Monday, February 2, 2009

ONG BAK 2: INDAH KABAR DARI RUPA?

Hehehehe tajuk entri ni bukanlah bermaksud aku tak suka ngan filem Ong Bak 2... Mula2 aku sangka sambungan citer Ong Bak sebelum ni... heheheh saspen... Ok cerita Ong Bak 2 masih lagi mempertengahkan seni Muay Boran iaitu seni mempertahankan diri thai yang agak old skool. Cerita mengisahkan Tien yang asalnya dari keturunan yang baik - baik yang mana bapak dia ni adalah salah seorang komander tentera. Namun peperangan yang berlaku telahpun memusnahkan segalanya dan ini telah membawa si Tien (tony jaa) ke dalam geng penjahat. Di selamatkan oleh ketua perompak yang bernama Chernang yang masa itu pergi ke pasar penjualan hamba (kira macam ebay dulu2 la tapi ni tak order online heheheheh) selain melakukan urus niaga hamba abdi aktiviti yang di jalankan ialah perjudian ala2 gladiator.

Isk macamana plak si tien ni tetiba ada kat situ? Errrmm mau dijadikan cerita.. si tien ni kena tapau masa dia tidur setelah penat melarikan diri daripada diburu oleh musuh bapaknya yang ingin menghapuskan seisi keturunan si tien a.k.a keturunan komander sokcai (sorry aku lupa ejaan namanya). Tien kena humban ke dalam kolam buaya  supaya para kaki judi dapat bertaruh samada si tien ni boleh selamat ataupun tidak...  teruja dengan kesungguhan berlawan si chernang ketua perompak tadi mengambil keputusan untuk menyelamatkan tien dan mengambilnya sebagai anak muridnya. Kalau aku ingat2lah babak ni cam cerita Juara - juara kembar di mana heronya yang dari keturunan pendekar tapi di besarkan oleh para perompak dan penjahat di dunia kepahlawanan. 

Setelah abis belajar maksudnya dia sudah besarla hinggakan si tien ni kena lantik jadi ketua perompak tu.. akhirnya si tien mendapat aspirasi utk membalas dendam dan masa ni dia terkenangkan kisah lama yang mana dia dihantar utk belajar seni tarian oleh orang tuanya sehingga bertemu dgn awek yang yatim piatu dan mereka membesar bersama. mereka terpisah ketika perang blah blah blah bla.. gitulah lebih kurang. Dia bertekad untuk menuntut bela terhadap semua orang yang ada hutang dengannya termasuklah melaun yang mencampakkan ia ke dalam kolam buaya... tujuan utamanya ada untuk membunuh pembunuh bapak dan ibunya...

Aku taknak cerita panjang pasal wayang ni, korang leh tengok lagi kat panggung ataupun p beli dvd cetak rompak kalau tak nak support industri filem...

Mungkin aku memberikan impression yang agak tinggi terhadap filem ni berdasarkan kisah Ong Bak dan Tom Yam Gong (heheheheh kasi betul ejaannya itu yek). Action packednya jika dibandingkan kalau Ong Bak yang memula banyak aksi orang kena hentam pakai lutut tapi dalam Ong Bak 2 mungkin Tony Jaa kena Gout hinggakan lututnya bengkak menyebabkan aksi kena bantai ngan lutut berkurangan.. tapi utk ong bak 2 ni suasana berlawannya dimeriahkan dengan simbahan darah ala2 citer 30 days of night dan citer Rambo (yg latest). Memang sikit2 terhambur darah.. Adegan budak emo jugak diselitkan dalam filem ni yang mana kalau budak emo suka kelar lengan dan dalam wayang ni si Tien suka kelar tapak tangan ketika depression, nasib dia tiada dengar lagu MCR heheheheheh.. Gurau jak.. kalau Tony Jaa terbaca mati aku kena hentak pakai lutut...

Jalan ceritanya bagi aku jalan cerita yang dapat diramal... hehehe mungkin org buat cerita ni konsentrate nak kasi aksi heheheheh berlawan bertumbuk ke tahap maksima... hahahahah tapi bagi aku aku prefer Ong Bak yang sebelumnya. Tapi jangan korang saspen, Ong Bak 2 ni masih berbaloi untuk dilihat tapi tak lah grand sangat... Rasanya belum boleh lawan citer Ip Man (ala citer cikgu bruce lee tu). Namun produksi filem ni semakin baik jika dibandingkan dengan produksi yang sebelumnya..

Pengajaran yang aku dapat dalam cerita ni adalah, seni bela diri ataupun peperangan tidak dapat menjamin keamanan dunia dan janganlah kita berdendam. Ini kerana dendam kesumat boleh merosakkan diri macam hero dalam citer ni yang last2 dia mampus jugak heheheheh gara2 nak balas dendam... So, korang yang tak setuju ngan review aku ni korang boleh p tandas dan cukur bulu ketiak korang ... chow...

No comments: