Friday, February 13, 2009

REVIEW KROUT ZINE ISU KEDUA 1995

Krout zine adalah sebuah zine yang datangnya dari negeri bawah bayu sabah. Krout zine ini juga memainkan perananyang penting di dalam perkembangan budaya underground di Sabah. Ianya merupakan antara zine yang terawal di arena penerbitan zine underground Negeri Sabah! Editornya Abd. Asri ataupun lebih dikenali sebagai Gart berasal daripada daerah Kota Belud sebuah daerah di sebelah utara negeri Sabah (hahaha satu tempat ngan Felix AF ni hahahaha) pada asalnya ialah partner aku di dalam pembikinan zine aku Skull zine pada tahun 1993. Namun atas faktor jarak tempat tinggal yang agak jauh dan dimasa itu perhubungan komunikasi hanya terbatas dengan snail mail adalah sukar untuk kitaorang berkerjasama. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk membuat zinenya sendiri yang diberi nama sebagai KROUT zine. Krout adalah perkataan dari bahasa bajau yang membawa maksud cakar di dalam bahasa Malaysia. Isu pertamanya kalau tak silap diriliskan sejurus isu pertama zine aku SKULL diterbitkan pada awal tahun 1994. Isu pertama Krout hilang di dalam simpanan aku akan tetapi baru – baru ini aku telah terjumpa naskah Krout isu kedua bersama – sama dengan zine Nathias isu pertama yang telah diulas sebelum ini (klik SINI utk baca ulasan tersebut).

Gambar: Cover Depan Krout Zine #2 (1995) by Aztragaththorgh’s Original Killer Artwork

Isu kedua krout telah diriliskan pada 16.1.1995 dimasa scene underground di Sabah mula naik dan menonjolkan diri. Masa ni mmg byk band yang ditubuhkan dan zine diterbitkan dan ianya memang amat jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan suasana pada tahun 1993. Scene pada masa itu tertumpu di Bandar Kota Kinabalu, serta daerah – daerah kecil seperti Kota Belud, Ranau, Sandakan dan Membakut. Zine wujud bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan dengan menampilkan pelbagai konsep dan nama. Hahahah masa tu editor zine ni lebih popular berbanding dgn band member kerana masa tu kebanyakan stuff – stuff yang kult ada dimiliki oleh editor – editor ni hehehe kira taraf selebriti la masa tu. Namun Krout zine berjaya membuat satu kelainan dari segi konsep dan imejnya. Hatta di negeri semenanjung Malaysia pada masa tu aku tak jumpa zine yang sama konsep dan style dgn zine Krout. 

Gambar: Interview bersama editor Thy Unholy Abyss Zine

Jika kebanyakkan zine pada masa tu tampil dengan interview / review band2 local dan oversea, artikel, ulasan demo serta tidak ketinggalan ruangan flyers hahaha. Krout membawa satu kelainan dengan menampilkan interview ngan editor2 zine, distro, labels, gig organizer, artwork di sekitar Malaysia, Brunei, & Singpura. Memang tiada interview dengan band dlm zine ni dan tidak lupa juga ruangan artikel yang ditulis oleh penulis jemputan yang kebanyakannya terdiri daripada editor dan label. Ruangan artikel ni selalunya membincangkan tentang isu semasa yang hangat di dalam scene pada masa itu yang mana gelaja rip off telah berlaku dgn giatnya.


Gambar: Blokong!!!


Memang byklah editor2 yang diinterview di dalam zine ini, antaranya Morbid Society , Darkwords, Blokong, Thy Unholy Abyss, Absurd Existence, Earslaughter, Putrefying Remains, Nathias, Puri Siluman Pejajaran dan beberapa lagi (tak larat nak taip semua) semuanya dari Malaysia. Manakala antara label yg di interview adalah Psoriasis Prig Comp. tape, Menjerex Netro Production (gig organizer), Evil Grinder Production (distro), Mystical Hymn (comp tape), Coma Soul Entertainment (1st Sabahan gig organizer) dan Aztragaththorgh’s Original Killer Artwork (dari Singapore dan juga pelukis cover Krout isu kedua).

