Wednesday, April 1, 2009

BERHATI - HATI MENGUNDANG CELAKA?

Baru - baru ni aku balik dari kerja dengan menunggang skuter pinjam adik aku. Cuaca mendung mcm nak hujan tak hairan la org2 semua kelam kabut nak balik. Walaubagaimanapun aku tetap kool... ini kerana dari pengamatan aku rasa aku masih sempat sampai ke rumah sbelum hujan turun. Jam kat mesin punch kad berbunyi menandakan masa balik dah tiba dan aku masih kool berkemas dan off pc, air con, kipas, lampu dan yang berkaitan then lock opis (heheheh setiap hari aku yang paling last kuar opis tau heheheheh)

Aku start moto then balik... masa dalam perjalanan aku tu line up keta panjang juga di depan aku isk napa ni? Selalu benda ni tak berlaku.. Ala jalan daerah kecil cam tempat aku tak mungkin jam punya la kecuali ada kemalangan or orang tidur kat tengah jalan. Tapi hari tu takder plak aku tengok sebarang kemalangan yang berlaku. Apatah lagi orang sdg tidur kat jalan (huh mcm di perak plak) mmg takde la. Namun aku takder la bengang sangat hehehe dah line up panjang then aku cool la dgn memperlahankan moto yang aku pandu tu. Satu demi satu keta kat depan aku laju memotong then baru la aku nampak ada juga pemandu yang kool mcm aku hehehehe cuma dia sedang drive keta kancil... Biasalah jalan kampung mana boleh laju2 kan... aku tak kisah sangat la bagi yang memandu perlahan di jalan kampung ni. Yalah mana tau ada ayam ka, kambing ka itik ka or budak tetiba melintas takkan naya jadinya. So, aku tambah perlahan follow belakang keta kancil tu. Keta tu dipandu oleh sorang awek lebih kurang baya2 aku... tapi tak kenal la sapa yang pasti jalan yang kami tuju ada sama... lain kata kita satu kampung ngan aku la ni.

Mula2 aku tak perasan, tapi setelah lebih kurang 3 minit kat belakang baru aku perasan pemandu ni terlalu berhati - hati... mata straight kat depan... no kiri kanan... fokus berabis... Ni la yang timbul masalah yang mana akibat kefokusan dia tu hingga menyusahkan dam membahayakan pemandu yang lain. Signal ntah ke mana side mirror ntak ke mana.. belok main redah jer. Dari pengamatan aku mmg minah tu tak tengok side mirror punyala... ntah2 dia tak perasan pun dia telah menyebabkan keadaan sekeliling kucar kacir... hahahaha .. Pada pembaca yang memandu macam minah ni uiks hentikan la.. aku tau korang nak berhati2 tapi jgnla terlalu nervous sambil terover careful hingga tempat lain pun korang tak tengok... pikiran masa mandu tu jgn melayang ntah ke mana.. nanti cium plak bontot keta orang lain. 

Oh yah sebelum korang nak komplen.. aku nak kasitau korang entri ini bukan la bermaksud seksis... Subjeknya seorang pompuan adalah secara kebetulan saja. Sebenarnya orang lelaki pun sama hahaha (ada pernah kawan aku gara2 terlampau fokus dia tak perasan lampu merah.. selamba jer dia jalan nasib tak kena langgar). So, renung2kan!!! Cheers!!!

6 comments:

Takilala said...

baru pandai bwk keta mengkali, lepas tu kana nyaya suruh bawa time org mulih keraja. geli mat mat mat.

Jairo said...

geli mat...

Azman Ali said...

spender sape tu jai??? hahaha

Jairo said...

hahahah part spender tu bro.. biarla korang yang teka hahahahaha

Johana S. said...

haha, masalahnye ape kene mengena cerita ni dengan spender tu? ^^

Jairo said...

Johana: spender tu pelakon tambahan dalam cerita ni.. hahaha biasalah kekadang pelakon tambahan yang lebih dapat perhatian banding ngan pelakon utama hehehehe