi aku menjalankan aktiviti memancing. Namun kemarin lepas keja aku sempat singgah sekejap utk bertemu dgn mereka. Hehehehehe masa aku takde rupa - rupanya mereka sedang berpesta udang seperti tempohari. Masa aku datang aku tengok tiada pancing yang beroperasi... isk napa dorang ni? abis umpan kot... Heheheheh aku p duduk sebelah Slay tengok isk umpan masih banyak dan montel2 lagi... napa korang lum pancing lagi? ku tanya kat Jackie. Ceh rupa2nya dorang tunggu time air nak naik.. masa tu aku tengok air surut.. drg kata jap lagi air sungai akan mula pasang... heheheheh skrang ni drg mmg pasang strategi heheheh... tunggu timing ngam konon... tapi semenjak dua menjak ni udang2 yang drg naikkan mmg bersaiz besar dari selalu kitaorang dapat...  

Pastu Bob ngan riak kata kat aku,"hahahah tulah ngko tiada kemarin... punya la banyak udang kami dapat hahahah... ko nak tengok gambar meh aku bluetooth..' ceh riak udangwi betul la dia hehehe tapi aku on kan juga bluetooth aku hehehehe then gambar yang diberikan kat aku tu adalah gambar kat atas tu. Cis boleh tahan juga hasilnya walaupun tangkapan terbesar drg belum pecah rekod en. Slay seperti gambar di bawah.

Drg pun tanyalah juga kenapa aku monteng mancing dua tiga hari ni hehehehe ... apa nak buat bro... aku sibuk keja la jawab ku ringkas heheheheh Yup mmg aku sibuk betul sampaikan nai p dating ngan awek pun tak sempat... huhuhuhuhuhu takpe nanti kasi settle semua keja ni aku nak ambik cuti rehat... yearggghhh ... tapi persoalannya bila keja aku ni nak settle? heheheh macam makin bertambah ada... nguak nguak nguak nguak (ikut tempo cumi dan ciki0

Tuesday, February 17, 2009

MENUNTUT ILMU BIARLAH SAMPAI KE NEGERI CHINA


Aku punya banyak rakan2 yang melanjutkan study dorang  kat luar negera... kebanyakkannya di sekitar Australia, New Zealand, United Kingdom, Amerika dan juga belah2 Jordan... Kekadang dengki juga aku ngan dorang ni dpt lanjutkan pengajian dorang kat luar negara hehehehe.. dulu ada juga offer nak antar p luar tapi aku taknak... heheheh menolak rezeki la tu ataupun aku memegang hujan emas di negeri org hujan batu dinegeri sendiri... hehehehe ntahla.. then aku nak ucapkan syabas kepada semua rakan yang berpeluang keluar negara kerana melanjutkan pelajaran korang... Menuntut ilmu tu biarla sampai ke negeri china. Belajar rajin2 jangan ingat nak jalan sana jalan sini saja hahah nanti kantoi sapa yang susah? hahaha korang jugak la yang susah heheheheheh. Cheers to everyone and good luck!!!!

Wednesday, January 7, 2009

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Kempen beli produk Malaysia dilancar semula

Promosi bermula Jumaat depan: Shahrir


PUTRAJAYA: Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia akan dilancarkan semula mulai 16 Januari ini bagi merancakkan pertumbuhan permintaan domestik sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi negara ketika krisis ekonomi dunia. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata kempen sama pernah diperkenalkan sebelum ini tetapi lebih bertumpu kepada sektor eksport.

"Tahun ini kita menggalak dan mempromosikan rakyat supaya mengutamakan barangan yang mempunyai logo buatan Malaysia. 

"Pada masa sama, pengguna diminta memilih produk tempatan yang tidak kurang kualitinya berbanding produk import," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Tahun Baru dan Amanat Menteri di kementeriannya, di sini semalam.

nak baca lebih lanjut sila klik di----> sini

---------------------------------------------------------

Ceh... kempen ni kena lancar semula... hahahahahah produk tempatan konon... pigi berak la dalam seluar... Last - last banyak juga band luar yang di import masuk ke dalam untuk memenuhi sirkit konsert gergasi di Malaysia... errrr karya pemuzik Malaysia tu bukan produk tempatan kah? adei sorry mungkin aku tersilap... so belilah barangan buatan Malaysia dan dengarlah musik buatan bukan malaysia... Pih jahaman la!!!

Friday, January 2, 2009

AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)

AMARAN HUJAN LEBAT
(PERINGKAT JINGGA)
Dikeluarkan pada: 12.30 petang 02/01/2009 
AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT JINGGA)
ur Ref: ( JMM.RML06/701/10JLD49(50) )
Dikemaskini pada : 12.30 petang 02/01/2009

Hujan sederhana kadangkala lebat yang turun di Terengganu (Daerah Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang (Daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Maran dan Bera) dan Johor (Daerah Segamat dan Mersing) dijangka berterusan sehingga Ahad, 4 Januari 2009. Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Johor (Daerah Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai. 
  
HEAVY RAIN WARNING
(ORANGE STAGE)
Issued at : 12.30 pm 02/01/2009 
HEAVY RAIN WARNING (ORANGE STAGE)

Updated at : 12.30 pm 02/01/2009

Moderate rain occasionally heavy occurring over Terengganu (Marang, Hulu Terengganu, Dungun and Kemaman Districts), Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Maran and Bera Districts) and Johore (Segamat and Mersing Districts) is expected to persist until Sunday, 4 January 2009. The same weather condition is expected to occur over Johore (Kluang, Kota Tinggi and Johor Bahru Districts).

This condition may cause flood along river banks and low-lying areas. 
  

 
Issued by 
Malaysian Meteorological Department 
Ministry of Science, Technology & Innovation
02/01/2009

Tuesday, December 9, 2008

HANGUS TERBAKAR





Masa aku balik dari Kota Kinabalu tadi aku terserempak dengan insiden ni. Sebuah kereta proton wira terbakar mujurlah penumpangnya tidak apa - apa. Punca kebakaran aku tak tau dan atas faktor - faktor keselamatan aku hanya berani untuk mengambil gambar dari jarak jauh. Pada firasat aku kebakaran ini mungkin berlaku disebabkan oleh litar pintas di dalam sistem pendawaian kereta tersebut kerana aku pernah menyaksikan insiden yang serupa berlaku pada kereta salah seorang kawan aku.
Dikesempatan ini juga aku nak sarankan korang semua supaya mengambil langkah berhati - hati semasa di jalan raya. Jgn memandu secara terburu - buru dan sila rancang perjalanan anda sebaiknya. Dimusim - musim perayaan ni byk aku dengar berita - berita kemalangan dilaporkan di media cetak dan elektronik. So, janganlah kita pun tersenarai di dalam statistik dan berita tersebut.. isk simpang malakat 44

Monday, December 1, 2008

WAR ALL THE TIME - GIG REVIEW

Baru - baru ini, band aku Mi Scusi telah dijemput untuk beraksi bersama War All The Time (WATT) sebuah band crustcore dari Leeds, United Kingdom yang dalam rangka tour jelajah asia tenggara mereka. Untuk siri tour mereka di Malaysia mereka telah memilih 2 buah tempat untuk beraksi iaitu Beaufort, Sabah dan ibu negara malaysia Kuala Lumpur sebagai destinasi untuk menyebarkan manifesto musick mereka. Untuk venue di daerah Beaufort, Studio Beaufort Rock City telah dipilih untuk menjadi tempat persembahan WATT.

Dalam perjalanan kami dari Kota Kinabalu menuju ke Pekan Beaufort, kami berhadapan dengan cuaca Mendung dan menandakan hari hendak hujan. Sesampai di kawasan Kimanis, kami terserempak pula dengan satu kemalangan di mana sebuah lori Petronas terbalik di tepi jalan menuju ke Beaufort. Walaubagaimanapun, dari pemerhatian kami rasanya tiada orang yang tercedera di dalam insiden tersebut. Kami tiba di Daerah Membakut lebih kurang jam 5.30 petang dan singgah kat rumah aku jap untuk bersalin pakaian serta mandi manda ceeehhhwwaah...

Persembahan malam tu boleh la dikategorikan sebagai sebuah mini gigs dengan tahap sound sistem yang sederhana tetapi seimbang dengan ruang kawasan studio Beaufort Rock City. Persembahan dimulakan oleh band Chronicle Suicide dari Beaufort (thanx a lot utk Saudara Azmi utk fre copy CD demo Chronicle Suicide). Walaubagaimanapun, mohon maaf semasa persembahan Chronicle Suicide jurufoto kami pergi cari makan kat restoran yang berdekatan akibat kelaparan yang ditanggung beliau telah mengatasi rasa malu hehehehe. Namun anda boleh tengok aksi mereka live dgn video yang di ambil pada malam tersebut.

Chronicle Suicide membawa lagu - lagu yang dipetik daripada demo mereka. Musick bawaan mereka sememangnya pure dirty fast crustcore yang memangnya boleh buat kita banging sampai tercabut kepala. Walaubagaimanapun, persembahan mereka pada malam tu agak singkat mungkin ianya disebabkan playlist yang disediakan oleh mereka agak sedikit memandangkan pada mulanya ada 6 buah band yang sepatutnya beraksi tetapi pada saat - saat akhir 3 buah band menarik diri atas sebab - sebab yang tidak diketahui (ada beberapa pendapat mengatakan bahawa mungkin faktor banjir di sesetengah tempat di daerah beaufort menjadi sebab kenapa band ini menarik diri ntah la... ).

Malam tu, Mi Scusi beraksi hanya bertiga tanpa kehadiran Zul di posisi bass dan tempat beliau di gantikan oleh Cho yang sepatutnya bermain gitar. So, malam tu kami kembali ke style three piece band kami semasa di awal kemunculan Mi Scusi pada tahun 2005. Malam tu kami membawa lagu - lagu terbaru kami yang belum pernah di rakam iaitu I Never Cast A Spell On You, Sememangnya Kamu Amerika!!!, Alice, dan Sundal Bolong. Selain itu, lagu - lagu lama kami seperti Sometimes I Feel Like a  Vampire, Extreme Satisfaction, dan Mutilated By Psycho Me juga turut dipersembahkan. Nampaknya sambutan yang kami terima agak diluar jangkaan memandangkan pada malam itu Mi Scusi adalah band yang paling slow pembawaan musicknya jika dibandingkan dengan band - band yang beraksi pada malam tersebut.

Aksi paling cool pada malam tu ialah apabila kami mendendangkan 2 buah lagu cover dari kumpulan idola kami The Misfits iaitu lagu Astro Zombies dan lagu Angelfuck. Tiba - tiba jak gitaris WATT (kalau tak silap nama di Ash.. ntah aku dah lupa hehehe) tumpang nyanyi bersama. hahahaha apa lagi tambah kecoh la suasana aku yang kebetulan haus terus memberi ruang kepada beliau untuk terus menyanyi (bolehlah rehatkan kejap tekak aku).

video kat atas ni adalah Mi Scusi semasa main lagu Sundal Bolong. Suasana yang hangat dan berpeluh sangat mengujakan sehingga aku tersilap dalam memainkan beberapa bahagian note lagu ni hehehehehe takpe janji layan... Siap aa waterboy lagi yang kasi air mineral hehehehe mungkin dia perasan kot kami kepanasan hehehe thanx!!!!

Selepas Mi Scusi beraksi maka tibalah giliran band yang dinanti - nantikan... WATT dengan jentera pemusnah mereka.. juga bermain sebagai 3 piece band, mereka membawakan musick crust yang padat dan laju. Lagu - lagu yang dipetik dari released mereka (boleh check kat SINI) para crowd berbanging dam slam tanpa henti sehinggakan menyebabkan aku keluar dari ruang studio tu kerana tak tahan bahang panasnya hehehehehehehe kat bawah ni juga aku share ngan korang beberapa video shot mereka pada malam tu.

Acara wajib di akhir show ialah bergambar beramai - ramai.. hehehe kat gambar ini adalah ketiga - tiga band yang beraksi pada malam tersebut iaitu Chronicle Suicide, Mi Scusi, dan War All The Time. Akhir sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput kami pada mini gig tersebut. Thanx a lot.. kalau sudi jemputlah kami lagi hehehehehehe... 

p/s: semua video telah dirakam oleh pihak Beaufort Rock City... Thanx to Mr. Blair... Keep on rockin'!!!

Friday, November 21, 2008

MENCURI UNTUK BAHAGIAKAN ADIK - ADIK...

SHAH ALAM 20 Nov. - Dua sekawan yang secara kebetulan mempunyai motif yang sama, mencuri pakaian demi membahagiakan adik-adik mereka berhari raya, masing-masing dilepaskan dengan perintah berkelakuan baik oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd. Hafizi Abd. Halim membenarkan Amlinah Masbun dan Sapariah Abin, kedua-duanya berusia 24 tahun, dibebaskan dengan bon RM2,000 tanpa cagaran selama dua tahun berserta seorang penjamin.

Amlinah dari Beaufort Sabah, dan Sapariah dari Sri Kembangan, mengaku telah mencuri sembilan helai pakaian kanak-kanak pelbagai saiz pada pukul 10.15 malam, 13 September lalu di Pasaraya Giant Seksyen 13 di sini.

Mereka didapati mencuri pakaian bernilai RM191.90 selepas keluar dari bilik persalinan menuju ke pintu keluar tanpa membuat sebarang pembayaran.

Ketika diberi peluang untuk merayu, mereka memohon hukuman diringankan kerana perbuatan tersebut dilakukan semata-mata sebagai tanda kasih sayang kepada adik-adik di kampung supaya bergembira di hari raya lalu.

--------------------------------------

Aku baca berita ni kat UTUSAN MALAYSIA , huh... dorang tak der kerja lain kah nak mencuri... kalau takat alasan nak bahagiakan adik - adik tu banyak caranya. Tidaklah semestinya dgn materialistik saja... Byk lagi cara untuk memberikan kebahagian kepada orang yang kita saya.. kalau betul - betul nak belikan sesuatu tu... cermin la diri timbangkan dgn kemampuan sendiri.. kalau teringin sangat nak belikan benda yang mahal so pigi cari kerja dan kumpul duit... Insyallah dapat la tu.. Ingat Tuhan hanya akan membantu diri kita jika kita berusaha dan bertawakal...

Thursday, November 20, 2008

DEMONSTRASI BOGEL

Reformis kecam demonstrasi bogel: Aktivis akui bukan suara menyeluruh

Oleh: RUSNIZAM MAHAT

TINDAKAN segelintir individu yang mahu mengadakan demontrasi secara bogel di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dikecam oleh aktivis-aktivis reformasi.

Pada 14 November lalu, sekumpulan individu yang menggelar diri mereka Gerakan Reformis Rakyat (Reformis) mengancam untuk meneruskan mogok bogel sebagai membantah tindakan kerajaan negeri yang mahu menaikkan kadar sewa penduduk program Perumahan Rakyat (PPR) dari RM124 kepada RM250 sebulan.


Bagaimanapun, Nasir Isa seorang aktivis tegar reformasi berkata, kumpulan itu tidak mewakili aktivis-aktivis reformasi dan kebanyakan dari mereka tidak terlibat dalam aktivitit reformasi sejak 1998... teruskan

-----------------------------------------

Hari aku tension... office aku kena renovate hari nie dan ianya akan berjalan selama 1 minggu. Bunyi tukul ketuk sana ketuk sini sangat - sangat mengganggu emosi dan konsentrasiku. Last - last aku tak buat keja tapi surf internet baca suratkhabar online. Banyak juga laman brita yang aku surf dari Berita Harian hinggalah ke Harakah... Saja jak nak tau isu semasa dan melihat pandangan dan pendapat orang lain dari pelbagai perspektif.

Dalam banyak - banyak artikel dan berita, Headline di atas tu telah berjaya menarik perhatian aku. Hahahahahaha nampaknya teknik demonstrasi rakyat Malaysia sudah semakin advance. Tak sangka di Malaysia nie ada juga golongan nudist... Aku hairanlah napa pasal kadar sewa penduduk program Perumahan Rakyat (PPR) dinaikkan dorang sanggup berbogel nak protes dan membantah. Kalau di negara barat berbogel mungkin taklah kecoh sangat, tapi nie kat Malaysia... artis indie Carburetor Dung tunjuk punggung pun kena belasah ni plak nak berbogel... isk isk isk isk. 

Tak boleh kah perkara ini dibincangkan secara matang di antara pihak kerajaan negeri Selangor dengan penduduk yang membantah? atau mereka - mereka nie tak pernah diberi peluang untuk bersemuka dengan erti kata lain sebarang bantahan tidak akan dilayan... ntahlah aku tak tau. Namun aku yakin perkara sekecil ni patut boleh diselasaikan dengan cepat.