Gambar: Interview with Azmi dari Aztragaththorgh’s Original Killer Artwork


Antara yang menarik kat dalam Krout isu kedua ini adalah interview Gart bersama Azmi selaku editor zine Blokong yang berasal dari Negeri Terengganu. Blokong ini adalah sebuah zine yang menampilkan konsep black metal di dalam pemilihan band yang ingin diketengahkan di dalam zine ini. Azmi byk berkongsi pendapat mengenai pandangan beliau mengenai musick black metal. Di dalam temuhramah itu, beliau ada memberi komen ttg Bazzah iaitu sebuah band black metal dari Malaysia or dari negeri Perak kalau tak silap aku. Selain daripada itu, Azmi juga mengulas tentang krisis diantara scene Malaysia (more into semenanjung Malaysia) dengan scene Negara Brunei Darussalam. Pada masa tu hubungan kedua - dua scene ni mmg byk kontroversinya walaubagaimanapun, aku tak pernah terlibat dalam konflik ni.


Gambar: Interview with Azli "Evil Grinder Production"

Selain itu, Azli dari Evil Grinder Production sebuah label yang berpangkalan di negeri Pahang turut mengulas tentang scene black metal. Seperti Azmi, Azli juga turut berkongsi pandangan tentang konsep dan imej musick black metal. Walaubagaimanapun, perbincangan itu lebih berbentuk umum tanpa ulasan yang mendalam. Selain itu, Azli juga mengulas tentang fenomena rip off yang agak sensasi pada masa tu serta memberi sedikit pandangan tentang suasana underground Malaysia pada masa itu. Azli mengkritik band2 yang tidak serius di dalam memperjuangkan musik mereka sekaligus memberi imej buruk kepada scene underground Malaysia.


Gambar: Intervirew bersama Sufian "Nathias Zine"

Nathias tidak ketinggalan untuk ditemuhramah dlm Krout isu kedua ini, satu sesi temubual yang ringkas dan padat. Intipati interview ini berkisar tentang gelaja rip off, poser, dan trendy yang mana Sufian selaku editor Nathias telah memberi pendapatnya tentang perkara tersebut. Sufian juga turut berkongsi infomasi tentang sejarah kewujudan musick grindcore.

Coma Soul Entertainment diwakili oleh Wan selaku perintis penganjur gig di Negeri Sabah. Dalam interview ini banyak berkisar tentang sejarah penubuhan label ni dan pengalaman beliau dalam penganjuran gig – gig underground di Sabah. Ruangan ini agak menarik untuk dibaca dan ianya memang boleh dijadikan sebagai rujukan bagi sejarah pembangunan underground movement di Sabah.

Ruangan Artikel rip off telah menampilkan pendedahan yang telah dibuat oleh beberapa penulis jemputan (termasuk aku hehehe)tentang individu2 yang giat melakukan aktiviti rip off. Dalam ruangan tu, Abdul Aziz (vortex from the east zine), & Joe Kidd (carburetor dung) adalah nama yang paling teruk dihentam gara2 rip off. Tujuan Gart menyiarkan artikel seperti ini bukanlah bermaksud untuk memalukan atau memburukkan indiviu terbabit. Gart memberi peluang kepada mana2 individu yang dikatakan rip off untuk membela diri mereka dan ianya akan disiarkan pada isu yang seterusnya. Pendek kata, ianya adalah bertujuan untuk melerai kekusutan yang berlaku dan membaiki sebarang salah faham yang telah berlaku.

Jika anda biasa tengok ruangan review dan flyers kat dlm zine2 underground ni, hahaha di dalam Krout jangan la anda mengharap utk membacanya kerana ruangan ini tidak wujud hahahaha zine ni memang padat dengan interview dengan memaksimakan ruangan kertas yang mana masa tu masih menggunakan teknologi mesin taip hahahaha..mmg old skool abis la….


Gambar: Cover Belakang Krout #2 - Logo by Gart

Hahahaha rasa agak panjang juga ulasan aku ni heheheheh penat juga aku menaipnya hehehe… Bagi aku krout zine ni adalah satu revolusi yang berpengaruh di dalam perkembangan penulisan dan penerbitan zine di Negeri Sabah. Banyak editor2 dari Sabah telah menjadikan Krout sebagai inspirasi mereka di dalam menghasilkan zine mereka.ok la penat dah aku taip ni…aku nak blah dulu…. Chow!!!! CHEERS!!!

p/s; aku tak tau apa masalah ngan blogspot ni.. abis gambar yang aku upload tunggang terbalik....

4 comments:

Jlascanteen said...

gambar yang kau upload mula2 akan dipublish dibawah.

blogspot suck kerana google.

Anonymous said...

maksud aku bukan photo order tapi positionnya.. ada yang aku upload sepatutnya vertical menjadi horizantal plak...

Eddy said...

Klasik!

Anonymous said...

Ralat: Bazzah from Pahang, not from Perak