Mengikut pengetahuan aku, Negeri Selangor nie negeri yang kaya - raya. Dan aku berani bercakap ianya adalah negeri termaju di Malaysia. Dulu bukankah kerajaan Negeri Selangor ada berjanji kepada rakyat akan membela nasib rakyat terutamanya rakyat miskin jika mereka dipilih untuk menjadi kerajaan. Tapi apa yang berlaku ini adalah sebaliknya... Meningkatkan kadar sewa ni setahu aku bukan la membela nasib rakyat tapi membebankan. Dahlah orang yang terlibat ngan program rumah rakyat ni adalah golongan yang berpendapatan yang rendah. Kalau yah pun nak naikkan kadar tu tapi biarlah berada dikadar yang berpatutan ni kira tinggi gak dari RM 124 kepada RM 250 sebulan... naik seratus peratus. 

Walaubagaimanapun, mengikut petikan berita yang aku baca ada menyatakan bahawa kenaikkan kadar ini belumlah muktamad dan kerajaan Selangor masih di dalam peringkat perbincangan. Selain itu, menurut seorang aktivis yang ditemuh bual ada memberi pendapat bahawa para golongan yang berpuashati seharusnya menggunakan saluran yang betul bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka. isk isk isk macam - macam...

p/s: korang nak tau apa yang aku fikir?

1. Pandai juga aktivis dorang memberi pandangan supaya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan bantahan. Tapi kalau geng dorang guna saluran taik  sampai buat demo yang mengganggu orang awam takder plak komennya.. mana satu saluran yang betul sebenarnya?

2. Bogel tak boleh tapi seks itu sedekah... apa kes? Ni memang gara - gara geng liwat ni...

3. Rasalah dorang sapa suruh pilih golongan tu untuk memerintah. 

Monday, October 13, 2008

MY CHEMICAL ROMANCE ADA VOCALIST BARU?

Hahahahaha apa jadi kalau mamat ni join MCR? Comfirm meletup band tu terus hehehehehehe ... rasa2nye dia ni boleh nyanyi ka?
ala bro jgn la emo.. heheheh gurau jak.. pasal dua tiga menjak ni macam gua stress la semua perkara cam serius jak so, kasilah post ni supaya ceria sikit... hehehehe maaf zahir dan batin.. thanx for visiting!!!!

Saturday, October 11, 2008

GAMBAR PENCABUL YANG DIKEHENDAKI POLIS

Gambar di atas adalah gambar seorang pencabul yang sedang di buru oleh pihak polis negeri Sabah. Si penyumbaleweng ini melakukan kegiatan di sekitar Daerah Sandakan, Sabah, East Malaysia, North Borneo. So, kepada semua rakan - rakan yang melawat dan membaca post ini sila hati - hati yek... nanti tak pasal - pasal kena cabul aaaaauuuuwwwwww.... Sila sebarkan mesej ini kepada rakan taulan anda... binatang macam ni tak boleh di biarkan terlepas. Kepada sesepa yang ternampak orang ni sila kejar dan pukul hingga mati ataupun kalau tak berani nak pukul silalah report ke balai polis yang berdekatan... paling senang call 089-212222 or 089-211222.


p/s: pencabul ni menyamar sebagai pemandu teksi sapu.....
Utk pembacaan yang lebih lanjut si klik kat SINI

Wednesday, September 17, 2008

GILA!!! ADAKAH DORANG SANGGUP BUAT BEGITU?

Mangsa culik dibakar
Oleh: Azida Shaharuddin
azida@nstp.com.my


Remaja dibunuh walaupun keluarga serah wang RM33,000
JOHOR BAHRU: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemui rentung dalam semak di Taman Putri, Kulaijaya di sini, pagi semalam, selepas dipercayai diculik dan dibunuh sekumpulan lelaki yang dikenali keluarga mangsa.
Mayat Lai Ying Xin (gambar) ditemui selepas polis menahan empat lelaki berusia antara 16 hingga 22 tahun yang dipercayai meminta wang tebusan RM33,000 daripada keluarga mangsa selepas membakar remaja itu malam beliau diculik.


Gila betul org2 sekarang ni... Takde keja p culik anak org dan minta wang tebusan.. tak cukup dgn tu dorang p bakar lagi mangsa... Psycho gila la penjenayah ni... Di harap pihak berkuasa dapat memberikan hukuman yang paling berat kepada penjenayah ni...